Terbaru

Bikeisable, Komuniti Sokongan Untuk Anak Syurga Bersama Maryam

Bikeisable, Komuniti Sokongan Untuk Anak Syurga Bersama Maryam

Melangkah Bersama dengan Semangat Kebersamaan

15 Disember 2024 – Suasana Zakat & Wakaf Fun Run 2024 di Dataran Merdeka pada pagi itu penuh dengan gelak tawa dan semangat komuniti. Antara yang mencuri perhatian adalah keluarga Adik Maryam, seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang menghidap penyakit jarang jumpa. Ibu bapa Adik Maryam, En Nasrudin dan Pn Nur Atikah, dengan penuh kasih menolak stroller anak mereka sepanjang larian di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Turut serta adalah abang dan kakak Maryam.  

Adik Maryam, seorang kanak-kanak penghidap penyakit jarang jumpa kini menerima bantuan melalui inisiatif Bantu Pesakit Sihat oleh Yayasan Ikhlas.

Ayah Maryam, En Nasrudin bekerja sebagai penghantar surat dengan pendapatan sekitar RM1,500 sebulan dan Puan Nur Atikah seorang suri rumah sepenuh masa. Meskipun keluarga kecil ini berdepan cabaran kewangan dan kehidupan, mereka tetap hadir dengan senyuman ceria dan semangat juang yang luar biasa.

Program ini buat kami rasa dihargai dan tidak terpinggir. Seronok dapat jumpa keluarga lain yang juga ada anak-anak OKU. Rasa macam ada keluarga besar yang saling memahami,” kata Encik Nasrudin sambil tersenyum.

Komuniti, Tulang Belakang Sokongan

Zakat & Wakaf Fun Run 2024 bukan sekadar larian biasa, tetapi menjadi simbol sokongan padu dari komuniti untuk keluarga yang mempunyai anak istimewa. Kehadiran 30 keluarga daripada Komuniti Bikesable telah mencipta suasana penuh semangat persahabatan. Ibu bapa saling berkongsi pengalaman dan membina rangkaian sokongan yang menguatkan mereka dalam mengharungi cabaran.

Baca lebih lanjut tentang Adik Maryam

Kami mahu keluarga seperti mereka tahu bahawa mereka tidak bersendirian. Masih ramai yang peduli dan sedia membantu,” kata Encik Redha, pegawai Yayasan Ikhlas yang turut hadir memberi sokongan kepada keluarga Adik Maryam.

Adik Maryam, Pesakit Penyakit Jarang Jumpa Yang Istimewa

Nur Maryam, anak istimewa yang dilahirkan pramatang dengan berat 1.8 kg. Anak ketiga kepada pasangan Nasrudin (34 tahun) dan Nur Atikah (35 tahun) menghidap Sindrom Goldenhar atau sindrom Treacher Collins yang merupakan antara salah satu penyakit jarang jumpa yang menuntut perhatian dan rawatan khusus. Di bawah projek Bantu Pesakit Sihat, Yayasan Ikhlas sedang menyalurkan bantuan keperluan perubatan adik Maryam secara bulanan. Antara keperluan harian Maryam antaranya Tiub, Syringe dan Lampin Pakai Buang. Selain itu,Yayasan Ikhlas kini sedang merangka bentuk bantuan lain untuk Maryam iaitu akan mendaftarkan Maryam ke sekolah Pendidikan Khas, Terapi Komunikasi dan Bahasa Isyarat juga Terapi Motor Skill.

Untuk maklumat lanjut tentang program bantuan untuk adik Maryam, klik pautan di bawah

You may interested in other post:

“Jangan makan banyak daging korban tu, nanti darah tinggi naik!“ Ayat ini pasti biasa kita dengar daripada ahli keluarga setiap kali Aidiladha tiba. Tetapi, sejauh manakah kebenarannya? Adakah daging merah… [more]

Ibadah korban merupakan sebuah manifestasi ketaatan yang agung daripada seorang hamba kepada Penciptanya. Walau bagaimanapun, dalam kesungguhan kita untuk meraih pahala, pelaksanaannya memerlukan ketelitian yang tinggi agar tidak menimbulkan fitnah… [more]

Pernah dengar tentang infak subuh? Ramai yang mula amalkan, tetapi masih ramai juga yang belum tahu kelebihan sebenar amalan ini. Hakikatnya, infak subuh bukan sekadar sedekah biasa, ia adalah amalan… [more]

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas… [more]

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi… [more]

“Kenapa mulut cepat berbau bila berpuasa?” Soalan ini sering timbul setiap kali tibanya Ramadan. Ramai yang beranggapan bau mulut ketika berpuasa berpunca daripada cara memberus gigi yang tidak betul. Namun… [more]