Article

5 Tips Self-Care Mudah untuk Ibu Bapa Sibuk: Kekal Tenang, Sihat & Bahagia Walaupun Jadual Padat

5 Tips Self-Care Mudah untuk Ibu Bapa Sibuk: Kekal Tenang, Sihat & Bahagia Walaupun Jadual Padat

Ibu bapa yang bekerja dan mengurus rumah tangga sering kali mengutamakan semua orang kecuali diri sendiri. Ini termasuklah seorang suri rumah, ibu tunggal atau bapa tunggal. Walaupun sibuk, self-care harus diberi penekanan kerana kita memerlukan fizikal dan mental yang sihat demi menghadapi cabaran-cabaran di hari dan tahun-tahun mendatang. Paling penting sebenarnya self-care bantu diri kita ‘burnout’.

Apakah rutin atau tindakan yang membantu kita kekal sihat, tenang, dan bertenaga?.Jom baca 5 Tips ini.

1. Luangkan “Me Time” Walaupun 10 Minit Sehari

Hanya 10 minit sehari diperlukan untuk ambil masa seketikan dan lakukan sesuatu yang anda boleh nikmati tanpa gangguan. Ini boleh jadi aktiviti mudah seperti minum kopi panas, membaca buku, atau mendengar muzik kegemaran. Bagi yang beragama Islam 10 minit Solat Tahajud sebelum Subuh sangat memberi makna. Tanpa gangguan. Hanya kita dan Pencipta semata.

2. Raikan Sekecil-Kecil Pencapaian

Kadang-kadang apabila terlalu sibuk melalui hari yang mencabar, kita terlupa memberi penghargaan buat diri sendiri. Ambil sedikit masa untuk ‘acknowledge’ pencapaian sama ada ianya kecil atau besar. Setiap kejayaan kecil ini adalah suatu ingatan bahawa anda memiliki keupayaan dan kekuatan tersendiri. Ini akan tingkatkan keyakinan dan percaya diri.

3. Rancang Masa untuk Senaman Ringkas dan Amalkan teknik pernafasan yang betul

Senaman ringan seperti stretching atau senaman bodyweight yang boleh dilakukan di rumah sangat bermanfaat untuk kesihatan fizikal dan mental. Aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan tenaga, tetapi juga membantu ibu bapa berasa lebih segar dan fokus.

Selain itu, amalkan teknik pernafasan yang dalam selama 5-10 minit. Ianya terbukti dapat membantu mengurangkan tekanan dan menenangkan fikiran. Pakar mencadangkan ia dilakukan pada waktu pagi sebelum memulakan hari atau pada waktu malam sebelum tidur.

4. Tetapkan Masa Untuk Bebas Teknologi

Telefon dan komputer boleh menjadi punca stress tambahan. Tetapkan masa yang khusus untuk bebas dari gajet, seperti waktu makan malam tanpa telefon atau tempoh masa bebas skrin sebelum tidur. Bagi ibu bapa ianya bukan sahaja memberi ketenangan, tetapi juga membina hubungan yang lebih baik dengan anak-anak.

5. Jangan Takut untuk Minta Bantuan

Sebagai ibu bapa yang sentiasa bergelut dengan anak-anak dan kerjaya, penting untuk ingat bahawa tiada salahnya meminta bantuan, sama ada dari ahli keluarga, rakan, atau melalui perkhidmatan sokongan. Jika ada peluang untuk melepaskan sedikit bebanan, gunakanlah. Ambil masa ini untuk berehat dan bertenang.

Kesimpulan

Ketahuilah ibu bapa yang sibuk juga perlu menjaga diri kerana ini adalah salah satu pelaburan untuk kesejahteraan keluarga. Dengan mengamalkan self-care, mereka bukan sahaja dapat mengelak daripada merasa tertekan, tetapi juga dapat memberi contoh yang baik kepada anak-anak tentang kepentingan menjaga kesihatan mental dan fizikal.

Selain itu, jom bersama kami menjaga kesihatan mental dalam program Minda Sihat, Keluarga Hebat pada 16 November 2024 ini. Ketahui dengan lebih lanjut bagaimana anda boleh menyedari simptom penyakit mental di kalangan ahli keluarga.

📩 Pertanyaan: wasap.my/60172774511 (Cik Ain)

Yayasan Ikhlas
Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda

 

You may interested in other post:

2 hari sebelum menjelang ramadan, di hujung lorong sebuah kampung ketika Nora, antara Asnaf yang perlu di bantu sedang mengemaskan rumah, pintu rumahnya diketuk. Di luar, berdiri seorang wanita berpakaian… [more]

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan hasil sumbangan ikhlas daripada para dermawan, Projek Tabung Masjid Yayasan Ikhlas telah berjaya membantu membina sebuah masjid baharu di pedalaman Beaufort, Sabah. Masjid yang diberi… [more]

Fidyah adalah perkataan dalam Bahasa Arab yang berasal dari kata akar fada (فدى). Fidyah ialah sesuatu yang dibayar untuk menebus diri, baik berbentuk harta atau tindakan lain yang dilakukan kerana… [more]

Sandakan, 24 Disember — Dewan Serbaguna ILP Sandakan menjadi saksi kepada semangat juang dan kecemerlangan pelajar muda dalam acara Hari Anugerah Pelajar yang dianjurkan oleh Yayasan Ikhlas Sandakan, dengan kerjasama… [more]

Hadirkan Harapan, Ubah Kehidupan Bersama Asnaf Jalanan Siri Misi Asnaf Jalanan untuk tahun 2024 sudah melabuhkan tirainya dengan program terakhir bersama komuniti Chow Kit ini memberi makna dan harapan kepada… [more]

Tahun 2024 melabuh tirainya. Di mana jua anda berada, detik peralihan tahun adalah saat refleksi dan muhasabah. Merenung kembali perjalanan Yayasan Ikhlas di 2024, beberapa pencapaian baharu berjaya dilakar, antaranya:… [more]

Dapatkan Ebook 30 Nota Hati

Ebook ini menghimpunkan nasihat dan renungan penuh hikmah daripada SS Dato’ Zamri Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak merangkap Duta Yayasan Ikhlas.

30 Nota Hati