Siapa Kami

Yayasan Ikhlas, ditubuhkan pada 5 Mac 2009 di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258], berperanan membantu golongan fakir, miskin dan kurang berkemampuan melalui program kebajikan, pendidikan dan kemanusiaan.

Yayasan ini juga menyalurkan bantuan kepada mangsa bencana serta individu yang menghadapi kesusahan, dengan matlamat membina kehidupan yang lebih sejahtera berasaskan nilai keikhlasan dan kasih sayang.

Kami percaya, keikhlasan mampu mengubah kehidupan.

Menjadi sebuah yayasan global yang memberi perkhidmatan tanpa batas waktu dan tempat menjelang 2030.

Melaksanakan tanggungjawab kemanusiaan demi agama, bangsa, dan negara.

Kami bertanggungjawab dalam menyalurkan kasih sayang, perpaduan, dan kesejahteraan tanpa mengira agama, bangsa, dan negara. Dengan cara ini, kami menyumbang kepada dunia yang aman dan harmoni untuk semua.

Untuk meningkatkan taraf hidup golongan fakir dan miskin.

Meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin adalah kunci untuk mewujudkan masyarakat yang lebih adil dan saksama untuk semua.

Untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan yang kurang berkemampuan.

Meningkatkan taraf pendidikan bagi golongan kurang bernasib baik akan memperkasakan komuniti dan memupuk kesamarataan.

Untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana yang ditimpa musibah mahupun yang dalam kesusahan.

Membantu mangsa bencana mengurangkan penderitaan mereka dan menyokong proses pemulihan.

YAYASAN IKHLAS

Ambil langkah seterusnya, bersama-sama kita membantu mereka yang memerlukan.