
Apa Itu Ibadah Korban?
Ibadah korban ialah penyembelihan haiwan ternakan tertentu seperti kambing, lembu, atau unta yang dilakukan pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyrik (10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah).
Ia dilakukan sebagai tanda syukur, ketaatan dan mengikut jejak Nabi Ibrahim A.S yang sanggup mengorbankan anaknya Nabi Ismail A.S atas perintah Allah SWT. Peristiwa ini membuktikan pengorbanan tertinggi dalam ketaatan seorang hamba kepada Tuhannya.
Baca artikel penuh: Ibadah Korban: Cara Perlaksanaan, Niat, Syarat, Perkara Sunat, Pembahagian Daging
Kenapa Ibadah Korban Sangat Dituntut?
✅ Salah satu syiar Islam
Ibadah korban adalah simbolik syukur terhadap nikmat rezeki yang Allah kurniakan.
✅ Menunjukkan keikhlasan dan ketaatan
Sama seperti Nabi Ibrahim A.S, kita diuji – sanggupkah kita berkorban demi Allah walau sedikit dari harta kita?
✅ Sunat muakkad
Majoriti ulama menyatakan ia adalah sunnah yang sangat digalakkan, terutama bagi mereka yang berkemampuan.
Fadhilat Buat Ibadah Korban
1. Ganjaran Pahala Yang Besar
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”
[Riwayat al-Tirmizi (1493)][Imam al-Tirmizi menghukum hadith ini sebagai hasan gharib]
Korban yang dilakukan dengan ikhlas akan menjadi penebus dosa-dosa kecil, insyaAllah.
2. Merapatkan Silaturrahim di Kalangan Masyarakat
Ibadah korban bukan hanya ibadah individu, tapi membawa kesan sosial yang besar. Bila daging korban diagihkan, hubungan antara jiran tetangga, ahli keluarga dan komuniti jadi lebih rapat. Ada nilai kasih sayang dan keprihatinan sesama insan.
3. Membawa Keberkatan Rezeki dan Hidup
Bila kita memberi, Allah akan menggandakan. Ramai yang berkongsi selepas buat korban, rezeki mereka lebih lancar & hati jadi tenang. Rezeki bukan hanya duit, tetapi juga masa, kesihatan, dan keluarga bahagia.
Siapa Yang Digalakkan Untuk Melaksanakan Korban?
✔️ Individu yang cukup nafkah harian & ada lebihan rezeki
✔️ Mereka yang ingin hadiahkan korban kepada ibu bapa atau arwah
✔️ Mereka yang ingin bantu umat Islam di kawasan susah
Boleh Ke Korban Secara Wakil Atau Online?
Jawapannya: BOLEH dan SAH, dengan syarat pihak yang melaksanakan korban adalah wakil yang dipercayai dan niat korban disampaikan dengan betul. Sekarang, banyak platform seperti masjid, NGO, dan organisasi Islam sediakan servis korban online dalam & luar negara.
Baca artikel penuh: Ibadah Korban Kini Lebih Mudah: Sertai Korban Online dari Rumah Anda
Rebutlah Ganjaran Besar Ini!
Ibadah korban adalah satu amalan yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah SWT. Ia bukan sekadar sembelih haiwan, tetapi bukti cinta & taat kepada perintah Allah SWT.
✅ Pahala berganda
✅ Doa dimakbulkan
✅ Keberkatan rezeki & ketenangan hati
Kalau anda ada kemampuan, jangan tangguh. Rebut peluang korban tahun ini, untuk diri sendiri, keluarga dan ummah.