Terbaru

Misi Banjir Pantai Timur: Hari Ke-6 Misi Menyelamat dan Bantuan

Misi Banjir Pantai Timur: Hari Ke-6 Misi Menyelamat dan Bantuan

Isnin, 2 Disember 2024- Yayasan Ikhlas terus komited dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir di Pasir Mas, Kelantan, dan kawasan Kemaman-Besut, Terengganu. Memasuki hari keenam misi ini, pasukan terlatih Yayasan Ikhlas yang terdiri daripada sukarelawan berdedikasi telah melaksanakan pelbagai inisiatif bantuan. Setiap hari membawa pengalaman baharu, cabaran unik, dan peluang untuk menghulurkan bantuan yang lebih bermakna.

Aktiviti Bantuan yang Telah Dilaksanakan

Penyelamatan dan Pemindahan Mangsa Banjir
Kerjasama erat dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam memindahkan mangsa banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) membolehkan aktiviti penyelamatan dan pemindahan mangsa dilakukan dengan cekap, memastikan semua mangsa selamat tiba di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Pengagihan Bantuan Makanan melalui Dapur Ikhlas Yayasan Ikhlas:
Sementara itu, sepasukan lain menyediakan dan menghantar bekalan makanan panas ke PPS dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jawatankuasa PPS.

Agihan Pek Ikhlas:
Pengalaman hari ini juga menyaksikan pek “Ikhlas” yang mengandungi makanan dan barangan keperluan asas turut diedarkan kepada mangsa banjir. Wajah-wajah lega terpancar pada mereka yang menerima bantuan, terutama mereka yang telah beberapa hari berdepan kesukaran.

Sumbangan Komuniti Masjid Hasanah, Bangi:
Lebih istimewa, sumbangan keperluan yang dihantar oleh komuniti Masjid Al-Hasanah, Bangi turut sampai ke tangan mangsa, memberikan suatu kelegaan dan kegembiraan terutama ibu-ibu yang terputus barang keperluan bayi. Terima kasih buat semua penyumbang komuniti Masjil Al-Hasanah atas usaha yang sangat baik ini.

Aktiviti Psikososial untuk Anak-Anak:
Sementara itu, sukarelawan Yayasan Ikhlas yang baru tiba dari Selangor membawa semangat baharu, khususnya untuk anak-anak di PPS. Aktiviti berkumpulan seperti permainan kreatif dan bimbingan emosi menggunakan “kit emosi” ternyata menjadi detik keceriaan yang amat diperlukan oleh kanak-kanak ini, yang terpaksa menghadapi situasi penuh ketidakpastian.

Persiapan Bantuan Pasca Banjir:
Namun, misi bantuan tidak berhenti di sini. Yayasan Ikhlas turut merancang langkah jangka panjang untuk membantu mangsa selepas banjir surut.

Persediaan bantuan jangka panjang, termasuk:

  • Membersihkan rumah (melibatkan sukarelawan IPT dan Pemuda
  • Membaiki pendawaian elektrik (kerjasama dengan Komtect).
  • Menyediakan klinik bergerak (dengan sokongan I-Medik).
  • Melaksanakan baik pulih rumah (tajaan PNB).

Pasukan Yayasan Ikhlas yang terlibat merupakan ahli terlatih dari Civil Defense Auxiliary – Emergency Response Team (CDA-ERT), yang telah menjalani latihan intensif di bawah pengawasan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Yayasan Ikhlas berharap agar usaha ini dapat terus berjalan dengan lancar dan memberikan kelegaan kepada mangsa banjir yang terkesan.


Ingin Menyumbang?
Sumbangan anda amat bermakna. Tekan pautan berikut untuk bersama kami membantu mereka yang memerlukan:

 

You may interested in other post:

“Jangan makan banyak daging korban tu, nanti darah tinggi naik!“ Ayat ini pasti biasa kita dengar daripada ahli keluarga setiap kali Aidiladha tiba. Tetapi, sejauh manakah kebenarannya? Adakah daging merah… [more]

Ibadah korban merupakan sebuah manifestasi ketaatan yang agung daripada seorang hamba kepada Penciptanya. Walau bagaimanapun, dalam kesungguhan kita untuk meraih pahala, pelaksanaannya memerlukan ketelitian yang tinggi agar tidak menimbulkan fitnah… [more]

Pernah dengar tentang infak subuh? Ramai yang mula amalkan, tetapi masih ramai juga yang belum tahu kelebihan sebenar amalan ini. Hakikatnya, infak subuh bukan sekadar sedekah biasa, ia adalah amalan… [more]

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas… [more]

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi… [more]

“Kenapa mulut cepat berbau bila berpuasa?” Soalan ini sering timbul setiap kali tibanya Ramadan. Ramai yang beranggapan bau mulut ketika berpuasa berpunca daripada cara memberus gigi yang tidak betul. Namun… [more]