Updates

Asnaf makan cebisan kotak cicah air lopak di tapak pelupusan Afrika

Asnaf makan cebisan kotak cicah air lopak di tapak pelupusan Afrika

Asnaf makan cebisan kotak cicah air lopak di tapak pelupusan Afrika

AGIHAN daging korban yang dilaksanakan oleh Yayasan Ikhlas bagi tahun 2022 dapat membantu golongan asnaf di Afrika. Hasil penyertaan rakyat Malaysia menerusi kempen Korban Ikhlas yang diadakan pada setiap tahun, bantuan disalurkan kepada mereka. Ini berikutan 55 peratus rakyat Chad membabitkan komuniti Islam hidup di negara keempat termiskin di dunia serta negara ketiga paling tinggi tahap kelaparan.

Afrika tercatat dalam golongan negara miskin di dunia. Menurut kenyataan World Population Review, Afrika adalah benua kedua terbesar dan kedua paling ramai penduduk di bumi dengan anggaran penduduknya pada tahun 2016 sebanyak 1.2 billion orang. 

Afrika adalah penempatan kepada 54 negara terbahagi dalam 5 bahagian, iaitu Afrika Utara, Afrika Barat, Afrika Tengah, Afrika Timur, dan Afrika Selatan. Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan pada tahun 2009 bahawa populasi di benua Afrika telah mencecah satu billion dan hal ini meningkat dua kali ganda dalam tempoh 27 tahun. 

Perkongsian dari salah seorang petugas di Yayasan Ikhlas tentang pengalaman beliau semasa menguruskan agihan daging korban di daerah Republik Chad menyatakan kebanyakannya adalah golongan asnaf yang kehidupan mereka serba daif. Ada dalam kalangan mereka memakan cebisan-cebisan dari kotak-kotak yang terbuang di pelupusan sampah, kemudian mereka mencicah cebisan kotak tersebut dengan air yang terdapat pada lopak di takungan air di tepi jalan. 

Seorang kanak-kanak sedang duduk berdepan pembetung di satu kawasan setinggan Kibera, Nairobi.

Perkara ini telah memberi kejutan yang sangat besar buat petugas ini sewaktu dia berada di sana. Bayangkan mereka menjalani kehidupan secara berterusan hari demi hari dan daging pula hanya mereka dapat merasa cuma setahun sekali sahaja sempena Hari Raya Korban.

Dengan semangat dan keikhlasan dalam membantu saudara-saudara seislam, Yayasan Ikhlas telah merealisasikan projek ibadah korban di Chad selama 6 tahun sejak dari tahun 2016 dan telah mendapat pengiktirafan dari Majlis Agama di Chad.  Dengan adanya pengalaman dan kemahiran dalam menguruskan ibadah korban ini terbinanya sejumlah 3000 orang petugas yang terlatih turut sama membantu bagi memudahkan segala urusan seperti proses sembelihan, melapah daging, sehingga ke peringkat pengagihan daging korban supaya agihan tersebut sampai ke golongan yang memerlukan. 

Yayasan Ikhlas ingin mengajak semua lebih-lebih lagi kepada yang berkemampuan untuk melaksanakan ibadah korban. Dengan satu bahagian penyertaan anda setidak-tidaknya anda telah menggembirakan hati rakyat Chad di sana selain dari ganjaran pahala. Layari www.korbanikhlas.com atau boleh hubungi di talian 010-3030530 untuk maklumat lanjut. Ukiran senyuman terpancar di bibir saat mereka menerima daging korban.

You may interested in other post:

Sedekah tidak hanya dilakukan oleh mereka yang memiliki banyak harta. Kadangkala, nilai sedekah bukan terletak pada jumlah yang diberikan, tetapi pada keikhlasan hati dan manfaat yang sampai kepada orang lain…. [more]

RHB Islamic memperuntukkan RM300,000 bagi melaksanakan Projek Pembangunan Sistem Air Bersih dan Tenaga Solar bersama Yayasan Ikhlas di Kampung Telinting, Papar, Sabah. Projek ini memberi manfaat kepada kira-kira 130 penduduk… [more]

Alhamdulillah, pada 20 Julai 2026, Yayasan Ikhlas telah mengadakan satu sesi perbincangan strategik bersama Borenos Fried Chicken yang berlangsung di Amazing Borneo Tours. Borenos Fried Chicken merupakan jenama makanan segera… [more]

SEMPORNA, 17 Julai 2026 – Para pelajar Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda (PPIAH) Pekan 2 telah mengadakan lawatan pendidikan ke Perpustakaan Semporna bersempena dengan pelaksanaan Program Bulan Membaca PPIAH. Lawatan ini… [more]

Bencana alam, terutamanya banjir besar, tidak pernah memberikan amaran awal sebelum ia melanda. Ketika air mula naik secara mendadak dan arus deras mula mengancam keselamatan, kebanyakan daripada kita akan segera… [more]

Sebagai manusia, kita tidak pernah lari daripada menghadapi pelbagai ujian hidup. Ada tikanya kita berasa sesak dengan bebanan kerja, pening memikirkan urusan kewangan keluarga, atau sedang diuji dengan masalah kesihatan… [more]