Article

Amalan Sunat 10 Hari Pertama Zulhijjah Yang Besar Ganjarannya

Amalan Sunat 10 Hari Pertama Zulhijjah Yang Besar Ganjarannya
Infografik amalan sunat 10 hari pertama Zulhijjah seperti puasa sunat, zikir, sedekah, solat sunat, membaca Al-Quran dan ibadah korban
6 amalan sunat yang digalakkan sepanjang 10 hari pertama Zulhijjah untuk rebut ganjaran pahala berlipat ganda

Tahukah anda bahawa 10 hari pertama Zulhijjah adalah antara hari yang paling dicintai Allah SWT?

Sabda Rasulullah SAW:

مَا مِن أَيَّامٍ من أيام الدٌّنْياَ أَحَبُّ إِلىَ اللهِ أَنْ يُتَعَبّدَ له فيها من أيام العَشْرِ، يَعْدِلُ صِيامُ كُلُّ يَوْمٍ مِنْهَا بِصِيَامِ سَنَةٍ وَقِيَامِ كُلُّ لَيلةٍ مِنْهَا بقيام ليلة القَدْرِ

Tiada hari-hari yang paling disukai oleh Allah untuk seseorang melakukkan ibdah kepada-Nya selain 10 hari dalam Zulhijjah. Puasa setiap harinya menyamai puasa setahun, dan qiamullail setiap malamnya menyamai qiamullail pada malam Al-Qadr.
Riwayat al-Tirmizi (758), Ibnu Majah (1728)

Inilah peluang untuk gandakan pahala dengan amalan sunat 10 hari pertama Zulhijjah.

Senarai Amalan Sunat 10 Hari Zulhijjah

1. Puasa Sunat 1-9 Zulhijjah (terutama hari Arafah)

Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang.
Riwayat Muslim (1977)

2. Zikir: Takbir, Tahmid, Tahlil

Mulakan hari dengan zikir seperti “Allahu Akbar”, “Alhamdulillah”, “La ilaha illallah”.

Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إلِيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ أَيَّامِ عَشْرِ ذِي الْحِجَّةِ أَوْ قَالَ : هَذِه الْأيَّامِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّسْبِيح وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ وَالتَّهْلِيلِ

Tiada hari-hari yang lebih agung dan disukai oleh Allah untuk beramal soleh selain 10 hari ini. Maka, perbanyakanlah tahlil,takbir, dan tahmid pada-Nya.
Riwayat Imam Ahmad (6154)

3. Bersedekah

Sedekah dalam bentuk wang, makanan, atau barang keperluan, semuanya sangat dianjurkan.

Daripada Muaz bin Jabal RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

والصدقةُ تُطفِيءُ الخطيئةَ كما تُطفِيءُ الماءُ النارَ

Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.
Sahih, Riwayat Al-Tirmizi, 614

4. Solat Sunat

Tingkatkan jumlah solat sunat di rumah atau masjid. Antara yang disarankan: Solat Duha, solat malam (qiyam), dan solat rawatib.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ، بَعْدَ الْفَرِيضَةِ، صَلَاةُ اللَّيْلِ

Dan solat yang afdal selepas solat fardu adalah solat malam.
Riwayat Muslim (1163)

5. Tilawah Al-Quran

Gunakan masa lapang untuk memperbanyakkan bacaan dan tadabbur Al-Quran. Boleh tetapkan target 1 juzuk sehari.

Daripada Abdullah bin Mas’ud sabda Nabi SAW:

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لاَ أَقُولُ الْم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ

Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakana yang ألم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.
Riwayat al-Tirmizi (2910)

6. Melakukan Ibadah Korban

Ibadah paling afdal untuk dilaksanakan pada hari Raya Aidiladha adalah dengan menumpahkan darah korban. Ia akan datang pada hari akhirat seperti mana ia di dunia tanpa terdapat kekurangan padanya. Dan ia juga akan menjadi tunggangan orang yang berkorban itu ketika melintasi titian sirat.

Diriwayatkan oleh Ummul Mukminin Aisyah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ

Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).
Riwayat al-Tirmizi (1493)

Baca artikel penuh: Fadhilat Buat Ibadah Korban: Pahala Berganda & Keberkatan Hidup

Amalan sunat 10 hari pertama Zulhijjah adalah peluang keemasan yang datang setahun sekali. Jom Gandakan pahala. Bersihkan jiwa.

Tak mampu buat korban? Sedekah Daging kan ada.

You may interested in other post:

Di pedalaman Kg Kilugus, sebuah Sekolah Agama Rakyat telah berjaya dibina menjadi realiti. Bukan sekadar bangunan, tetapi lambang hasrat, perpaduan dan pemberdayaan komuniti. Projek ini menjadi bukti bahawa bila sesuatu… [more]

Ada sesuatu yang luar biasa bila sesuatu projek dibina ‘dengan tangan sendiri‘. Bukan sekadar hasilnya lebih kukuh, tetapi rasa tanggungjawab dan kasih terhadap apa yang dibina jadi lebih mendalam. Itulah… [more]

Tanpa sedar, bulan Rejab kembali menyapa. Bulan ini merupakan pembuka tirai kepada bulan-bulan mulia: Rejab, Syaaban dan Ramadan. Ia adalah masa terbaik untuk muhasabah, bertaubat dan memperbanyak amalan, agar kita… [more]

Bila hujan turun, kita diajar untuk bersyukur kerana ia adalah rahmat dari Allah SWT. Namun apabila hujan terlalu lebat hingga bawa mudarat seperti banjir, tanah runtuh atau kesukaran untuk keluar,… [more]

Ramai yang keliru, siapa sebenarnya yang wajib bayar fidyah bila tidak dapat berpuasa? Fidyah bukan sekadar ganti biasa. Terdapat hukum khusus yang ditetapkan syarak, terutama untuk orang yang tidak mampu… [more]

Musim tengkujuh dah bermula. Ramai yang mula risau apabila hujan lebat tak henti-henti, sungai mula melimpah, dan berita banjir semakin banyak. Dalam keadaan cemas, barang asas inilah yang akan menjadi… [more]