Artikel

Muhasabah Diri: 5 Tips Kekal Ibadah Selepas Ramadan

Muhasabah Diri: 5 Tips Kekal Ibadah Selepas Ramadan

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi di bulan Ramadan yang kita lalui ini bersifat kekal atau sekadar bermusim? Dalam kerangka manusia yang tinggi nilai taqarrub (dekat) dengan Allah, penilaiannya tidak boleh diukur dalam satu bulan sahaja. Tetapi istiqamah (konsistensi) yang diterjemahkan pada bulan-bulan lain dalam setiap perbuatan perlu ditunjukkan.

Hadis Tentang Puasa

Dalam membincangkan berkaitan bagaimana mengekalkan ibadah selepas Ramadan, terdapat sebuat hadis yang cukup panjang pernah direkodkan oleh Imam an-Nawawi di dalam Riyadus Solihin. Hadis ini pada peringkat asasnya merupakan sebuah hadis yang menerangkan berkaitan ganjaran kepada orang yang berpuasa.

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A:

قَالَ رَسُولُ الله : قَالَ الله عَزَّ وَجَلَّ : كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصَّيَام،َ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي به. والصَّبَامُ جُنَّة ، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمٍ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفَتْ وَلَا يَصْخَب،ْ فَإِنَّ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَه،ُ فَلْيَقُلْ : إِنِّي صَائِمٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمٍ أَطْبَبُ عِنْدَ الله مِنْ ربح الْمِسْكِ لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يفْرَحُهُمَا : إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفِطْرِه،ِ وَإِذَا لَقِيَ رَبِّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ

“Rasulullah SAW bersabda: “Allah ‘Azza wa Jalla berfirman: “Setiap amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa karena sesungguhnya ia untuk-Ku, dan Aku yang membalasnya” Rasulullah SAW bersabda: “Puasa adalah perisai, maka bila salah seorang kamu di hari ia berpuasa janganlah berkata kotor dan banyak bicara dan jika seseorang memakinya atau mengajaknya bertengkar hendaklah ia mengatakan “sesungguhnya aku sedang berpuasa” demi yang jiwa Muhammad di tangan-Nya sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi disisi Allah dari baunya kasturi, bagi orang berpuasa ada dua kegembiraan yang dirasakan; di saat dia berbuka ia gembira dengan makanan berbukanya, dan di saat ia bertemu Tuhannya ia gembira dengan pahala puasanya.”
Sahih, Bukhari

Daripada hadis ini dapat kita fahami puasa bertindak sebagai perisai dari sebarang maksiat, menjadi asbab kepada mendapat pahala berlipat ganda, mendidik akhlak dan emosi seseorang. Allah juga menjanjikan puasa sebagai lapangan untuk setiap manusia yang menjalaninya hidup dalam keadaan sentiasa mendapat reda dan rahmat Allah.

Di dalam mensyarahkan hadis ini, Imam al-Ghazali di dalam Kitab Ihya Ulumuddin menyatakan bagaimana puasa akan membentuk manusia menjadi insan yang nilai taqarrubnya begitu tinggi kepada Allah. Beliau membahagikan manusia yang melalui Ramadan kepada tiga kategori iaitu,

  1. Puasa Umum (sekadar menahan perut dan syahwat)
  2. Puasa Khusus (menahan pancaindera daripada melakukan maksiat)
  3. Puasa Khusus al-Khusus atau Puasa Paling Tertinggi (memberikan tumpuan sepenuhnya kepada ibadah dan amal hanya untuk Allah).

Daripada tiga kategori ini, dapat kita membuat satu refleksi bagaimanakah Ramadan yang kita lalui. Adakah ianya sekadar satu bulan untuk kita menahan lapar dan dahaga atau satu bulan yang cukup bermakna dalam mencari keredaan Allah melalui amal yang dilakukan.

Dalam menilai sama ada Ramadan kali ini menjadi madrasah terbaik dalam mendidik diri, perlu juga untuk kita melihat sama ada segala amal ibadah di bulan ini berkekal atau tidak. Adakah ianya sekadar hidup sepanjang Ramadan dan mati selepas itu ataupun ianya kekal subur di dalam sanubari pada bulan-bulan yang lain.

5 tips kekal istiqamah selepas Ramadan seperti menjaga niat, puasa sunat dan qiyamullail
Amalan seperti puasa sunat, qiyamullail dan tadabbur al-Quran membantu mengekalkan istiqamah selepas Ramadan.

