Terbaru

Generasi Hebat Sandakan Bersinar di Hari Anugerah Pelajar

Generasi Hebat Sandakan Bersinar di Hari Anugerah Pelajar

Sandakan, 24 Disember — Dewan Serbaguna ILP Sandakan menjadi saksi kepada semangat juang dan kecemerlangan pelajar muda dalam acara Hari Anugerah Pelajar yang dianjurkan oleh Yayasan Ikhlas Sandakan, dengan kerjasama Pusat Pengajian Al Kisaei dan Surau At Toyyibah Kampung Cenderamata, Sandakan, Sabah. Acara ini bertujuan untuk meraikan kejayaan pelajar dalam pelbagai aspek, termasuk akademik, Al-Quran, dan sahsiah.

56 Pelajar, 3 Kategori Anugerah

Seramai 56 pelajar berusia antara 6 hingga 13 tahun diraikan bersama ibu bapa dan penjaga masing-masing. Tiga anugerah utama diberikan kepada pelajar dari setiap kelas:

  1. Kecemerlangan Akademik
  2. Pengajian Al-Quran
  3. Sahsiah dan Peribadi

Pengiktirafan ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat pelajar agar terus maju dan berusaha mencapai potensi terbaik mereka.

Salah seorang ibu yang hadir, Puan Noraini, berkongsi kegembiraannya apabila anaknya menerima Anugerah Pengajian Al-Quran. “Ini adalah motivasi besar untuk anak saya agar terus mendalami ilmu agama. Terima kasih kepada Yayasan Ikhlas atas sokongan ini,” katanya.

Program yang Menginspirasikan

Hari Anugerah Pelajar kali pertama ini turut diserikan dengan ucapan Encik Endi Bin Hatta, Pengurus Yayasan Ikhlas Cawangan Sandakan. Beliau menekankan pentingnya acara seperti ini untuk memupuk nilai cinta ilmu dan Al-Quran dalam diri pelajar sejak usia muda.

“Kami berharap program ini menjadi titik permulaan untuk anak-anak kita terus cemerlang, bukan sahaja dalam akademik tetapi juga dalam mendalami Al-Quran dan membentuk sahsiah diri yang mulia,” kata beliau.

YDP ISMA Sandakan, Ustaz Muhammad Nur Bin Selamit, turut hadir dan menyampaikan penghargaan kepada Yayasan Ikhlas dan Pusat Pengajian Al Kisaei atas usaha mereka memartabatkan pendidikan Al-Quran di Sandakan.

Perkongsian inspirasi oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Jalil Ahmad, Penolong Pegawai Pendidikan Islam (PPD) Sandakan, melengkapkan acara. Dalam perkongsiannya, beliau mengingatkan peranan utama ibu bapa dalam memastikan kecintaan terhadap Al-Quran bermula dari rumah.

Tuan Puan, Al-Quran perlu bermula dari rumah. Didiklah anak kita kasih kepada Allah melalui solat dan Al-Quran” – Ustaz Muhammad Jalil

Penghargaan kepada Semua

Acara ini adalah sebahagian daripada inisiatif Projek Anjung Ikhlas, sebuah projek didanai oleh Yayasan Ikhlas yang dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Pengajian Al-Kisaei. Program ini tidak akan berjaya tanpa sokongan pelbagai pihak. Yayasan Ikhlas mengucapkan terima kasih kepada semua AJK, pelajar, ibu bapa, dan penyumbang yang telah menjayakan program ini. Harapan besar diletakkan agar acara seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan untuk melahirkan lebih ramai generasi muda yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, malahan dalam bidang agama dan sahsiah diri.

Ayuh bersama kami

Yayasan Ikhlas mengajak orang ramai untuk bersama-sama menyokong inisiatif Projek Anjung Ikhlas dalam memartabatkan pendidikan Al-Quran di kalangan masyarakat. Layari laman web Yayasan Ikhlas, untuk menyalurkan sumbangan atau mendapatkan maklumat lanjut. Sokongan anda, walaupun kecil, mampu memberi impak besar kepada masa depan generasi muda.


 

You may interested in other post:

“Jangan makan banyak daging korban tu, nanti darah tinggi naik!“ Ayat ini pasti biasa kita dengar daripada ahli keluarga setiap kali Aidiladha tiba. Tetapi, sejauh manakah kebenarannya? Adakah daging merah… [more]

Ibadah korban merupakan sebuah manifestasi ketaatan yang agung daripada seorang hamba kepada Penciptanya. Walau bagaimanapun, dalam kesungguhan kita untuk meraih pahala, pelaksanaannya memerlukan ketelitian yang tinggi agar tidak menimbulkan fitnah… [more]

Pernah dengar tentang infak subuh? Ramai yang mula amalkan, tetapi masih ramai juga yang belum tahu kelebihan sebenar amalan ini. Hakikatnya, infak subuh bukan sekadar sedekah biasa, ia adalah amalan… [more]

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas… [more]

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi… [more]

“Kenapa mulut cepat berbau bila berpuasa?” Soalan ini sering timbul setiap kali tibanya Ramadan. Ramai yang beranggapan bau mulut ketika berpuasa berpunca daripada cara memberus gigi yang tidak betul. Namun… [more]