Updates

23 Tahun Menghidap AMC, Anak Syurga Ini Bergantung Kudrat Ibu

23 Tahun Menghidap AMC, Anak Syurga Ini Bergantung Kudrat Ibu

23 Tahun Menghidap AMC, Anak Syurga Ini Bergantung Kudrat Ibu

‘BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul’ adalah peribahasa tepat bagi menggambarkan penderitaan yang dialami seorang pemuda berusia 23 tahun, apabila disahkan menghidapi Arthrogryposis Multiple Congenita (AMC) atau kekurangan upaya fizikal.’BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul’ adalah peribahasa tepat bagi menggambarkan penderitaan yang dialami seorang pemuda berusia 23 tahun, apabila disahkan menghidapi Arthrogryposis Multiple Congenita (AMC) atau kekurangan upaya fizikal.

Ketika pemuda seusianya menyambung pelajaran atau bekerja bagi menampung hidup keluarga, namun Awang Azrul masih lagi mengharapkan kudrat ibunya yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Tambahan pula, ayahnya pula menghidap penyakit gout dan tidak mampu mengangkat anak ketiga dari enam beradik itu untuk ke tandas.

Lantaran itu, Yayasan Ikhlas Sarawak bersama-sama Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) Sarawak pada 17 Oktober lalu, mengambil inisiatif menghulurkan bantuan bagi meringankan beban buat keluarga Awang di kediamannya dekat Kuching, Sarawak.

Menerusi kempen Bantu Pesakit Sihat, sumbangan yang diberikan adalah berbentuk sebuah kerusi roda khas yang menyenangkan pesakit masuk ke dalam tandas, selain bantuan lampin pakai buang serta wang tunai.

“Awang menghidap AMC, iaitu penyakit yang jarang didengari dan berlaku semenjak lahir.

“Selain itu, dia adalah pemegang kad OKU (orang kurang upaya) sejak lahir dan memerlukan penjagaan khas,” kata Duta Yayasan Ikhlas, Dr Khairol Jambli

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Duta Yayasan Ikhlas, Dr Mohd Khairol Jambli dan diiringi Pengerusi I-Medik Sarawak, Dr Mohd Naqib Ahmad Napis.

Sementara itu, Pegawai Yayasan Ikhlas Sarawak, Hafeez Morni berkata, Awang pada suatu ketika dahulu mampu menyuap makanan sendirian, namun apabila tulang belakangnya dipasang dengan besi titanium, dia terpaksa bergantung kepada orang lain untuk berbuat demikian.

“Titanium itu sepatutnya sudah dibuka, tetapi disebabkan pelaksanaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) perkara itu jadi tertangguh,” katanya lagi.

Hafeez berkata, Awang sebelum ini turut mendapat bantuan kewangan daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menampung kos rawatannya yang mencecah puluhan ribu ringgit.

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan ke atas Awang boleh berbuat demikian melalui akaun Yayasan Ikhlas, Maybank: 5628 3463 6228, Rujukan: BPSYI atau klik di pautan ikhlas.fund/ms/kempen/bantu-pesakit-sihat.

You may interested in other post:

Di pedalaman Kg Kilugus, sebuah Sekolah Agama Rakyat telah berjaya dibina menjadi realiti. Bukan sekadar bangunan, tetapi lambang hasrat, perpaduan dan pemberdayaan komuniti. Projek ini menjadi bukti bahawa bila sesuatu… [more]

Ada sesuatu yang luar biasa bila sesuatu projek dibina ‘dengan tangan sendiri‘. Bukan sekadar hasilnya lebih kukuh, tetapi rasa tanggungjawab dan kasih terhadap apa yang dibina jadi lebih mendalam. Itulah… [more]

Tanpa sedar, bulan Rejab kembali menyapa. Bulan ini merupakan pembuka tirai kepada bulan-bulan mulia: Rejab, Syaaban dan Ramadan. Ia adalah masa terbaik untuk muhasabah, bertaubat dan memperbanyak amalan, agar kita… [more]

Bila hujan turun, kita diajar untuk bersyukur kerana ia adalah rahmat dari Allah SWT. Namun apabila hujan terlalu lebat hingga bawa mudarat seperti banjir, tanah runtuh atau kesukaran untuk keluar,… [more]

Ramai yang keliru, siapa sebenarnya yang wajib bayar fidyah bila tidak dapat berpuasa? Fidyah bukan sekadar ganti biasa. Terdapat hukum khusus yang ditetapkan syarak, terutama untuk orang yang tidak mampu… [more]

Musim tengkujuh dah bermula. Ramai yang mula risau apabila hujan lebat tak henti-henti, sungai mula melimpah, dan berita banjir semakin banyak. Dalam keadaan cemas, barang asas inilah yang akan menjadi… [more]