Article

Apa Itu Sedekah Daging? Hukum, Cara & Ganjarannya

Apa Itu Sedekah Daging? Hukum, Cara & Ganjarannya
Asnaf menerima sedekah daging korban dengan senyuman
Golongan asnaf menerima agihan daging korban

Setiap kali tibanya Zulhijjah dan Hari Raya Aidiladha, amalan sedekah daging menjadi antara cara terbaik untuk menzahirkan keprihatinan sesama Muslim.

Ia bukan sekadar agihan daging korban tetapi satu ibadah yang membawa pahala besar dan mencetuskan kegembiraan di hati orang yang susah.

Maksud Sedekah Daging & Dalilnya

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ

Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.
Surah al-Hajj: 28

Sedekah daging merujuk kepada sedekah yang dikumpulkan untuk membeli daging dan diagihkan kepada asnaf yang tidak pernah merasa daging.

Amalan bersedekah daging korban kepada asnaf dan fakir yang memerlukan menjadikan ibadah ini satu galakan kepada yang berkemampuan.

Siapa Yang Patut Terima Daging Korban?

Asnaf menerima sedekah daging korban dengan senyuman
Golongan asnaf menerima agihan daging korban
  • Fakir miskin
  • Jiran yang memerlukan
  • Orang tua
  • Ibu tunggal
  • Asnaf dan keluarga B40

🎯 Tip: Utamakan mereka yang jarang dapat nikmati daging segar sepanjang tahun.

Hukum dan Cara Sedekah Daging Korban

Proses agihan daging korban oleh sukarelawan
Agihan dilakukan secara sistematik & mesra komuniti

Korban Sunat: Boleh dimakan, disedekah & dihadiahkan

فَنَحَرَ ثَلَاثًا وَسِتَّينَ بَدَنَةً بِيَدِهِ ثُمَّ أَعْطَى عَلِيًّا فَنَحَرَ مَا غَبَرَ وَأَشْرَكَهُ فِي هَدْيِهِ ثُمَّ أَمَرَ مِنْ كُلِّ بَدَنة بِبَضْعَةٍ فَجَعَلَتْ فِي قِدرٍ فَطَبَخَتْ فَأَكَلَا مِن لَحْمِهَا وَشُرْبَا مِن مَرْقِهَا

Baginda SAW menyembelih 63 ekor unta, kemudian Baginda SAW memberikan kepada Ali Ibn Abi Talib untuk menyembelih apa yang terbaki. Lalu Baginda SAW menyuruh supaya bagi setiap satu unta itu dibahagikan kepada beberapa orang. Kemudian dimasukkan ke dalam periuk lalu dimasak. Setelah itu mereka berdua makan dagingnya dan minum kuahnya.
Hadith riwayat Muslim: (1218)

Oleh itu, daging korban tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa cara, antaranya:

  1. Disunatkan untuk orang yang melakukan korban untuk mengambil 1/3 daripada daging korban tersebut untuk diri sendiri dan menyedekahkan 2/3 daripada bakinya kepada golongan fakir miskin.
  2. Atau, orang yang melakukan korban mengambil 1/3 daripada daging korban, dan mengagihkan 1/3 baki daripadanya kepada golongan fakir miskin, serta 1/3 lagi daripadanya diberikan sebagai hadiah kepada golongan kaya (seperti saudara-mara atau jiran-tetangga). Dalam hal ini, memberi sedekah kepada 2/3 kepada golongan miskin lebih afdhal daripada memberi hadiah kepada golongan kaya.
  3. Namun cara yang afdal ialah, seseorang yang melakukan korban tersebut menyedekahkan keseluruhan daripada daging korban dan memakan sedikit sahaja daripadanya sebagai sekadar mengambil berkat. Hal ini kerana menyedekahkan keseluruhan daging tersebut merupakan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menjauhkan diri daripada sikap mementingkan diri sendiri. Manakala, memakan sedikit daripada daging tersebut sebagai beramal dengan zahir ayat al-Quran dan mengikut sunnah yang dilakukan oleh Nabi SAW. (Rujuk al-Mu’tamad Fi Fiqh al-Syafie: 485)

