Terbaru

Yayasan Ikhlas Lengkapkan Pemasangan Siling dan Kipas Angin di Sekolah Alternatif Pulau Jampiras

Yayasan Ikhlas Lengkapkan Pemasangan Siling dan Kipas Angin di Sekolah Alternatif Pulau Jampiras

Pihak Yayasan Ikhlas dengan penuh rasa syukur ingin memaklumkan bahawa pemasangan ceiling bilik kelas dan guru serta 8 unit kipas angin di Sekolah Alternatif PPKK, Pulau Jamipras, Sandakan telah selesai sepenuhnya.

Kini, suasana kelas di sekolah tersebut mengalami perubahan yang sangat ketara:

  • Suasana kelas kini lebih selesa – dengan pemasangan siling yang baru, haba dan insiden cahaya/panas yang mengganggu telah dikurangkan.
  • Pelajar lebih fokus dan bersemangat – bilik yang lebih kondusif membantu meningkatkan semangat mereka dalam sesi pembelajaran.
  • Guru-guru juga dapat mengajar dalam keadaan yang lebih baik – persekitaran yang selesa membolehkan guru memberi tumpuan penuh dan pelajar pula menerima pengajaran dengan lebih tenang.

Sebelum ini, pelajar terpaksa mengikuti sesi pembelajaran dalam keadaan panas dan kurang selesa. Dengan perubahan ini, suasana bilik darjah telah berubah — lebih baik, lebih kondusif, dan lebih menggembirakan!

Terima kasih kepada semua penyumbang budiman, sumbangan anda benar-benar telah memberi nafas baru kepada anak-anak ini untuk terus belajar dan mengejar cita-cita.

Yayasan Ikhlas, Peduli & Prihatin

You may interested in other post:

“Kenapa mulut cepat berbau bila berpuasa?” Soalan ini sering timbul setiap kali tibanya Ramadan. Ramai yang beranggapan bau mulut ketika berpuasa berpunca daripada cara memberus gigi yang tidak betul. Namun… [more]

Apabila Ramadan menghampiri penghujungnya, umat Islam memasuki fasa yang paling istimewa dalam bulan yang penuh keberkatan ini iaitu 10 malam terakhir Ramadan. Inilah waktu di mana Rasulullah SAW meningkatkan ibadah… [more]

Tanggal 17 Ramaḍan menandakan sebuah peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam, iaitu peristiwa penurunan al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW. Ini dijelaskan oleh Ibn Kathir dalam kitabnya al-Bidayah wa al-Nihayah:… [more]

Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga. Ia adalah sebuah ‘madrasah’ spiritual yang melatih jiwa untuk kembali kepada fitrah yang suci. Di antara ribuan amal ibadah yang ditawarkan, sedekah… [more]

KUALA LUMPUR, 13 Februari 2026 – Yayasan Ikhlas terus membuktikan komitmen dan kecekapan operasi di lapangan apabila dinobatkan sebagai organisasi paling aktif dalam kalangan 60 pertubuhan Rakan NADMA bagi tempoh… [more]

Di pedalaman Kg Kilugus, sebuah Sekolah Agama Rakyat telah berjaya dibina menjadi realiti. Bukan sekadar bangunan, tetapi lambang hasrat, perpaduan dan pemberdayaan komuniti. Projek ini menjadi bukti bahawa bila sesuatu… [more]