Muhasabah Diri: 5 Tips Kekal Ibadah Selepas Ramadan
Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi di bulan Ramadan yang kita lalui ini bersifat kekal atau sekadar bermusim? Dalam kerangka manusia yang tinggi nilai taqarrub (dekat) dengan Allah, penilaiannya tidak boleh diukur…

