Article

5 Tips Persediaan Hadapi Banjir Dengan Tenang

5 Tips Persediaan Hadapi Banjir Dengan Tenang

Bagi yang pertama kali mengalami bencana banjir, pasti merasa gelisah, risau dan sedikit trauma mengharapkan bantuan dan tips.

Yayasan Ikhlas tampilkan 5 tips hadapi banjir dengan tenang.

Air bah dah naik. Apa yang perlu buat?

Pastikan Informasi Terkini Banjir

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mengikuti info terkini keadaan banjir sama ada melalui website https://publicinfobanjir.water.gov.my/ atau group whatsapp kampung atau taman anda. Pastikan info yang diperoleh tepat dan boleh membantu anda membuat persediaan. Selain itu, talian kecemasan di setiap daerah turut disediakan.

Simpan nombor penghulu kampung atau imam surau/ masjid kariah anda. Ada masanya, pihak berkuasa akan menghubungi mereka untuk mengetahui jika ada lagi mangsa yang terperangkap di rumah ketika air bah naik dengan laju. Maklumkan kepada mereka keadaan anda dan keluarga.

Simpan Dokumen Penting Anda dan Keluarga 

Kadangkala bila air banjir dah naik, dokumen penting terlupa disimpan. Jadi jangan lupa simpan siap-siap dokumen penting keluarga seperti

  1. Kad Pengenalan diri, pasangan dan anak-anak
  2. Sijil Kelahiran
  3. Pasport
  4. Kad Makluman Perubatan – terutama jika ada ahli keluarga yang sakit

Ada yang mencadangkan simpan di dalam bekas kalis air dan ada juga yang simpan dalam ziploc beg. Ikut kesesuaian dan mana yang mudah.

Artikel berkaitan: 5 Barang Berharga Yang Perlu Diselamatkan Sewaktu Banjir

Sediakan 1 Beg Kecemasan untuk 1 Keluarga atau juga dikenali sebagai Bug out Bag (B.O.B)

Baru-baru ini MET Malaysia telah mengeluarkan satu infografik dan peringatan mengenai keperluan menyiapkan 1 Beg Kecemasan untuk 1 Keluarga atau lebih dikenali sebagai Bug Out Bag.

bantuan banjir
Yayasan Ikhlas menyampaikan beg kecemasan hasil sumbangan PNB di Pasir Mas & Rantau Panjang, Kelantan

Beg ini antara lain memastikan kita bersedia selama 72 jam sekiranya bencana melanda atau kecemasan lain yang tidak boleh dielakkan.

Antara item yang WAJIB ada termasuklah dokumen penting, duit tunai, telefon dan power bank, lampu suluh, air minuman, ubat-ubatan, makanan dalam tin atau yang siap dimakan, pakaian, kit kebersihan dan first-aid-kit.

bantuan banjir

Sediakan Air Minuman / Bersih Untuk Bertahan Selama 3 hari

Semasa banjir, bekalan air dan elektrik akan terputus menyebabkan air bersih sukar didapati.

Oleh itu, bagi memudahkan keperluan simpan air minuman untuk bertahan sekurangnya selama 3 hari. Keadaan ini lebih mustahak bagi keluarga yang mempunyai anak kecil dan yang mempunyai keperluan khas. Sekurangnya bekalan air yang ada dapat memenuhi keperluan sebelum bantuan awal sampai.

bantuan banjir

Bagi orang Islam, air bersih diperlukan untuk bersuci sebelum melaksanakan solat, kerana air banjir ada kalanya bersalut lumpur dan kotor.

Ketahui Talian Kecemasan Bilik Operasi Banjir

Sekiranya berlaku banjir di tempat anda talian kecemasan akan dibuka bagi memudahkan anda menghubungi anggota yang bertugas untuk mendapatkan bantuan.

Simpan no talian kecemasan ini dan bantu ahli keluarga anda sekiranya mereka memerlukan.

Akhir kata, sentiasa berwaspada dan prihatin dengan perubahan cuaca kini. Dapatkan maklumat yang betul dan tepat.

Layari: yayasanikhlas.org.my

You may interested in other post:

Pagi adalah permulaan kepada perjalanan kita setiap hari. Sebelum fikiran dipenuhi dengan kerja, urusan keluarga dan pelbagai tanggungjawab, ada baiknya kita mengambil sedikit masa untuk mengingati Allah SWT. Mengamalkan doa… [more]

Bila tiba hari Jumaat, antara amalan yang sering kita dengar ialah membaca Surah Al-Kahfi. Namun, masih ramai yang tertanya-tanya bila sebenarnya waktu untuk membacanya? Malam Jumaat atau siang Jumaat? Perlu… [more]

Pernah tak kita terfikir, sesuatu yang kecil bagi kita mungkin sebenarnya sangat besar nilainya bagi orang lain? Memberikan sedikit masa, tenaga, harta atau kemudahan mungkin kelihatan sederhana. Tetapi bagi seseorang… [more]

Seramai 300 penduduk setempat daripada pelbagai lapisan umur dan kaum telah menyertai Projek Sarawak Empowerment and Education Drive (SEED), sebuah inisiatif yang memberi fokus kepada pendidikan, pembangunan diri dan penglibatan… [more]

Sebuah kampung yang kuat bukan hanya dibina dengan kemudahan fizikal. Ia terbentuk apabila penduduknya saling mengenali, anak-anak membesar bersama dan masyarakat mempunyai ruang untuk berkumpul serta melakukan aktiviti yang bermanfaat…. [more]

Sumbangan masyarakat yang dikumpulkan akhirnya diterjemahkan kepada sesuatu yang memberi manfaat secara langsung kepada komuniti. Alhamdulillah, Yayasan Ikhlas telah menyerahkan sebuah van jenazah kepada Surau Muhibbah Kajang, sekali gus menjadi… [more]