Artikel

5 Tahap Kesedihan dan Pemulihan Mangsa Banjir: Bagaimana Kita Boleh Bantu?

5 Tahap Kesedihan dan Pemulihan Mangsa Banjir: Bagaimana Kita Boleh Bantu?

Bila banjir melanda, ia bukan sekadar tentang kehilangan rumah atau harta benda — ia juga melibatkan perasaan sedih, tertekan, dan trauma yang mendalam. Ramai mangsa sedang melalui 5 Tahap Kesedihan (5 Stages of Grief) yang diperkenalkan oleh Elisabeth Kübler-Ross. Walaupun teori ini biasa dikaitkan dengan kehilangan orang tersayang, ia juga sesuai untuk situasi mencabar seperti bencana alam.

Jadi, macam mana nak faham dan bantu mangsa banjir yang mungkin melalui fasa-fasa ini? Mari kita lihat dengan lebih dekat.

1. Penafian (Denial)

“Eh, tak mungkin air naik tinggi macam ni!”

Pada mulanya, mangsa mungkin menafikan apa yang berlaku. Mereka sukar percaya yang banjir ini betul-betul berlaku. Mereka mungkin enggan berpindah atau rasa keadaan akan pulih dengan cepat.Macam mana kita boleh bantu?
Beri maklumat terkini dan tepat tentang situasi semasa. Tawarkan tempat perlindungan yang selesa dan pastikan mereka rasa diterima dan selamat.

2. Kemarahan (Anger)

2. Kemarahan (Anger)

“Kenapa jadi dekat kami? Kenapa lambat sangat bantuan datang?”

Bila realiti mula terasa, timbul rasa marah. Mangsa mungkin marah pada diri sendiri, pihak berkuasa, atau situasi yang di luar kawalan mereka.

Macam mana kita boleh bantu?
Beri ruang untuk mereka meluahkan perasaan tanpa rasa dihakimi. Aktiviti santai seperti permainan dan sesi kaunseling boleh bantu meredakan tekanan.

3. Tawar-menawar (Bargaining)

“Kalau kami dapat bantuan segera, mungkin kami boleh mulakan hidup semula.”

Pada tahap ini, mangsa cuba berunding dengan takdir, berharap keadaan akan berubah jika mereka melakukan sesuatu.

Macam mana kita boleh bantu?
Berikan sokongan rohani seperti sesi bimbingan agama dan motivasi agar mereka dapat melihat sisi positif dalam dugaan yang menimpa.

4. Kesedihan (Depression)

4. Kesedihan (Depression)

“Habis semua barang rosak… Macam mana nak teruskan hidup?”

Bila sedar keadaan takkan kembali seperti dulu, rasa sedih dan putus asa mula melanda. Ini adalah fasa yang paling berat kerana mereka mungkin hilang semangat untuk bangkit semula.

Macam mana kita boleh bantu?
Inilah masa untuk hadir bersama sokongan moral dan emosi. Di Yayasan Ikhlas, kami sediakan Kit Emosi yang merangkumi aktiviti menyeronokkan untuk semua peringkat umur. Contohnya, di PPS Terengganu, seorang ibu yang penat menjaga bayinya dapat “berehat” seketika apabila sukarelawan kami menjaga bayinya sementara dia bermain “Musical Chair”. Saat kecil, tapi penuh makna!

5. Penerimaan (Acceptance)

“Kita kena terima dan mula semula…”

Akhirnya, mangsa banjir mula menerima realiti dan bersedia untuk membina semula kehidupan. Fasa ini adalah permulaan kepada proses pemulihan yang memerlukan masa dan sokongan berterusan.

Macam mana kita boleh bantu?
Teruskan memberi bantuan dan motivasi. Sokongan selepas bencana sama penting dengan bantuan kecemasan. Lawatan susulan dan program pemulihan boleh beri harapan baharu.

Kit Emosi: Sentuhan Kecil, Impak Besar

Kami di Yayasan Ikhlas percaya bahawa bantuan emosi sama penting dengan bantuan fizikal. Kit Emosi yang kami perkenalkan mengandungi aktiviti riadah, melukis dan mewarna serta permainan untuk kanak-kanak dan orang dewasa, serta sesi bimbingan rohani.

Semasa banjir di Terengganu, kami bertemu seorang ibu yang sedang mendukung bayinya di PPS. Ketika kami ajak beliau untuk sertai “Musical Chair”, dia letak bayinya dalam jagaan sukarelawan dan bermain dengan penuh semangat. Wajahnya yang penuh kegembiraan adalah bukti bahawa sedikit perhatian boleh mencipta perubahan besar.

Kesimpulan

Menghadapi trauma akibat banjir bukanlah mudah. Tapi dengan sokongan yang betul, mereka boleh bangkit semula. Usaha kecil seperti permainan, kaunseling, dan sokongan rohani boleh memberi sinar harapan dalam kehidupan yang penuh cabaran.

Menyantuni dengan Hati, Membawa Harapan Baharu.

Layari misibantuan.com untuk bersama kami menyantuni mangsa banjir.

You may interested in other post:

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas… [more]

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi… [more]

“Kenapa mulut cepat berbau bila berpuasa?” Soalan ini sering timbul setiap kali tibanya Ramadan. Ramai yang beranggapan bau mulut ketika berpuasa berpunca daripada cara memberus gigi yang tidak betul. Namun… [more]

Lailatul Qadr adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Namun, bagaimana cara sebenar untuk memburu Lailatul Qadr? Artikel ini mengupas amalan penting melalui pendekatan uzlah, tazkiyah dan tafakkur. Malam… [more]

Apabila Ramadan menghampiri penghujungnya, umat Islam memasuki fasa yang paling istimewa dalam bulan yang penuh keberkatan ini iaitu 10 malam terakhir Ramadan. Inilah waktu di mana Rasulullah SAW meningkatkan ibadah… [more]

Tanggal 17 Ramaḍan menandakan sebuah peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam, iaitu peristiwa penurunan al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW. Ini dijelaskan oleh Ibn Kathir dalam kitabnya al-Bidayah wa al-Nihayah:… [more]