Korban Nazar: Wajib disedekahkan kesemuanya

Jika sekiranya haiwan korban tersebut merupakan sebagai korban nazar atau korban wajib yang telah ditentukan, maka dia wajib menyedekahkan kesemua daging korban tersebut kepada golongan fakir miskin dan tidak harus untuk dia memakan sebahagian daripadanya. (Rujuk al-Mu’tamad Fi Fiqh al-Syafie: 485)

Daging korban wajib disedekahkan kepada golongan fakir miskin dalam keadaan mentah, dan bukannya yang telah dimasak atau dikeringkan. Berkenaan ini, al-Sheikh Muhammad Ibn Ahmad al-Syathiri di dalam kitabnya Syarh al-Yaqut al-Nafis menyebutkan:

وَ يُجْزِئُ نِيءٌ غَيْرُ تَافِهٍ مِن لَحْمِ المُتَطَوَّعِ بِهَا

Sahnya daging korban itu adalah dengan disedekahkan dalam keadaan mentah, apa yang tidak rosak, daripada daging korban yang sunat. (Rujuk Syarh al-Yaqut al-Nafis: 828)

 Kelebihan Sedekah Daging

✔️ Memberi kegembiraan kepada orang susah
✔️ Menghubungkan silaturrahim
✔️ Menyucikan harta dan diri
✔️ Mendapat pahala berkekalan

Sedekah Daging Pengganti Korban

Proses agihan daging korban oleh sukarelawan
Agihan dilakukan secara sistematik & mesra komuniti

Sedekah daging adalah salah satu sedekah paling praktikal dan berimpak tinggi. Rezeki yang kita kongsi hari ini mungkin jadi asbab kita ke syurga.

✅ Jangan biarkan ibadah korban sekadar simbolik
✅ Salurkan daging korban kepada yang benar-benar memerlukan

Belum mampu korban? Jom ganti dengan sedekah daging kepada ribuan asnaf.

You may interested in other post:

Solat sunat Aidiladha adalah sunat muakkad, sangat dituntut bagi umat Islam lelaki dan perempuan. Ia disyariatkan pada pagi 10 Zulhijjah sebagai pembuka kepada ibadah korban dan simbolik penghormatan kepada hari… [more]

Rezeki bukan hanya dalam bentuk wang tetapi juga ketenangan, kesihatan, dan kasih sayang. Berikut 5 amalan pembuka rezeki yang diamalkan oleh ramai sebagai jalan untuk meluaskan pintu rezeki. 1. Banyakkan… [more]

Buat pertama kalinya, sebuah sekolah tahfiz berkonsepkan TVET akan dibina di Semporna, Sabah. Ini bukan sekadar sekolah tetapi harapan baru buat anak-anak yang sebelum ini tercicir dari sistem pendidikan arus… [more]

Hari Arafah merupakan hari pelepasan daripada api neraka dengan Allah melepaskan daripada azab api neraka bagi mereka yang wukuf di Arafah dan kaum muslimin di negara lain yang tidak berwukuf…. [more]

Pada tarikh 9 Zulhijjah adalah hari yang sangat agung dalam Islam. Ia bukan hanya untuk jemaah haji, tetapi seluruh umat Islam disarankan berpuasa dan memperbanyakkan doa Hari Arafah. Kelebihan Doa… [more]

Ramai yang semangat nak buat ibadah korban, Alhamdulillah! Tapi tak ramai tahu, ada beberapa pantang larang semasa buat korban yang wajib dielakkan supaya ibadah kita sah dan diberkati. Kalau silap… [more]

Bantu Bina Tahfiz TVET Pertama di Semporna