Updates

69 Rumah Lawas Terima Air Bersih sumbangan rakyat Malaysia

69 Rumah Lawas Terima Air Bersih sumbangan rakyat Malaysia

Lawas, Sarawak – Yayasan Ikhlas terus melangkah ke hadapan dalam usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar dengan melaksanakan Projek Pembangunan Sistem Air Bersih di Kampung Kerangan, Lawas, Sarawak. Projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Yayasan Ikhlas yang memberi tumpuan kepada akses air bersih dan kebajikan komuniti pedalaman.

Projek Air Bersih Tajaan Maybank Islamic Selesai dalam Tempoh 8 Bulan

Projek yang ditaja sepenuhnya oleh Maybank Islamic dengan nilai sebanyak RM279,400.00 ini telah berjaya disiapkan dalam tempoh lapan bulan hasil kerjasama erat bersama masyarakat kampung. Sistem ini kini membekalkan air terawat yang selamat kepada 69 buah rumah, sebuah surau, dan sebuah balairaya di Kampung Kerangan.

Majlis Perasmian Disempurnakan Oleh Timbalan Premier Sarawak

Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II. Dalam ucapan beliau, beliau menzahirkan penghargaan atas usaha Yayasan Ikhlas dalam membantu menyelesaikan isu bekalan air bersih yang telah sekian lama dihadapi penduduk Lawas.

Beliau turut menegaskan komitmen kerajaan negeri dalam menangani masalah bekalan air bersih yang masih membelenggu beberapa kawasan di Lawas, serta menyokong penuh kerjasama strategik seperti yang dilaksanakan Yayasan Ikhlas dan Maybank Islamic ini.

Sumbangan Fidyah Kepada Golongan Rentan

Majlis turut menyaksikan agihan sumbangan fidyah kepada 50 penerima, termasuk warga emas, ibu tunggal, dan Orang Kurang Upaya (OKU) di kampung tersebut satu inisiatif berterusan Yayasan Ikhlas dalam memastikan golongan rentan tidak tersisih daripada perhatian dan bantuan.

Komitmen Berterusan Yayasan Ikhlas Dalam Pembangunan Komuniti

Yayasan Ikhlas menyatakan rasa syukur atas kejayaan projek ini dan akan terus komited dalam menjalankan program pembangunan masyarakat yang memberi impak jangka panjang, terutama dari segi kesihatan, kebersihan, dan keselamatan.Projek air bersih ini bukan sahaja menambah baik kualiti hidup penduduk kampung, tetapi juga mengurangkan risiko penyakit berjangkit, khususnya dalam kalangan anak-anak dan warga tua.

You may interested in other post:

BANGI, 14 November 2026 – Yayasan Ikhlas telah mengadakan Majlis Pelancaran Bantuan Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 sebagai langkah memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi musim tengkujuh. Program ini memberi penekanan… [more]

Berapa kadar fidyah 2026 yang perlu dibayar jika kita mempunyai hutang puasa Ramadan? Persoalan ini sering timbul, terutamanya apabila seseorang ingin menyelesaikan kewajipan fidyah yang masih tertunggak. Di Malaysia, kadar… [more]

PULAU PANGKOR, PERAK – Seramai 100 keluarga yang terjejas akibat banjir kilat di Pulau Pangkor menerima bantuan bakul makanan menerusi agihan dana fidyah yang dilaksanakan oleh Yayasan Ikhlas dengan kerjasama… [more]

Bila sebut tentang rezeki, apa yang pertama sekali terlintas dalam fikiran kita? Gaji, wang simpanan, keuntungan perniagaan atau harta yang dimiliki? Tidak salah untuk menginginkan kehidupan yang lebih selesa. Namun,… [more]

Pernah tak kita bersemangat untuk berubah menjadi lebih baik, tetapi selepas beberapa hari, semangat itu mula berkurang? Pada awalnya, rajin membaca al-Quran, bersedekah atau melakukan amalan sunat, namun lama-kelamaan semakin… [more]

Pernah rasa badan terlalu penat walaupun sudah berehat? Bangun pagi terasa berat, semangat untuk bekerja semakin berkurang dan tugasan yang biasanya boleh dilakukan mula terasa membebankan. Keletihan seperti ini tidak… [more]