Terbaru

Yayasan Ikhlas Komited, Misi Menyelamat Mangsa Banjir Kelantan dan Terengganu

Yayasan Ikhlas Komited, Misi Menyelamat Mangsa Banjir Kelantan dan Terengganu

“Encik Okay Tak? Kenapa Sampai Menggigil ni?”

Ketika Pasukan Yayasan Ikhlas sedang membuat tinjauan di Ladang TDM. Tiba-tiba, sebuah bot menghampiri dengan seorang remaja di dalamnya.

“Saya dok biase air tinggi gini… Saya cuma nak balik rumoh ja,” katanya dengan suara terketar-ketar. 

Nafasnya kelihatan berat, dadanya berombak ketakutan. Tanpa berlengah, Leftenan Muda Hanizam segera memapahnya ke tempat selamat.

Walaupun kelihatan seperti situasi biasa, ia mungkin menakutkan bagi mereka yang mengalami thalassophobia—ketakutan terhadap air dalam jumlah besar.

Banjir bukan sekadar ujian fizikal, tetapi juga emosi. 

Pantai Timur kini berdepan cabaran besar dengan banjir yang terus meningkat, menyebabkan lebih 75,000 mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dalam tempoh hanya 24 jam. Dalam usaha membantu mangsa banjir, Yayasan Ikhlas melalui pasukan CDA-ERT (Civil Defense Auxiliary – Emergency Response Team) telah memulakan operasi bantuan sejak awal Isnin lalu.

Pasukan CDA-ERT pertama Yayasan Ikhlas telah memulakan langkah awal ke Terengganu pada 25 November,  untuk bersiap sedia menyertai misi menyelamat, manakala pasukan penyelamat kedua telah tiba awal pagi Khamis, 28 November  di Kelantan bagi memperkukuh usaha menyelamat dan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan yang lebih kritikal.

Komitmen Yayasan Ikhlas dalam misi ini tidak berseorangan, dengan kerjasama erat dijalin bersama Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.

Yayasan Ikhlas  kini sedang giat mengumpul barang keperluan untuk diagihkan kepada mangsa banjir. Pusat Pengumpulan Bantuan telah dibuka di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi, sebagai lokasi utama untuk menerima sumbangan daripada orang ramai.

“Kami menyeru masyarakat untuk tampil memberikan sokongan, sama ada melalui sumbangan barang keperluan. Setiap bantuan, walau kecil, mampu memberikan impak besar kepada mangsa yang terjejas,” kata Prof. Dr. Zainur Rashid.

Yayasan Ikhlas menekankan keutamaan pada barangan keperluan asas seperti makanan kering, selimut, dan kit kebersihan, yang akan segera disalurkan ke kawasan terjejas. Bantuan ini adalah sebahagian daripada usaha bersama untuk meringankan beban mangsa banjir di saat yang mencabar ini.


 

You may interested in other post:

“Jangan makan banyak daging korban tu, nanti darah tinggi naik!“ Ayat ini pasti biasa kita dengar daripada ahli keluarga setiap kali Aidiladha tiba. Tetapi, sejauh manakah kebenarannya? Adakah daging merah… [more]

Ibadah korban merupakan sebuah manifestasi ketaatan yang agung daripada seorang hamba kepada Penciptanya. Walau bagaimanapun, dalam kesungguhan kita untuk meraih pahala, pelaksanaannya memerlukan ketelitian yang tinggi agar tidak menimbulkan fitnah… [more]

Pernah dengar tentang infak subuh? Ramai yang mula amalkan, tetapi masih ramai juga yang belum tahu kelebihan sebenar amalan ini. Hakikatnya, infak subuh bukan sekadar sedekah biasa, ia adalah amalan… [more]

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas… [more]

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi… [more]

“Kenapa mulut cepat berbau bila berpuasa?” Soalan ini sering timbul setiap kali tibanya Ramadan. Ramai yang beranggapan bau mulut ketika berpuasa berpunca daripada cara memberus gigi yang tidak betul. Namun… [more]