Article

Doa Hari Arafah: Waktu Mustajab Untuk Memohon Segala Hajat

Doa Hari Arafah: Waktu Mustajab Untuk Memohon Segala Hajat
Infografik Doa Hari Arafah memaparkan kelebihan hari Arafah
Doa Hari Arafah sangat mustajab, rebut peluang pada hari yang barakah ini

Pada tarikh 9 Zulhijjah adalah hari yang sangat agung dalam Islam. Ia bukan hanya untuk jemaah haji, tetapi seluruh umat Islam disarankan berpuasa dan memperbanyakkan doa Hari Arafah.

Kelebihan Doa Hari Arafah

  • Nabi SAW bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.
Riwayat al-Tirmizi (3509)

  • Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ، مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ

Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada hari Arafah.
Riwayat Muslim (2402)

Waktu Terbaik Untuk Berdoa

  • Sekiranya seseorang itu berada di Malaysia, maka dia boleh berdoa bermula daripada masuknya 9 Zulhijjah mengikut waktu tempatan.
  • Sekiranya dia berada di Arab Saudi, maka dia perlu mengikut waktu wukuf di Arafah berdasarkan waktu tempatan di sana. Ia bermula selepas tergelincirnya matahari pada waktu Zohor sehinggalah terbenamnya matahari pada waktu Maghrib.
  • Sekiranya mampu untuk berdoa pada waktu yang sama dengan waktu wukuf bagi mereka melakukan haji, maka itu lebih baik.
    (Disarankan juga berpuasa pada hari tersebut bagi bukan jemaah haji)

Contoh Doa Hari Arafah Yang Boleh Diamalkan

Doa Nabi SAW pada Hari Arafah:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلَّ شَيْءٍ قَدِيْرُ

Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Amalan Sunat Pada Hari Arafah

Berpuasa (bagi yang tidak mengerjakan haji)
Sabda Nabi SAW:

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang.
Riwayat Muslim (1977)

✅ Membaca doa hari Arafah sebanyak mungkin
✅ Berzikir & membaca al-Quran
✅ Muhasabah & perbanyakkan taubat

🕋 Berdoa ini juga termasuklah di dalam amalan soleh yang boleh kita lakukan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Telah datang daripada Nabi SAW tentang kelebihan ibadah pada hari tersebut sehingga Baginda memuliakannya lebih daripada berjihad.

Sabda Nabi SAW:

مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامٍ أَفْضَلَ مِنْهَا فِي هَذِهِ؟ قَالُوا: وَلَا الْجِهَادُ؟ قَالَ: وَلَا الْجِهَادُ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ

Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun Jihad? Baginda menjawab: Tidak juga Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi.
Riwayat al-Bukhari (696)

Jangan lepaskan peluang dengan memperbanyakkan amal soleh pada Hari Arafah.

You may interested in other post:

Ramai yang keliru, siapa sebenarnya yang wajib bayar fidyah bila tidak dapat berpuasa? Fidyah bukan sekadar ganti biasa. Terdapat hukum khusus yang ditetapkan syarak, terutama untuk orang yang tidak mampu… [more]

Musim tengkujuh dah bermula. Ramai yang mula risau apabila hujan lebat tak henti-henti, sungai mula melimpah, dan berita banjir semakin banyak. Dalam keadaan cemas, barang asas inilah yang akan menjadi… [more]

Taiping, 24 Oktober 2025 — Yayasan Ikhlas melalui cawangan Ipoh telah menyalurkan bantuan segera kepada mangsa banjir di sekitar Taiping susulan kejadian banjir yang melanda negeri Perak sejak beberapa hari… [more]

Perbadanan Nasional Berhad (PNB) menyerahkan sumbangan dua buah bot menyelamat kepada Yayasan Ikhlas dalam satu majlis perasmian yang berlangsung di Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Majlis ini disempurnakan oleh Yang Amat… [more]

Pihak Yayasan Ikhlas dengan penuh rasa syukur ingin memaklumkan bahawa pemasangan ceiling bilik kelas dan guru serta 8 unit kipas angin di Sekolah Alternatif PPKK, Pulau Jamipras, Sandakan telah selesai… [more]

Kalkulator Fidyah Kalkulator fidyah ini akan bantu anda untuk menghitung jumlah kadar bayaran fidyah anda. *Mula dari tahun yang tidak boleh diganti sahaja. Dalam konteks puasa khususnya pada bulan Ramadan… [more]