- TUJUAN JAWATAN
1.1. Membina dan mengekalkan hubungan baik dengan penyumbang bagi menyokong kesinambungan sumbangan serta meningkatkan penglibatan penyumbang.
- SKOP TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
2.1. Membina dan mengekalkan hubungan baik dengan penyumbang serta pihak berkepentingan organisasi.
2.2. Mengurus pertanyaan dan komunikasi berkaitan sumbangan, tajaan serta program organisasi.
2.3. Memantau rekod sumbangan bulanan dan berulang serta melaksanakan tindakan susulan dengan penyumbang.
2.4. Menyampaikan penghargaan, mengemas kini maklumat dan menggalakkan kesinambungan sumbangan secara beretika.
2.5. Menyediakan laporan berkala berkaitan sumbangan, aktiviti komunikasi dan status hubungan penyumbang.
2.6. Memastikan urusan penyumbang dilaksanakan secara profesional dengan menjaga kerahsiaan maklumat.
- KELAYAKAN DAN KEMAHIRAN TEKNIKAL
3.1. Minimum Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Khidmat Pelanggan, Komunikasi, Perhubungan Awam, Pemasaran atau bidang berkaitan.
3.2. Mempunyai kemahiran komunikasi lisan dan penulisan serta interpersonal yang baik.
3.3. Berkebolehan mengurus rekod sumbangan, melaksanakan tindakan susulan dan mengekalkan hubungan penyumbang.
3.4. Mahir menggunakan Microsoft Office, khususnya Excel, serta platform komunikasi digital seperti WhatsApp Business, e-mel dan media sosial. Kemahiran menggunakan sistem CRM seperti Zoho atau HubSpot merupakan satu kelebihan.
3.5. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya satu (1) tahun dalam bidang khidmat pelanggan, perhubungan awam, pengurusan penyumbang atau kutipan dana.
- KEMAHIRAN INSANIAH DAN CIRI PERIBADI
4.1. Proaktif, teliti, amanah dan bertanggungjawab.
4.2. Mampu membina hubungan profesional dan berkomunikasi secara berhemah dengan pelbagai pihak.
4.3. Berinisiatif, berorientasikan perkhidmatan dan mampu menyelesaikan masalah dengan baik.
4.4. Mampu bekerja secara individu dan berpasukan serta mengurus masa dengan berkesan.
4.5. Menjaga kerahsiaan maklumat penyumbang dan melaksanakan tugas secara beretika.

