Article

Memperkasa Wanita Melalui Kesejahteraan Mental: Perkongsian dari Persidangan Antarabangsa

Memperkasa Wanita Melalui Kesejahteraan Mental: Perkongsian dari Persidangan Antarabangsa

Tempohari, saya bersama seorang kaunselor dari Anjung Kaunseling Keluarga telah berkesempatan menghadiri Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita: Her Mind Her Strength: Women, Wellness, and Empowerment yang diadakan di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Acara ini diadakan sempena Hari Kesihatan Mental 2024 dan dianjurkan oleh Institut Sosial Malaysia,  Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM). Majlis ini dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Malaysia, Raja Zarith Sofiah.

Kupasan Menarik oleh Dr. Rania Awaad

Antara sesi yang paling menarik perhatian saya ialah sesi perkongsian ilmu oleh Dr. Rania Awaad, Profesor dari Stanford University School of Medicine, California. Dr. Rania berkongsi pandangan mendalam mengenai kesejahteraan mental dan pemerkasaan wanita, khususnya dari sudut pandang Islam.

Salah satu fakta yang mengejutkan ialah satu daripada tiga rakyat Malaysia mengalami masalah kesihatan mental, dengan kadar tertinggi berlaku dalam kalangan remaja berumur 16 hingga 19 tahun.

Salah Satu Cara Praktikal Tangani Tekanan

Dr. Rania juga menyentuh soal kepentingan menangani isu kesihatan mental dan memberi beberapa panduan praktikal untuk mencegah tekanan. Salah satunya ialah khalwah, iaitu masa untuk diri sendiri yang boleh diamalkan pada bila-bila masa walaupun ketika berada di rumah. Ia adalah waktu untuk berehat seketika daripada rutin harian yang sibuk dan memberikan ruang untuk menjaga diri, bertenang, dan merenung setiap saat yang dilalui.

Pengajaran daripada Sirah Rasulullah SAW

Sepanjang ceramahnya, Dr. Rania juga menyentuh tentang sirah Rasulullah SAW yang menunjukkan bagaimana baginda melalui cabaran ketika kehilangan anak beliau, Ibrahim, sekaligus mengingatkan kita tentang betapa pentingnya kesihatan mental dalam Islam.

Sokongan Kesihatan Mental yang Berlandaskan Budaya

Selain itu, Dr. Rania yang turut mengetuai Maristan Organization, sebuah organisasi yang menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan mental yang disesuaikan dengan budaya dan agama. Tujuan penubuhan institusi ini adalah untuk mewujudkan ruang selamat bagi individu yang ingin menjaga kesejahteraan mental mereka dalam konteks kepercayaan agama. Dr. Rania juga menekankan pendekatan holistik dalam menangani masalah kesihatan mental sambil berusaha untuk menghapuskan stigma yang sering dikaitkan dengan penyakit mental.

Penulis bersama salah seorang kaunselor Anjung Kaunseling Keluarga, Cik Nur’ain Aqilah

Penutup

Alhamdulillah, hari yang dilalui sangat bermakna. Sebagai penutup, penting untuk kita semua faham bahawa kesihatan mental tidak boleh dipandang ringan. Jika anda atau seseorang yang anda kenali mengalami masalah ini, jangan segan untuk mendapatkan bantuan daripada pakar yang sesuai. Menjaga kesihatan mental sama pentingnya dengan menjaga kesihatan fizikal. Jangan tunggu hingga terlambat, cari sokongan yang anda perlukan, kerana anda tidak keseorangan dalam menghadapi cabaran ini.

You may interested in other post:

CDA Yayasan Ikhlas yang diwakili En Muhammad Mustafa bin Kamarudin, Pengurus Jabatan Pembangunan Komuniti bersama Lt.M(PA) Mohd Hanizam bin Azman, Eksekutif Unit Pengurusan Bencana, dan En Muhammad Azizul al-Hakim bin… [more]

JOHOR BAHRU, 18 Mei 2025 – Sempena National Training Week 2025 anjuran HRD Corp, Yayasan Ikhlas Johor Bahru dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Johor Bahru dan IMARET telah menganjurkan program… [more]

Maksud Hari Tasyrik Hari Tasyrik dalam istilah Islam adalah merujuk kepada Hari Raya Aidiladha (raya kedua, ketiga dan keempat) iaitu pada 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah mengikut kalendar Islam… [more]

Hari Raya Aidiladha bukan hanya tentang ibadah korban, tetapi juga peluang menghidupkan sunnah dan memperkuat hubungan sesama manusia. Mari kita hayati 9 amalan sunat Hari Raya Aidiladha berikut: 1. Mandi… [more]

Solat sunat Aidiladha adalah sunat muakkad, sangat dituntut bagi umat Islam lelaki dan perempuan. Ia disyariatkan pada pagi 10 Zulhijjah sebagai pembuka kepada ibadah korban dan simbolik penghormatan kepada hari… [more]

Rezeki bukan hanya dalam bentuk wang tetapi juga ketenangan, kesihatan, dan kasih sayang. Berikut 5 amalan pembuka rezeki yang diamalkan oleh ramai sebagai jalan untuk meluaskan pintu rezeki. 1. Banyakkan… [more]

Bantu Bina Tahfiz TVET Pertama di Semporna