Terbaru

Yayasan Ikhlas Santuni Mangsa Kebakaran di Putra Heights: Kit Emosi Bantu Pulihkan Trauma Anak-Anak

Yayasan Ikhlas Santuni Mangsa Kebakaran di Putra Heights: Kit Emosi Bantu Pulihkan Trauma Anak-Anak

8 April, Yayasan Ikhlas bantu mangsa kebakaran di Putra Heights dalam misi kemanusiaan yang bukan sahaja menyampaikan bantuan fizikal, malah menyentuh emosi dan psikologi mangsa, khususnya kanak-kanak.

Sumber Harian Metro

Insiden kebakaran yang meranapkan tempat tinggal beberapa keluarga ini meninggalkan kesan yang mendalam bukan hanya dari segi kehilangan harta benda, tetapi juga dari aspek emosi yang terjejas, terutama bagi anak-anak kecil.

Kit Emosi: Membina Semula Ketenangan Anak-Anak

Yayasan Ikhlas turun padang ke Putra Heights untuk menyantuni mangsa kebakaran. Aktiviti kit emosi dan bimbingan kaunselor bantu anak-anak pulih daripada trauma.
Kaunselor Anjung Kaunseling Keluarga menyantuni mangsa kebakaran Putra Heights

Yayasan Ikhlas memperkenalkan aktiviti Kit Emosi, satu pendekatan yang memberi ruang kepada anak-anak untuk mengekspresikan perasaan mereka marah, sedih, takut dan gembira dalam suasana yang selamat dan terkawal. Melalui aktiviti ini, mereka dibimbing untuk mengenal dan menguruskan emosi secara sihat.

Aktiviti ini dikendalikan oleh kaunselor terlatih bersama lima orang sukarelawan Yayasan Ikhlas, memastikan setiap anak menerima perhatian dan sokongan yang secukupnya.

Sokongan Lebih Daripada Bantuan Material

Yayasan Ikhlas turun padang ke Putra Heights untuk menyantuni mangsa kebakaran. Aktiviti kit emosi dan bimbingan kaunselor bantu anak-anak pulih daripada trauma.
Yayasan Ikhlas turun padang ke Putra Heights untuk menyantuni mangsa kebakaran. Aktiviti kit emosi dan bimbingan kaunselor bantu anak-anak pulih daripada trauma.

Selain daripada bantuan makanan, pakaian dan keperluan harian, fokus Yayasan Ikhlas juga terarah kepada pemulihan psikososial mangsa. Pendekatan holistik ini adalah selari dengan misi kami untuk bukan sekadar membantu dari sudut fizikal, tetapi juga menyembuhkan luka di hati.

Setiap senyuman yang terukir sepanjang aktiviti ini menjadi bukti bahawa kehadiran kita walaupun sebentar boleh memberi harapan dan kekuatan untuk mereka terus melangkah ke hadapan.


Yayasan Ikhlas akan terus komited dalam menyantuni komuniti yang diuji, dengan pendekatan menyeluruh dan penuh kasih sayang. Misi seperti ini tidak mungkin berjaya tanpa sokongan anda semua. Terima kasih kerana terus menjadi sebahagian daripada misi kemanusiaan kami.

You may interested in other post:

“Jangan makan banyak daging korban tu, nanti darah tinggi naik!“ Ayat ini pasti biasa kita dengar daripada ahli keluarga setiap kali Aidiladha tiba. Tetapi, sejauh manakah kebenarannya? Adakah daging merah… [more]

Ibadah korban merupakan sebuah manifestasi ketaatan yang agung daripada seorang hamba kepada Penciptanya. Walau bagaimanapun, dalam kesungguhan kita untuk meraih pahala, pelaksanaannya memerlukan ketelitian yang tinggi agar tidak menimbulkan fitnah… [more]

Pernah dengar tentang infak subuh? Ramai yang mula amalkan, tetapi masih ramai juga yang belum tahu kelebihan sebenar amalan ini. Hakikatnya, infak subuh bukan sekadar sedekah biasa, ia adalah amalan… [more]

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas… [more]

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi… [more]

“Kenapa mulut cepat berbau bila berpuasa?” Soalan ini sering timbul setiap kali tibanya Ramadan. Ramai yang beranggapan bau mulut ketika berpuasa berpunca daripada cara memberus gigi yang tidak betul. Namun… [more]