Artikel

Persediaan Awal, Beg Kecemasan Mampu Survival Selamatkan Mangsa Banjir

Persediaan Awal, Beg Kecemasan Mampu Survival Selamatkan Mangsa Banjir

Apakah Beg Kecemasan atau BOB (Bug Out Beg)?

Bug Out Beg atau BOB dalah beg kecemasan yang mengandungi barang-barang keperluan untuk bertahan selama 72 jam ketika menghadapi krisis bencana atau keadaan yang tidak dapat dielakkan. 

Menurut Met Malaysia 10 item berikut adalah cadangan barang yang sepatutnya ada dalam beg kecemasan ini: 

1. Selimut , jaket keselamatan dan kasut kalis air

Selepas bencana banjir, pakaian kering dan kasut yang sesuai amat penting untuk melindungi diri daripada hipotermia atau kecederaan. Jaket keselamatan kalis air berwarna terang pula berguna ketika pergerakan di kawasan banjir atau gelap.

2. Wisel


Jika anda terperangkap di kawasan yang sukar dilihat atau jauh dari orang ramai, wisel boleh digunakan untuk menarik perhatian penyelamat. Ini berguna terutamanya ketika berada di runtuhan bangunan, rumah yang tenggelam dalam banjir atau kawasan terpencil.

3. Fail kalis air untuk dokumen penting 

Semasa berpindah ke pusat perlindungan, dokumen seperti kad pengenalan, passport, dan dokumen kesihatan amat penting untuk memudahkan urusan pengenalan diri dan mendapatkan bantuan. Selain itu, dokumen penting lain seperti geran tanah, surat beranak, sijil perkahwinan juga dapat di selamatkan dengan adanya fail kalis air untuk menyimpan dokumen. 

4. Botol air, air bersih 

Kecemasan boleh berlaku dalam tempoh yang lama. Disebabkan situasi bencana, bekalan air minuman mungkin tercemar atau sukar didapati. Persediaan Botol air

5. Pengecas mudah alih.

Telefon bimbit membolehkan anda menghubungi bantuan kecemasan, saudara mara, atau mendapatkan maklumat terkini melalui internet. Pengecas mudah alih (power bank) amat penting ketika gangguan elektrik yang berpanjangan.

6. Wang tunai
Ketika bencana, perkhidmatan perbankan dan kad kredit mungkin terganggu. Wang tunai membolehkan anda membeli barang keperluan seperti makanan, air, atau ubat-ubatan dari penjual atau kedai kecil yang masih beroperasi.

7. Lampu suluh 

Jika anda kehilangan sumber cahaya semasa gempa bumi atau ketika malam bekalan elektrik di putuskan di kawasan banjir, lampu suluh membantu dalam pergerakan dan memastikan keselamatan di kawasan gelap. 

8. Kit kecemasan, ubat-ubatan dan kit kebersihan asas.

Sekiranya berlaku kecederaan ringan seperti luka atau lebam, kit kecemasan membantu memberikan rawatan segera sebelum bantuan profesional tiba. Ubat-ubatan pula amat penting bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti asma atau diabetes.

9. Makanan tahan lama

Dalam keadaan bencana di mana bekalan makanan terhad, makanan tahan lama seperti biskut, bar tenaga, dan makanan dalam tin menyediakan sumber tenaga segera tanpa perlu memasak atau memerlukan penyejukbekuan.

10. Radio mini mudah alih 

Radio berguna untuk mendapatkan maklumat terkini dari pihak berkuasa mengenai perkembangan bencana, amaran tambahan, dan arahan lanjut, terutamanya jika perkhidmatan telefon bimbit terjejas.

Penyediaan awal BOB bukan sahaja memberi ketenangan minda tetapi juga mengurangkan risiko kelam-kabut dan panik semasa berhadapan dengan situasi kecemasan. Beg ini amat penting bagi keluarga yang mempunyai anak kecil, warga emas, atau mereka yang sedang sakit, kerana ia memudahkan penjagaan dan pengurusan keadaan kritikal.

Bagi mereka yang tinggal di kawasan yang kerap dilanda bencana seperti banjir, persediaan beg kecemasan ini lebih awal adalah langkah bijak. Dengan beg yang lengkap dan mudah dicapai, anda dapat menguruskan bencana dengan lebih tenang dan tersusun.


Ikuti persediaan awal hadapi banjir :  https://yayasanikhlas.org.my/5-tips-hadapi-banjir-dengan-tenang/

Jom sediakan 1 rumah 1 beg kecemasan , anda juga boleh berinfaq membuat sumbangan begkecemasan.org kepada mangsa banjir yang memerlukan. Yayasan Ikhlas – Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda, sentiasa komited membantu komuniti ketika bencana.

You may interested in other post:

“Jangan makan banyak daging korban tu, nanti darah tinggi naik!“ Ayat ini pasti biasa kita dengar daripada ahli keluarga setiap kali Aidiladha tiba. Tetapi, sejauh manakah kebenarannya? Adakah daging merah… [more]

Ibadah korban merupakan sebuah manifestasi ketaatan yang agung daripada seorang hamba kepada Penciptanya. Walau bagaimanapun, dalam kesungguhan kita untuk meraih pahala, pelaksanaannya memerlukan ketelitian yang tinggi agar tidak menimbulkan fitnah… [more]

Pernah dengar tentang infak subuh? Ramai yang mula amalkan, tetapi masih ramai juga yang belum tahu kelebihan sebenar amalan ini. Hakikatnya, infak subuh bukan sekadar sedekah biasa, ia adalah amalan… [more]

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas… [more]

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi… [more]

“Kenapa mulut cepat berbau bila berpuasa?” Soalan ini sering timbul setiap kali tibanya Ramadan. Ramai yang beranggapan bau mulut ketika berpuasa berpunca daripada cara memberus gigi yang tidak betul. Namun… [more]