Artikel

Akhlak Nabi Muhammad SAW: Teladan Sepanjang Zaman

Akhlak Nabi Muhammad SAW: Teladan Sepanjang Zaman

Nabi Muhammad SAW bukan sekadar utusan terakhir, malah merupakan cerminan akhlak mulia yang menjadi panduan buat seluruh umat manusia.

Akhlak Nabi Muhammad SAW yang boleh dicontohi seperti lemah lembut, pemaaf, jujur, amanah dan merendah diri
Antara akhlak Rasulullah SAW yang menjadi teladan: lemah lembut, pemaaf, kasih sayang, jujur, amanah serta rendah diri.

Baginda menunjukkan teladan akhlak yang tinggi dalam semua aspek kehidupan – sama ada dalam urusan peribadi, masyarakat, mahupun kepimpinan. Baginda adalah manusia pilihan Allah yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

Akhlak Baginda Dalam Al-Quran

Allah SWT sendiri mengiktiraf kemuliaan akhlak Rasulullah SAW dalam Al-Quran:

وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍۢ (4)

“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.“
– Al-Qalam : 4

Ayat ini menjadi dalil yang kukuh bahawa akhlak Baginda bukan sekadar baik tetapi agung.

1. Lemah Lembut & Pemaaf

Nabi SAW dikenali sebagai seorang yang amat lembut tutur kata, tidak mudah marah dan sentiasa memaafkan orang lain.

Telah menceritakan kepadaku Abu Abdullah Al Jadali dia berkata; Saya bertanya kepada Aisyah; “Bagaimanakah akhlak Rasulullah SAW terhadap keluarganya.” Aisyah berkata;

“Bagaimanakah akhlak Rasulullah SAW terhadap keluarganya.” Aisyah berkata; “Baginda adalah orang yang paling baik akhlaknya, tidak pernah berbuat keji, tidak bercakap dengan kata-kata yang kotor, tidak berteriak-teriak di pasar, dan tidak pernah membalas dengan kejahatan yang sama (yang diperlakukan kepadanya), akan tetapi baginda seorang yang pemaaf dan pengampun.”
– HR Ahmad No: 24797

Walaupun sering dihina dan disakiti oleh orang Quraisy, Baginda tidak membalas dengan kekerasan. Sebaliknya, Baginda mendoakan mereka agar mendapat hidayah.

2. Kasih Sayang Terhadap Semua

Akhlak Nabi SAW sangat mengasihi kanak-kanak, orang miskin, wanita, dan haiwan. Baginda suka memuliakan tetamu, menyantuni jiran dan sentiasa menunaikan hak makhluk dengan penuh kasih.

Antara contoh yang masyhur adalah Baginda mendukung cucu Baginda ketika sedang solat. diriwayatkan daripada Abi Qatadah Al-Ansari r.a beliau berkata:

“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W pernah menunaikan solat dalam keadaan baginda memikul/mendukung Umamah Binti Zainab Binti Rasulillah S.A.W, dan dia merupakan anak kepada Abu Al-‘Ash bin Rabi’ah bin ‘Abd Syams. Apabila baginda sujud, baginda meletakkannya. Dan apabila baginda berdiri, baginda mendukungnya.”
– Riwayat Al-Bukhari (516)

3. Jujur & Amanah

Sebelum diangkat sebagai Rasul, Nabi Muhammad SAW sudah digelar Al-Amin, yang bermaksud yang jujur dan boleh dipercayai. hal ini secara jelas boleh diperhatikan bagaimana Baginda menguruskan harta benda dan kekayaan yang diperolehinya dengan penuh kejujuran, kesederhanaan dan kebijaksanaan.

4. Sederhana & Merendah Diri

Baginda tidak pernah menunjukkan sikap sombong walaupun Baginda adalah manusia paling mulia. Nabi SAW duduk, makan dan tidur bersama sahabat seperti manusia biasa. Baginda juga menjahit bajunya sendiri dan membantu isteri dalam urusan rumah tangga.

Akhlak Nabi Muhammad SAW adalah sebaik-baik contoh buat kita semua yang boleh dipraktikkan dalam setiap aspek kehidupan.

Baginda menunjukkan bagaimana menjadi seorang yang penyayang, jujur, pemaaf, dan tawaduk walaupun diuji dengan pelbagai dugaan. Semoga kita dapat menjadikan Baginda SAW sebagai model utama dalam membentuk keperibadian Muslim yang sebenar.

You may interested in other post:

Pernah tak kita bersemangat untuk berubah menjadi lebih baik, tetapi selepas beberapa hari, semangat itu mula berkurang? Pada awalnya, rajin membaca al-Quran, bersedekah atau melakukan amalan sunat, namun lama-kelamaan semakin… [more]

Pernah rasa badan terlalu penat walaupun sudah berehat? Bangun pagi terasa berat, semangat untuk bekerja semakin berkurang dan tugasan yang biasanya boleh dilakukan mula terasa membebankan. Keletihan seperti ini tidak… [more]

Yayasan Ikhlas Sandakan menerima Anugerah Jamiatul Khairah (NGO Islam) sebagai pengiktirafan atas pencapaian dan sumbangan dalam aktiviti kemasyarakatan serta aktiviti keagamaan. Anugerah tersebut disampaikan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah… [more]

Pagi adalah permulaan kepada perjalanan kita setiap hari. Sebelum fikiran dipenuhi dengan kerja, urusan keluarga dan pelbagai tanggungjawab, ada baiknya kita mengambil sedikit masa untuk mengingati Allah SWT. Mengamalkan doa… [more]

Bila tiba hari Jumaat, antara amalan yang sering kita dengar ialah membaca Surah Al-Kahfi. Namun, masih ramai yang tertanya-tanya bila sebenarnya waktu untuk membacanya? Malam Jumaat atau siang Jumaat? Perlu… [more]

Pernah tak kita terfikir, sesuatu yang kecil bagi kita mungkin sebenarnya sangat besar nilainya bagi orang lain? Memberikan sedikit masa, tenaga, harta atau kemudahan mungkin kelihatan sederhana. Tetapi bagi seseorang… [more]