Updates

Dari Rumah Usang ke Wad Kecemasan: Kisah Pakcik Omar, Warga Emas Asnaf Sandakan

Dari Rumah Usang ke Wad Kecemasan: Kisah Pakcik Omar, Warga Emas Asnaf Sandakan

Sandakan, 24 Julai 2025, Apa yang bermula sebagai ziarah penghantaran bantuan makanan, bertukar menjadi satu misi menyelamatkan nyawa.

Pada 22 Julai 2025 (Selasa), pasukan Yayasan Ikhlas di Sandakan menerima maklumat melalui WhatsApp mengenai dua orang warga emas yang memerlukan bantuan makanan. Sebaik tiba di rumah mereka yang usang dan terletak jauh dari kesibukan kota, pasukan kami disambut dengan suasana pilu.

Seorang daripada mereka, Pakcik Omar bin Ali (70 tahun), mengalami luka parah pada ibu jari kaki kanan yang telah membengkak sehingga ke betis. Keadaan beliau amat membimbangkan. Tanpa berlengah, kami segera menghubungi talian 999 untuk mendapatkan bantuan kecemasan dari Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan.

Pakcik Omar tinggal bersama abangnya, Pakcik Mohammad bin Ali. Mereka adalah pasangan adik-beradik kembar yang telah tua, tinggal berdua sahaja tanpa sebarang sumber pendapatan tetap, tergolong dalam golongan asnaf warga emas.

Selamat Jalani Pembedahan, Dalam Keadaan Stabil

Pada 24 Julai 2025 (Khamis), Alhamdulillah, pembedahan berjaya dijalankan. Ibu jari kanan Pakcik Omar terpaksa dipotong bagi mengelakkan jangkitan yang lebih serius. Beliau kini dalam keadaan stabil dan masih dirawat di wad ortopedik lelaki HDOK Sandakan. Abangnya, Pakcik Mohammad, telah pulang ke kediaman untuk berehat.

Komitmen Kami Tidak Terhenti

Yayasan Ikhlas akan terus mengikuti perkembangan kesihatan Pakcik Omar dan berusaha menyalurkan bantuan dari sudut kos pembedahan serta rawatan susulan. Kami percaya, setiap insan berhak menerima rawatan perubatan yang baik walaupun hidup dalam serba kekurangan.

“Kesihatan adalah nikmat yang tidak ternilai. Dan membantu sesama insan, adalah satu bentuk syukur atas nikmat itu.”

Yayasan Ikhlas
Peduli dan Prihatin

You may interested in other post:

Di pedalaman Kg Kilugus, sebuah Sekolah Agama Rakyat telah berjaya dibina menjadi realiti. Bukan sekadar bangunan, tetapi lambang hasrat, perpaduan dan pemberdayaan komuniti. Projek ini menjadi bukti bahawa bila sesuatu… [more]

Ada sesuatu yang luar biasa bila sesuatu projek dibina ‘dengan tangan sendiri‘. Bukan sekadar hasilnya lebih kukuh, tetapi rasa tanggungjawab dan kasih terhadap apa yang dibina jadi lebih mendalam. Itulah… [more]

Tanpa sedar, bulan Rejab kembali menyapa. Bulan ini merupakan pembuka tirai kepada bulan-bulan mulia: Rejab, Syaaban dan Ramadan. Ia adalah masa terbaik untuk muhasabah, bertaubat dan memperbanyak amalan, agar kita… [more]

Bila hujan turun, kita diajar untuk bersyukur kerana ia adalah rahmat dari Allah SWT. Namun apabila hujan terlalu lebat hingga bawa mudarat seperti banjir, tanah runtuh atau kesukaran untuk keluar,… [more]

Ramai yang keliru, siapa sebenarnya yang wajib bayar fidyah bila tidak dapat berpuasa? Fidyah bukan sekadar ganti biasa. Terdapat hukum khusus yang ditetapkan syarak, terutama untuk orang yang tidak mampu… [more]

Musim tengkujuh dah bermula. Ramai yang mula risau apabila hujan lebat tak henti-henti, sungai mula melimpah, dan berita banjir semakin banyak. Dalam keadaan cemas, barang asas inilah yang akan menjadi… [more]