Article

Pengalaman Bantu Asnaf Jalanan di Lorong Haji Taib

Pengalaman Bantu Asnaf Jalanan di Lorong Haji Taib

Berjalan kaki di celah-celah bangunan lewat malam bukanlah sesuatu yang biasa dilakukan. Apatah lagi ia pengalaman pertama bagi seorang sukarelawan wanita, berjalan dan ketika ini berada di Lorong Haji Taib 2, Kuala Lumpur. Terasa asing berada di satu kawasan yang sangat jarang malah mungkin tidak pernah terfikir untuk dikunjungi.

Inilah pengalaman, 20 orang sukarelawan Yayasan Ikhlas yang hadir memenuhi tuntutan berbakti kepada komuniti gelandangan melalui Misi Asnaf Jalanan (MAJ). Misi ini telah dijalankan untuk kali ke-7 dengan penglibatan 50 orang dewasa dan lebih 30 kanak-kanak.

sukarelawan bantu gelandangan dalam misi asnaf jalanan

Setiap kali bertemu adik-adik ini, kegembiraan jelas terlihat di wajah mereka.

“Akak, abang, hari ni nak ajar kami apa?” 

“Hari ni tazkirah pasal apa?”

“Siapa ustaz yang bagi tazkirah malam ni?”

MAJ kali ini bertemakan Kelebihan Bulan Muharam, salah satu bulan penting dalam Islam. Antara aktiviti menarik yang diadakan termasuk perkongsian dari Ustaz Muaz tentang bulan Muharam dan kisah Nabi. Selain itu, modul 3M (membaca, menulis, dan mengira) serta aktiviti kraf tangan turut diadakan untuk adik-adik.

Artikel berkaitan: Derita Maryam, bayi OKU yang luar biasa

sukarelawan bantu gelandangan dalam misi asnaf jalanan

Berbekalkan cahaya dari telefon pintar sukarelawan dan dibantu cahaya dari tiang lampu jalanan, aktiviti berlangsung dengan sangat lancar. Jelas terpancar kegembiraan anak-anak asnaf jalanan ini walaupun menyantuni mereka dalam serba apa yang ada. Tepat jam 2 pagi, semua peserta dan sukarelawan beransur pulang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada sukarelawan Astro Kasih dan wakil dari Radio Zayan atas penglibatan memeriahkah MAJ kali ini.

“Salurkan Senyuman Bersama Team Ikhlas”

Jom bersama kami menyumbang untuk bantu asnaf jalanan ini.

You may interested in other post:

Ibadah korban merupakan sebuah manifestasi ketaatan yang agung daripada seorang hamba kepada Penciptanya. Walau bagaimanapun, dalam kesungguhan kita untuk meraih pahala, pelaksanaannya memerlukan ketelitian yang tinggi agar tidak menimbulkan fitnah… [more]

Pernah dengar tentang infak subuh? Ramai yang mula amalkan, tetapi masih ramai juga yang belum tahu kelebihan sebenar amalan ini. Hakikatnya, infak subuh bukan sekadar sedekah biasa, ia adalah amalan… [more]

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas… [more]

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi… [more]

“Kenapa mulut cepat berbau bila berpuasa?” Soalan ini sering timbul setiap kali tibanya Ramadan. Ramai yang beranggapan bau mulut ketika berpuasa berpunca daripada cara memberus gigi yang tidak betul. Namun… [more]

Lailatul Qadr adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Namun, bagaimana cara sebenar untuk memburu Lailatul Qadr? Artikel ini mengupas amalan penting melalui pendekatan uzlah, tazkiyah dan tafakkur. Malam… [more]