Buat income juta-juta tetapi takut nak bayar cukai?

Ini Cara Terbaik Untuk Bisnes Anda Dapatkan Pengecualian Cukai Dengan Mudah

Sebagai ahli perniagaan, hanya ada 1 perkara yang tidak boleh lari seumur hidup iaitu sistem percukaian. Semakin banyak pendapatan, semakin banyak nilai cukai yang akan dikenakan.

Bagi sesetengah ahli perniagaan dan syarikat, sistem percukaian sebegini memberi tekanan kepada perniagaan dan menyusahkan kerana ianya bernilai setara dengan keuntungan yang diperolehi.

Namun bagi ahli korporat dan perniagaan berskala besar, mereka sudah tahu banyak cara untuk dapatkan pengecualian cukai. Bagi mereka, cara ini lebih baik kerana dapat membantu masyarakat sambil memperolehi keuntungan berlipat kali ganda tanpa perlu bayar cukai yang tinggi.

Dalam dunia perniagaan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merupakan lembaga yang paling ditakuti oleh semua orang. LHDN tidak akan mengejar pada tahun semasa, tetapi akan mengejar audit 5-7 tahun sebelumnya. Kebanyakan syarikat tidak menyediakan dokumen yang lengkap untuk disimpan dalam tempoh masa 7 tahun tersebut.

Apabila syarikat menggunakan terlalu banyak cara untuk mengelak atau mendapatkan pengecualian cukai, ianya akan memakan diri sendiri pada masa hadapan.

Adalah dengan cara memberi sumbangan kepada badan amal yang telah menerima kelulusan daripada pihak LHDN.

Ada banyak badan amal dan projek yang telah diluluskan, namun anda perlu pilih projek dan badan amal yang mempunyai kebaikan terhadap masyarakat serta dapat memberi impak kepada syarikat dan branding anda.

Anda boleh melihat projek yang bakal dijalankan. Selalunya, setiap badan amal mempunyai projek tertentu yang ingin dilakukan dan difokuskan bagi memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling.

Anda juga boleh meminta projek masa hadapan yang bakal dijalankan atau masih dalam perancangan. Dari situ, anda boleh menilainya.

Jika badan amal tersebut memiliki rekod yang baik bagi projek sebelum ini, ianya lebih memudahkan anda untuk membuat penilaian.

Anda tidak perlu pergi jauh untuk membuat carian atau kajian mengenai hal ini. Anda boleh terus memberikan sumbangan kewangan kepada Yayasan Ikhlas yang telah mempunyai puluhan projek bermanfaat seluruh Malaysia dan memiliki kelulusan daripada pihak LHDN.

Projek Air Bersih

Projek pembinaan sumber air bersih untuk penduduk di kampung pedalaman, antaranya di:
🔵 Kg Tanah Hitam, Sik, Kedah (manfaat kepada 121 buah rumah)
🔵 Kg Tebun, Simunjan, Sarawak ( manfaat kepada 25 buah rumah)

Sekolah Agama Rakyat

Pembinaan sekolah agama untuk anak-anak Muslim di pedalaman Borneo, antaranya di:
🔵 Kg Kilugus, Kuala Penyu, Sabah (manfaat kepada 210 orang pelajar)
🔵 Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda Pekan 2, Semporna, Sabah
🔵 Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda Kuala Bibang, Semporna, Sabah

Program Bantu Pesakit Sihat

Bantuan rawatan, peralatan & ubat-ubatan kepada pesakit kritikal supaya dapat meneruskan hidup seperti insan lain.

Demi Surauku

Projek baik pulih surau & masjid yang rosak atau musnah, serta bina surau & masjid di kawasan majoriti muslim tetapi tiada tempat beribadah seperti di pedalaman Sabah. Antaranya di:
🔵 Kg Sosondoton, Ranau, Sabah

Misi Bantuan Bencana

Bantuan bencana terus kepada mangsa-mangsa di lokasi bencana atau di pusat perpindahan sementara, antaranya seperti:
🔵 Baik pulih rumah
🔵 Keperluan harian
🔵 Wang tunai
🔵 Kit kesihatan mental & fizikal

Selain projek yang dijalankan ini, Yayasan Ikhlas juga terlibat dalam banyak program seperti Kasih Ramadan, Pemerkasaan Ekonomi Wanita, Pembinaan Pusat Komuniti, Biasiswa Pendidikan dan banyak lagi.

Semuanya ialah projek yang memberikan manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat di seluruh Malaysia.

Yayasan Ikhlas telah menerima kelulusan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) dengan nombor kelulusan 01/35/42/51/179-6.8139.

Apabila menyentuh mengenai nilai sumbangan, ianya bergantung kepada nilai cukai yang dikenakan kepada anda. Namun Yayasan Ikhlas juga memberikan beberapa pakej nilai sumbangan dengan pelbagai manfaat kepada anda.

Anda boleh menerima manfaat berikut:

Namun begitu, penerimaan ini bergantung kepada nilai yang anda sumbangkan kepada Yayasan Ikhlas.

Jika anda berminat untuk memberikan sumbangan dan menerima pengecualian cukai, anda boleh terus hubungi 60103030119 atau terus emailkan kepada korporat@yayasanikhlas-old.fidodesign.dev

Anda boleh tetapkan masa dan tarikh untuk mendengar penerangan yang lebih jelas mengenai pakej sumbangan secara face to face dan mendapat lebih banyak info projek.

Jangan tunggu lama atau berfikir panjang, segera hubungi pihak Yayasan Ikhlas untuk mendapatkan pengecualian cukai anda tahun ini dan seterusnya.