Terbaru

Kehidupan Adik Hafiz selepas 1 tahun terima Bantu Pesakit Sihat

Kehidupan Adik Hafiz selepas 1 tahun terima Bantu Pesakit Sihat

Baling, Terengganu – Setelah 1 tahun, Yayasan Ikhlas kembali menyantuni adik Hafiz. Lawatan terbaru Yayasan Ikhlas ke rumah Adik Hafiz membuka satu lagi sisi kehidupan mereka yang jarang diceritakan oleh abangnya sendiri.

Hafiz Masih Perlukan Sokongan

Adik Hafiz, pemuda 23 tahun yang menghidap penyakit kronik sejak kecil, memerlukan kos perubatan kira-kira RM2,000 setiap bulan. Perbelanjaan itu meliputi susu khas, lampin, ubat-ubatan dan kos rawatan susulan. Walaupun kesihatan Hafiz tidak merosot, berat badannya semakin menurun dan memerlukan pemantauan rapi.

Baca juga: 23 Tahun Tapi Bagai Kanak Kanak

Abang Sebagai Tulang Belakang

Namun di sebalik kisah Hafiz, ada seorang wira senyap abangnya. Beliau bekerja sebagai cleaner dengan gaji bersih RM1,700 sebulan. Malangnya, pada bulan April lalu, abang Hafiz terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan tulang bahunya patah. Akibatnya, beliau tidak dapat bekerja selama empat bulan penuh.

Bayangkan, dalam keadaan gaji terhenti, kos penjagaan Hafiz tetap berjalan setiap bulan. RM2,000 yang perlu ditanggung terasa bagai beban berganda. Tetapi demi adiknya, abang ini tetap bertahan, berkorban apa yang ada, dan tidak pernah sekalipun merungut.

Lawatan Kali Ini

Lawatan kedua Yayasan Ikhlas kali ini bukan sahaja untuk menyalurkan bantuan susulan, tetapi juga untuk:

  • Menguatkan semangat keluarga terutama abangnya yang menjadi tonggak utama.
  • Menunaikan beberapa hajat kecil Hafiz agar beliau terus ceria.
  • Membuka peluang orang ramai bersama-sama meringankan beban kos rawatan Hafiz.

Seruan Kasih Buat Hafiz

Kisah ini bukan sekadar tentang Hafiz, tetapi tentang seorang abang yang menjadi wira senyap dalam kesusahan. Mari kita bersama-sama menghulurkan tangan agar mereka tidak lagi sendirian menanggung beban ini.

👉 Sumbangan boleh dibuat di: BantuHafiz.com

You may interested in other post:

Hari Jumaat merupakan Sayyidul Ayyam (Penghulu Segala Hari) yang penuh dengan keberkatan dan keistimewaan dalam Islam. Salah satu amalan yang sangat dituntut. Walau bagaimanapun, kekangan masa, kesibukan bekerja, atau ketiadaan… [more]

“Jangan makan banyak daging korban tu, nanti darah tinggi naik!“ Ayat ini pasti biasa kita dengar daripada ahli keluarga setiap kali Aidiladha tiba. Tetapi, sejauh manakah kebenarannya? Adakah daging merah… [more]

Ibadah korban merupakan sebuah manifestasi ketaatan yang agung daripada seorang hamba kepada Penciptanya. Walau bagaimanapun, dalam kesungguhan kita untuk meraih pahala, pelaksanaannya memerlukan ketelitian yang tinggi agar tidak menimbulkan fitnah… [more]

Pernah dengar tentang infak subuh? Ramai yang mula amalkan, tetapi masih ramai juga yang belum tahu kelebihan sebenar amalan ini. Hakikatnya, infak subuh bukan sekadar sedekah biasa, ia adalah amalan… [more]

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas… [more]

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi… [more]