Article

Diskusi Pendidikan Sabah 2024: Ke Arah Penyelesaian Komprehensif Isu Pendidikan Borneo

Diskusi Pendidikan Sabah 2024: Ke Arah Penyelesaian Komprehensif Isu Pendidikan Borneo

Yayasan Ikhlas Semporna baru-baru ini menghadiri Diskusi Pendidikan Sabah 2024 yang dianjurkan oleh I-Guru Sabah di Hotel Pan Borneo, Kota Kinabalu, Sabah. Acara ini mengumpulkan para pemimpin dan pakar pendidikan untuk membincangkan isu keciciran pendidikan yang semakin meruncing di negeri Sabah, terutamanya dalam kalangan komuniti rentan seperti anak-anak tanpa kewarganegaraan

Fokus Diskusi: Mencari Penyelesaian kepada Isu Pendidikan Sabah

Diskusi ini menampilkan enam pakar dalam pelbagai bidang, termasuk Yang Berbahagia Datuk Haji Raisin bin Saidin, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah. Antara dapat yang menggusarkan ialah 50% pelajar lepasan SPM di Sabah tidak mahu menyambung pelajaran ke institusi pendidikan tinggi. Selain itu, perwakilan ini turut membentangkan isu-isu kritikal yang dihadapi oleh sistem pendidikan negeri Sabah, termasuk cabaran infrastruktur, kekurangan guru, dan akses pendidikan untuk golongan stateless.

Perbincangan ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada cabaran, tetapi juga kepada solusi jangka panjang yang mampu menyelesaikan isu ini secara komprehensif. Hasil daripada diskusi yang mendalam, tujuh cadangan utama telah dirangka sebagai langkah proaktif untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Sabah.

Resolusi Utama Diskusi Pendidikan Sabah 2024

Antara resolusi yang dihasilkan termasuk:

  1. Pendidikan Insaniah sebagai Pemboleh Ubah (Enabler): Menekankan kepentingan pendidikan berteraskan nilai insaniah dalam menangani pelbagai cabaran pendidikan.
  2. Kolaborasi dengan Pelbagai Pihak: Mewujudkan kerjasama strategik dengan pemegang taruh pendidikan, termasuk kesatuan, NGO, dan masyarakat umum, untuk membincangkan dan menyelesaikan isu pendidikan secara kolektif.
  3. Pendekatan Bersepadu: Mengubah pendekatan daripada silo kepada kerjasama yang melibatkan semua pihak, termasuk institusi pendidikan formal, informal, dan bukan formal.

Hak Pendidikan Anak Tanpa Kewarganegaraan: Menyediakan ruang dan peluang lebih luas untuk anak-anak tanpa kewarganegaraan melalui pindaan undang-undang sedia ada, khususnya dalam Akta Pendidikan.

Komitmen Yayasan Ikhlas dalam Menyokong Resolusi Pendidikan

Sebagai organisasi yang komited terhadap pembangunan pendidikan, Yayasan Ikhlas menyambut baik cadangan-cadangan ini. Kami mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dengan pihak berkepentingan bagi memastikan pendidikan di Sabah dapat ditingkatkan, tanpa membezakan status warganegara.

Yayasan Ikhlas percaya bahawa setiap kanak-kanak berhak mendapat pendidikan berkualiti sebagai asas kepada masa depan yang lebih cerah. Dengan resolusi ini, diharapkan isu keciciran pendidikan di Sabah dapat diatasi dengan lebih sistematik dan mampan.

Mengapa Diskusi Pendidikan Ini Penting?

Diskusi ini memberikan platform penting untuk menyatukan pandangan pakar dan suara masyarakat. Dengan pelaksanaan resolusi ini, Sabah berpotensi menjadi model dalam menangani cabaran pendidikan di kawasan luar bandar dan komuniti terpencil.

Bagi mereka yang ingin menyumbang atau bekerjasama dalam memperkasakan pendidikan di Sabah, sila hubungi Yayasan Ikhlas di laman web rasmi kami.
Yayasan Ikhlas
Rakan Kemanusian Kepercayaan Anda

You may interested in other post:

Pernah dengar tentang infak subuh? Ramai yang mula amalkan, tetapi masih ramai juga yang belum tahu kelebihan sebenar amalan ini. Hakikatnya, infak subuh bukan sekadar sedekah biasa, ia adalah amalan… [more]

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas… [more]

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi… [more]

“Kenapa mulut cepat berbau bila berpuasa?” Soalan ini sering timbul setiap kali tibanya Ramadan. Ramai yang beranggapan bau mulut ketika berpuasa berpunca daripada cara memberus gigi yang tidak betul. Namun… [more]

Lailatul Qadr adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Namun, bagaimana cara sebenar untuk memburu Lailatul Qadr? Artikel ini mengupas amalan penting melalui pendekatan uzlah, tazkiyah dan tafakkur. Malam… [more]

Apabila Ramadan menghampiri penghujungnya, umat Islam memasuki fasa yang paling istimewa dalam bulan yang penuh keberkatan ini iaitu 10 malam terakhir Ramadan. Inilah waktu di mana Rasulullah SAW meningkatkan ibadah… [more]