Updates

Kasih Ramadan: Sedekah Ramadan Pintu Harapan

Kasih Ramadan: Sedekah Ramadan Pintu Harapan

2 hari sebelum menjelang ramadan, di hujung lorong sebuah kampung ketika Nora, antara Asnaf yang perlu di bantu sedang mengemaskan rumah, pintu rumahnya diketuk. Di luar, berdiri seorang wanita berpakaian t-shirt hijau dengan senyuman mesra. Di sebelahnya, ada beberapa orang sukarelawan yang memegang kotak besar berisi barangan keperluan.

“Assalamualaikum, puan Nora?” wanita itu bertanya lembut.

Nora mengangguk, sedikit terkejut.

“Kami dari Yayasan Ikhlas. Kami ada sedikit sumbangan bakul Ramadan untuk puan dan anak-anak.”

Air mata Nora jatuh tanpa disedari. Dia tidak pernah meminta. Tetapi Allah tetap mengirimkan pertolongan.

Sukarelawan dan wakil Yayasan Ikhlas menyantuni salah seorang Asnaf di rumahnya

Dengan tangan yang sedikit menggeletar, dia menerima kotak itu. Ketika dia membuka isinya, hati Nora hampir luruh.

Ada beras, minyak, tepung, gula, susu, kurma, dan beberapa makanan asas lain. Ada juga sedikit wang tunai untuk menampung keperluan harian mereka.

Dia menekup wajah, menangis sepuasnya. Tetapi kali ini, bukan kerana sedih—tetapi kerana rasa syukur yang tidak terhingga.

Keberkatan Ramadan

Malam itu, Nora menyediakan juadah berbuka yang lebih baik daripada sebelumnya. Tiga anak kecilnya Amir, Aisyah dan Ali ketawa riang ketika menikmati bubur nasi yang dimasak ibu mereka. Buat pertama kali dalam beberapa minggu, mereka makan dengan kenyang.

Ketika azan Maghrib berkumandang, Nora menadah tangan dan berdoa, “Ya Allah, Engkau datangkan bantuan tepat pada waktunya. Limpahkanlah rahmat kepada mereka yang membantu orang sepertiku. Aku berjanji, suatu hari nanti, jika aku mampu, aku juga akan membantu mereka yang dalam kesusahan.

Ramadan kali ini mungkin tidak mewah. Tetapi dengan sedikit bantuan dan kasih sayang, Nora dan anak-anaknya masih mampu merasai kemanisan Ramadan—bukan dari makanan, tetapi dari keikhlasan hati yang memberi.

Pasukan Sukarelawan Yayasan Ikhlas menyantuni salah satu keluarga di Pulau Sibangkat, Sabah

Artikel ini bukan sekadar cerita

Di luar sana, ramai ibu tunggal dan asnaf yang memerlukan sedikit bantuan dari kita yang berkemampuan untuk memberi, seperti Nora yang sedang bertarung untuk meneruskan hidup. Bakul Ramadan bukan sekadar makanan, tetapi sebuah talian hayat dan kasih sesama umat untuk peduli dan prihatin yang memberi mereka harapan dan kekuatan untuk meneruskan hari-hari yang sukar.

Mari kita sama-sama menyokong mereka. Sedikit sumbangan kita, besar maknanya bagi mereka.

Terima kasih kepada semua para penyumbang Yayasan Ikhlas, tidak kira dari badan korporat mahupun individu.

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi asbab mengalirnya pahala berterusan serta dikurniakan ganjaran di akhirat kelak.Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

Layari:



You may interested in other post:

Di pedalaman Kg Kilugus, sebuah Sekolah Agama Rakyat telah berjaya dibina menjadi realiti. Bukan sekadar bangunan, tetapi lambang hasrat, perpaduan dan pemberdayaan komuniti. Projek ini menjadi bukti bahawa bila sesuatu… [more]

Ada sesuatu yang luar biasa bila sesuatu projek dibina ‘dengan tangan sendiri‘. Bukan sekadar hasilnya lebih kukuh, tetapi rasa tanggungjawab dan kasih terhadap apa yang dibina jadi lebih mendalam. Itulah… [more]

Tanpa sedar, bulan Rejab kembali menyapa. Bulan ini merupakan pembuka tirai kepada bulan-bulan mulia: Rejab, Syaaban dan Ramadan. Ia adalah masa terbaik untuk muhasabah, bertaubat dan memperbanyak amalan, agar kita… [more]

Bila hujan turun, kita diajar untuk bersyukur kerana ia adalah rahmat dari Allah SWT. Namun apabila hujan terlalu lebat hingga bawa mudarat seperti banjir, tanah runtuh atau kesukaran untuk keluar,… [more]

Ramai yang keliru, siapa sebenarnya yang wajib bayar fidyah bila tidak dapat berpuasa? Fidyah bukan sekadar ganti biasa. Terdapat hukum khusus yang ditetapkan syarak, terutama untuk orang yang tidak mampu… [more]

Musim tengkujuh dah bermula. Ramai yang mula risau apabila hujan lebat tak henti-henti, sungai mula melimpah, dan berita banjir semakin banyak. Dalam keadaan cemas, barang asas inilah yang akan menjadi… [more]