5 Tips Kekal Ibadah Selepas Ramadan

Bagi mencapai makna tersebut, 5 tips yang boleh kita susun dalam memastikan ibadah di bulan Ramadan dapat diteruskan. Antara yang boleh kita lakukan adalah:

1. Memperkukuhkan Niat

Meletakkan niat beribadah hanya kerana Allah S.W.T semata-mata. Tidak meletakkan habuan dunia sebagai matlamat utama. Ianya sesuai dengan Hadis Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam an-Nawawi di dalam Matan Arbain (Hadis 40) berkaitan dengan niat. Hadis ini menceritakan bagaimana niat memainkan peranan yang besar dalam menentukan amal seseorang.

2. Melazimi Tadabbur al-Quran

Tadabbur al-Quran walaupun mudah untuk disebut tetapi ianya sukar untuk dilaksanakan. Tadabbur bukan sekadar mengetahui makna-makna di dalam al-Quran, tetapi menghidupkan makna-makna tersebut adalah perlu.

3. Menghidupkan Malam

Antara amalan yang lazim dilaksanakan oleh masyarakat khususnya 10 malam terakhir Ramadan. Bahkan, ada sebahagian masyarakat kita menghidupkan malamnya dengan beri’tikaf di masjid/surau. Sebaiknya amalan ini perlu diteruskan pada bulan-bulan lain.

4. Melazimi Puasa Sunat

Puasa sunat yang sering dianjurkan oleh Nabi Muhammad S.A.W adalah berpuasa Isnin dan Khamis. Bahkan, terdapat puasa-puasa pada hari tertentu yang dianjurkan oleh baginda selepas Ramadan seperti puasa enam hari dalam bulan Syawal.

5. Memperbanyakkan Amal Dakwah

Amal dakwah adalah satu amalan yang sukar untuk dilaksanakan. Ianya kerana amal ini adalah penggabungan kesemua amal yang telah disebut menjadi satu usaha yang tersusun untuk disampaikan kepada orang lain.

Penutup

Ramadan 2026 bukanlah sebuah destinasi, ia hanyalah sebuah madrasah untuk kita mengisi semula ruang hati yang kosong. Perjalanan sebenar baru sahaja bermula.  Segala kerosakan peribadi dan masyarakat bermula apabila pemimpin (Akal) dalam diri kita kalah kepada dorongan jahat (Nafsu). Dengan mempraktikkan 5 tips di atas iaitu menjaga niat, tadabbur al-Quran, menghidupkan malam, puasa sunat, dan memperbanyakkan amal dakwah, kita berpeluang besar untuk mengekalkan darjat tertinggi di sisi Allah sehingga ke Ramadan yang akan datang.

Marilah kita jadikan sisa usia kita sebagai medan pembuktian cinta kepada Allah. Sebagaimana pesan al-Ghazali dalam Kitab Ihya Ulumuddin: “Waktu itu ibarat pedang, jika kau tidak memotongnya dengan ketaatan, ia akan memotongmu dengan kelalaian.”  Semoga Allah mengurniakan kita kekuatan untuk kekal istiqamah dan menjadikan setiap hela nafas kita sebagai ibadah yang diterima-Nya.

Shaikh Muhammad Afiq
Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah (PEMIKIR)

You may interested in other post:

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas… [more]

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi… [more]

“Kenapa mulut cepat berbau bila berpuasa?” Soalan ini sering timbul setiap kali tibanya Ramadan. Ramai yang beranggapan bau mulut ketika berpuasa berpunca daripada cara memberus gigi yang tidak betul. Namun… [more]

Lailatul Qadr adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Namun, bagaimana cara sebenar untuk memburu Lailatul Qadr? Artikel ini mengupas amalan penting melalui pendekatan uzlah, tazkiyah dan tafakkur. Malam… [more]

Apabila Ramadan menghampiri penghujungnya, umat Islam memasuki fasa yang paling istimewa dalam bulan yang penuh keberkatan ini iaitu 10 malam terakhir Ramadan. Inilah waktu di mana Rasulullah SAW meningkatkan ibadah… [more]

Tanggal 17 Ramaḍan menandakan sebuah peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam, iaitu peristiwa penurunan al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW. Ini dijelaskan oleh Ibn Kathir dalam kitabnya al-Bidayah wa al-Nihayah:… [more]