Eksekutif Pentadbiran & Khidmat Pelanggan

Eksekutif Pentadbiran & Khidmat Pelanggan
RM2200-RM2400
Bandar Baru Bangi, Selangor
Maklumat Jawatan
  1. TUJUAN JAWATAN
    1.1. Menyelaras urusan pentadbiran dan khidmat pelanggan bagi memastikan dokumentasi, rekod serta pertanyaan pelanggan diurus dengan teratur, tepat dan profesional.


  2. SKOP TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
    2.1. Mengurus pertanyaan, aduan dan maklum balas pelanggan melalui telefon, e-mel, WhatsApp serta saluran rasmi organisasi.
    2.2. Mengurus dokumentasi, surat-menyurat, pemfailan serta rekod pelanggan dan penyumbang bagi Jabatan Pemasaran dan Media.
    2.3. Mengemas kini pangkalan data serta memastikan ketepatan dan kerahsiaan maklumat.
    2.4. Membantu urusan pentadbiran berkaitan sumbangan, LHDN, zakat dan dokumentasi mengikut keperluan organisasi.
    2.5. Menyediakan laporan berkala serta memastikan pertanyaan dan urusan pelanggan diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan.


  3. KELAYAKAN DAN KEMAHIRAN TEKNIKAL
    3.1. Minimum Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Pejabat, Pengurusan Khidmat Pelanggan atau bidang berkaitan.
    3.2. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik serta mampu memberikan perkhidmatan pelanggan secara profesional.
    3.3. Mahir menggunakan Microsoft Office, khususnya Excel dan Word, serta menyediakan laporan.
    3.4. Berkebolehan mengurus dokumentasi, rekod dan pangkalan data secara sistematik.
    3.5. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya satu (1) tahun dalam bidang pengurusan pejabat, khidmat pelanggan, pengurusan dokumentasi atau urusan berkaitan LHDN dan zakat merupakan satu kelebihan.


  4. KEMAHIRAN INSANIAH DAN CIRI PERIBADI
    4.1. Teliti, amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan.
    4.2. Mempunyai sikap mesra pelanggan serta kemahiran menyelesaikan masalah yang baik.
    4.3. Proaktif, berdisiplin dan mampu mengurus keutamaan kerja.
    4.4. Mampu bekerja secara individu dan berpasukan serta menyiapkan tugasan mengikut tempoh ditetapkan.
    4.5. Menjaga kerahsiaan maklumat pelanggan dan mematuhi prosedur organisasi.