Updates

Yayasan Ikhlas Dinobat NGO Paling Aktif Rakan NADMA 2026

Yayasan Ikhlas Dinobat NGO Paling Aktif Rakan NADMA 2026

KUALA LUMPUR, 13 Februari 2026 – Yayasan Ikhlas terus membuktikan komitmen dan kecekapan operasi di lapangan apabila dinobatkan sebagai organisasi paling aktif dalam kalangan 60 pertubuhan Rakan NADMA bagi tempoh 13 November 2025 hingga 4 Februari 2026.

yayasan-ikhlas-unggul-rakan-nadma-ngo-paling-aktif-2026
Yayasan Ikhlas ungguli laporan Rakan NADMA sebagai NGO paling aktif dengan 122 operasi bantuan monsun Timur Laut 2025–2026

Pengiktirafan ini direkodkan dalam Laporan Pergerakan Rakan NADMA NGO, sekali gus meletakkan Yayasan Ikhlas di Tangga Pertama berdasarkan jumlah laporan dan gerak kerja bantuan yang digerakkan sepanjang musim bencana 2025/2026.

Sepanjang tempoh 83 hari tersebut, sebanyak 122 laporan operasi bantuan telah dilaksanakan, menjadikan Yayasan Ikhlas NGO dengan pergerakan tertinggi dalam ekosistem pengurusan bencana negara.

Misi bantuan banjir Yayasan Ikhlas bersama pasukan penyelamat memindahkan mangsa menggunakan bot
Pasukan Yayasan Ikhlas dan penyelamat memindahkan mangsa banjir menggunakan bot dalam operasi bantuan bencana banjir.

122 Operasi Bantuan Di 10 Negeri Terjejas

Operasi bantuan Yayasan Ikhlas melibatkan negeri-negeri yang terkesan akibat bencana termasuk:

  • Kelantan
  • Terengganu
  • Kedah
  • Perak
  • Pahang
  • Johor
  • Selangor
  • Perlis
  • Sabah

Setiap laporan yang digerakkan bukan sekadar angka statistik. Ia melibatkan misi menyantuni mangsa, menyalurkan bantuan kecemasan, menyediakan barangan asas, serta membantu proses pemulihan kehidupan mereka yang terjejas.

Kedudukan Tangga Pertama ini mencerminkan:

  • Tahap kesiapsiagaan yang tinggi
  • Kepantasan mobilisasi pasukan
  • Kekuatan sukarelawan di lapangan
  • Sistem penyelarasan operasi yang tersusun dan efisien

Dalam situasi bencana, keupayaan bergerak pantas dan berkoordinasi dengan agensi kerajaan menjadi faktor penentu keberkesanan sesuatu misi bantuan.

Mesyuarat Penyelarasan Program Rakan NADMA melibatkan NGO dan agensi bagi operasi bantuan bencana 2026
Mesyuarat Penyelarasan Program Rakan NADMA melibatkan NGO dan agensi bagi operasi bantuan bencana 2026

Pengiktirafan Dalam Mesyuarat Penyelarasan Rakan NADMA

Pencapaian ini dimaklumkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Program Rakan NADMA yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana).

Mesyuarat tersebut menghimpunkan 60 wakil NGO, institusi akademia dan sektor korporat bagi memperkukuh penyelarasan serta kerjasama strategik dalam pengurusan bencana Malaysia.Yayasan Ikhlas diwakili oleh Tuan Hassriq Hafize bin Abdul Halim Hafiz dan Lt. Muda (PA) Hanizam Azman, yang turut terlibat dalam sesi perbincangan mempertingkat kesiapsiagaan serta keberkesanan gerak kerja lapangan.

Yayasan Ikhlas Kukuh Sebagai Rakan Strategik Pengurusan Bencana Negara

Pencapaian ini mengukuhkan lagi peranan Yayasan Ikhlas sebagai rakan strategik utama dalam ekosistem pengurusan bencana negara.

Ia adalah hasil sinergi erat bersama agensi kerajaan, rakan NGO serta sokongan berterusan para penyumbang dan sukarelawan yang sentiasa komited berada di barisan hadapan.

Di sebalik 122 laporan yang direkodkan, terdapat ribuan mangsa yang disantuni, keluarga yang dibantu memulakan semula kehidupan, serta komuniti yang kembali bangkit selepas diuji bencana.

Inilah misi sebenar kemanusiaan yang menjadi teras Yayasan Ikhlas.

Aktiviti Psychological First Aid (PFA) di PPS bersama kanak-kanak
Pelaksanaan Psychological First Aid (PFA) di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi membantu kanak-kanak mangsa banjir dengan sokongan rakan penaja, PNB.

Komitmen Berterusan Demi Rakyat Malaysia

Insya-Allah, Yayasan Ikhlas akan terus memperkukuh tahap kesiapsiagaan, memperluas jaringan kerjasama strategik serta mempertingkat sistem mobilisasi bantuan bagi memastikan setiap mangsa bencana mendapat perhatian sewajarnya.

Pengiktirafan sebagai NGO paling aktif Rakan NADMA 2026 bukan sekadar satu pencapaian, tetapi amanah besar untuk terus berkhidmat dengan lebih cekap, telus dan berimpak.

Terima kasih kepada semua penyumbang, sukarelawan dan rakan strategik yang menjadi tulang belakang kepada setiap gerakan bantuan.

Bersama, kita terus melangkah ke hadapan dalam misi kemanusiaan tanpa henti.

You may interested in other post:

Semangat kesukarelawanan bukan hanya tentang menghulurkan sumbangan. Ada masanya, tenaga dan masa yang diberikan bersama-sama mampu membawa perubahan besar kepada sesebuah komuniti. Atas semangat itu, Yayasan Ikhlas bersama ON Semiconductor… [more]

Sedekah tidak hanya dilakukan oleh mereka yang memiliki banyak harta. Kadangkala, nilai sedekah bukan terletak pada jumlah yang diberikan, tetapi pada keikhlasan hati dan manfaat yang sampai kepada orang lain…. [more]

RHB Islamic memperuntukkan RM300,000 bagi melaksanakan Projek Pembangunan Sistem Air Bersih dan Tenaga Solar bersama Yayasan Ikhlas di Kampung Telinting, Papar, Sabah. Projek ini memberi manfaat kepada kira-kira 130 penduduk… [more]

Alhamdulillah, pada 20 Julai 2026, Yayasan Ikhlas telah mengadakan satu sesi perbincangan strategik bersama Borenos Fried Chicken yang berlangsung di Amazing Borneo Tours. Borenos Fried Chicken merupakan jenama makanan segera… [more]

SEMPORNA, 17 Julai 2026 – Para pelajar Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda (PPIAH) Pekan 2 telah mengadakan lawatan pendidikan ke Perpustakaan Semporna bersempena dengan pelaksanaan Program Bulan Membaca PPIAH. Lawatan ini… [more]

Bencana alam, terutamanya banjir besar, tidak pernah memberikan amaran awal sebelum ia melanda. Ketika air mula naik secara mendadak dan arus deras mula mengancam keselamatan, kebanyakan daripada kita akan segera… [more]