Article

Panduan Solat Sunat Aidiladha: Lengkap Dengan Niat dan Tatacara

Panduan Solat Sunat Aidiladha: Lengkap Dengan Niat dan Tatacara

Solat sunat Aidiladha adalah sunat muakkad, sangat dituntut bagi umat Islam lelaki dan perempuan.

Ia disyariatkan pada pagi 10 Zulhijjah sebagai pembuka kepada ibadah korban dan simbolik penghormatan kepada hari mulia ini.

Infografik panduan solat sunat Hari Raya Aidiladha lengkap dengan niat dan tatacara
Infografik lengkap cara solat sunat Aidiladha dua rakaat, sesuai dijadikan panduan

Hukum Solat Sunat Aidiladha

✔️ Sunnah muakkadah (sangat dituntut)
✔️ Boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian
✔️ Waktu: Selepas matahari terbit (syuruk) hingga sebelum masuk waktu Zohor
✔️ Bilangan rakaat: 2 rakaat

Niat Solat Sunat Aidiladha

Berjemaah (Imam/Makmum):

اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا / إِمَامًا  لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum/imam kerana Allah Ta‘ala

Secara bersendirian:

اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat kerana Allah Ta‘ala

Tatacara Solat Sunat Aidiladha

Rakaat Pertama:
  1. Takbiratul Ihram
  2. Lafaz Takbir sebanyak 7 kali *diselangi dengan lafaz tasbih
    سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر
  3. Baca Surah al-Fatihah
  4. Baca Surah Pilihan
  5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama
Rakaat Kedua:
  1. Lafaz Takbir sebanyak 5 kali *diselangi dengan lafaz tasbih
    سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر
  2. Baca Surah al-Fatihah
  3. Baca Surah Pilihan
  4. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua
  5. Memberi Salam

Khutbah Aidiladha

Khutbah dibaca selepas solat. Rukunnya sama dengan khutbah Jumaat. Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.

Adab Semasa Solat Sunat Aidiladha

  • Berpakaian bersih & kemas
  • Tidak makan sebelum solat
  • Bertakbir sepanjang jalan ke masjid
  • Pergi dan pulang ikut laluan berbeza

You may interested in other post:

Solat sunat Aidiladha adalah sunat muakkad, sangat dituntut bagi umat Islam lelaki dan perempuan. Ia disyariatkan pada pagi 10 Zulhijjah sebagai pembuka kepada ibadah korban dan simbolik penghormatan kepada hari… [more]

Rezeki bukan hanya dalam bentuk wang tetapi juga ketenangan, kesihatan, dan kasih sayang. Berikut 5 amalan pembuka rezeki yang diamalkan oleh ramai sebagai jalan untuk meluaskan pintu rezeki. 1. Banyakkan… [more]

Buat pertama kalinya, sebuah sekolah tahfiz berkonsepkan TVET akan dibina di Semporna, Sabah. Ini bukan sekadar sekolah tetapi harapan baru buat anak-anak yang sebelum ini tercicir dari sistem pendidikan arus… [more]

Hari Arafah merupakan hari pelepasan daripada api neraka dengan Allah melepaskan daripada azab api neraka bagi mereka yang wukuf di Arafah dan kaum muslimin di negara lain yang tidak berwukuf…. [more]

Pada tarikh 9 Zulhijjah adalah hari yang sangat agung dalam Islam. Ia bukan hanya untuk jemaah haji, tetapi seluruh umat Islam disarankan berpuasa dan memperbanyakkan doa Hari Arafah. Kelebihan Doa… [more]

Ramai yang semangat nak buat ibadah korban, Alhamdulillah! Tapi tak ramai tahu, ada beberapa pantang larang semasa buat korban yang wajib dielakkan supaya ibadah kita sah dan diberkati. Kalau silap… [more]

Bantu Bina Tahfiz TVET Pertama di Semporna