Terbaru

1,000 Mangsa Banjir Disantuni Hasil Kerjasama Yayasan Ikhlas, APM Besut, I-Medik dan PNB

1,000 Mangsa Banjir Disantuni Hasil Kerjasama Yayasan Ikhlas, APM Besut, I-Medik dan PNB

Besut, 8 Dis | Yayasan Ikhlas dengan kerjasama APM Besut dan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia, I-Medik bekerjasama menyantuni 1,000 mangsa banjir yang ditempatkan di Dewan Terbuka Kampung Raja Selatan Besut, Ahad lalu.

Seramai 25 ahli rombongan terdiri daripada kalangan pegawai Yayasan Ikhlas, sukarelawan Team Ikhlas dan 5 orang pegawai perubatan daripada I-Medik telah menjalankan pelbagai aktiviti antaranya pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada mangsa banjir selain turut bersama turun ke rumah mangsa yang terkandas bagi membolehkan pemeriksaan dijalankan.

1,000 pek masakan panas

Selain itu, 1,000 pek masakan panas telah disediakan melalui inisiatif Dapur Ikhlas. Penyediaan masakan panas ini telah disumbangkan oleh PNB bagi membantu mangsa banjir menikmati juadah makan pagi, tengahari dan makan malam.

PNB antara badan korporat yang turut menyalurkan sumbangaan sebanyak RM700 ribu kepada Yayasan Ikhlas sebagai salah satu usaha menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir pada hujung tahun 2024. Ianya juga termasuk bantuan pasca banjir.

Lt.M (PA) Mohd Hanizam Bin Azman

Dalam pada itu, Lt.M (PA) Mohd Hanizam Bin Azman berkata, sokongan daripada pelbagai pihak bagi menolong mangsa banjir amat dialukan. “Kami komited dan sentiasa bersiap siaga menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan terutama dalam situasi banjir kini”.

Selain bantuan berbentuk material, Yayasan Ikhlas turut memberikan bantuan berbentuk psikologi iaitu mengadakan aktiviti Kit Emosi kepada mangsa banjir di Pantai Timur. Bantuan ini di jalankan bersama sukarelawan Yayasan Ikhlas di PPS yang terpilih.

I-Medik dan sukarelawan yang bersama turun menyantuni mangsa banjir

Bagi anda yang ingin bersama dalam misi ini, boleh terus layari misibantuan.com

Bantu Mangsa Banjir Serendah RM10

You may interested in other post:

Pernah dengar tentang infak subuh? Ramai yang mula amalkan, tetapi masih ramai juga yang belum tahu kelebihan sebenar amalan ini. Hakikatnya, infak subuh bukan sekadar sedekah biasa, ia adalah amalan… [more]

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas… [more]

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi… [more]

“Kenapa mulut cepat berbau bila berpuasa?” Soalan ini sering timbul setiap kali tibanya Ramadan. Ramai yang beranggapan bau mulut ketika berpuasa berpunca daripada cara memberus gigi yang tidak betul. Namun… [more]

Lailatul Qadr adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Namun, bagaimana cara sebenar untuk memburu Lailatul Qadr? Artikel ini mengupas amalan penting melalui pendekatan uzlah, tazkiyah dan tafakkur. Malam… [more]

Apabila Ramadan menghampiri penghujungnya, umat Islam memasuki fasa yang paling istimewa dalam bulan yang penuh keberkatan ini iaitu 10 malam terakhir Ramadan. Inilah waktu di mana Rasulullah SAW meningkatkan ibadah… [more]