Updates

Kunjungan Hormat Yayasan Ikhlas Ke Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA)

Kunjungan Hormat Yayasan Ikhlas Ke Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA)

CDA Yayasan Ikhlas yang diwakili En Muhammad Mustafa bin Kamarudin, Pengurus Jabatan Pembangunan Komuniti bersama Lt.M(PA) Mohd Hanizam bin Azman, Eksekutif Unit Pengurusan Bencana, dan En Muhammad Azizul al-Hakim bin Samsudin, Eksekutif Pembangunan Komuniti telah mengadakan kunjungan hormat ke Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA) pada Selasa, 27 Mei 2025 bagi memperkukuh hubungan strategik dalam aspek kesiapsiagaan bencana dan pembangunan kapasiti sukarelawan,

Kunjungan ini telah disambut mesra oleh:
1. Lt. Kol. (PA) Roydee, Komandan ALPHA
2. Kapten (PA) Hilmi, Ketua Program Akuatik
3. Kapten (PA) Ruhaizul, Ketua Bahagian Pengurusan Latihan
4. Kapten (PA) Zulkarni, Ketua Seksyen Penyelarasan Latihan

Kerjasama ini dijangka memberi impak langsung kepada keupayaan operasi misi bantuan bencana, selain memperkukuh jaringan latihan bersama agensi berautoriti demi manfaat komuniti dan negeri.

Lebih penting, hasil kerjasama ini bakal memperkasa pelaksanaan misi bantuan melalui pengupayaan lebih 7,000 sukarelawan Yayasan Ikhlas sebagai first responder  pasukan yang bersedia, cekap dan berdaya tindak tinggi dalam menghadapi sebarang kecemasan.

Gabungan kepakaran ALPHA dan semangat kesukarelawanan Yayasan Ikhlas diyakini akan melahirkan tenaga sukarelawan yang bukan sahaja berdedikasi, tetapi juga terlatih secara profesional untuk berkhidmat kepada masyarakat dalam waktu genting.

Yayasan Ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak ALPHA atas sambutan yang amat mesra dan kesediaan menjalin kerjasama bermakna ini.

You may interested in other post:

Di pedalaman Kg Kilugus, sebuah Sekolah Agama Rakyat telah berjaya dibina menjadi realiti. Bukan sekadar bangunan, tetapi lambang hasrat, perpaduan dan pemberdayaan komuniti. Projek ini menjadi bukti bahawa bila sesuatu… [more]

Ada sesuatu yang luar biasa bila sesuatu projek dibina ‘dengan tangan sendiri‘. Bukan sekadar hasilnya lebih kukuh, tetapi rasa tanggungjawab dan kasih terhadap apa yang dibina jadi lebih mendalam. Itulah… [more]

Tanpa sedar, bulan Rejab kembali menyapa. Bulan ini merupakan pembuka tirai kepada bulan-bulan mulia: Rejab, Syaaban dan Ramadan. Ia adalah masa terbaik untuk muhasabah, bertaubat dan memperbanyak amalan, agar kita… [more]

Bila hujan turun, kita diajar untuk bersyukur kerana ia adalah rahmat dari Allah SWT. Namun apabila hujan terlalu lebat hingga bawa mudarat seperti banjir, tanah runtuh atau kesukaran untuk keluar,… [more]

Ramai yang keliru, siapa sebenarnya yang wajib bayar fidyah bila tidak dapat berpuasa? Fidyah bukan sekadar ganti biasa. Terdapat hukum khusus yang ditetapkan syarak, terutama untuk orang yang tidak mampu… [more]

Musim tengkujuh dah bermula. Ramai yang mula risau apabila hujan lebat tak henti-henti, sungai mula melimpah, dan berita banjir semakin banyak. Dalam keadaan cemas, barang asas inilah yang akan menjadi… [more]