Updates

Astro & Yayasan Ikhlas Meriahkan Syawal Mangsa Banjir di PPS SMK Sri Gading

Astro & Yayasan Ikhlas Meriahkan Syawal Mangsa Banjir di PPS SMK Sri Gading

Batu Pahat, 13 April 2025 – Dalam suasana Syawal yang biasanya diwarnai dengan kemeriahan dan kasih sayang keluarga, seramai 163 mangsa banjir daripada 52 keluarga masih berteduh di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Sri Gading sejak 5 April lalu. Namun, di sebalik cabaran yang melanda, satu sinar kegembiraan telah berjaya disemai buat anak-anak yang terkesan melalui inisiatif kerjasama Yayasan Ikhlas dan Astro.

Sebanyak 30 orang kanak-kanak yang berada di PPS telah disantuni menerusi aktiviti Psikologikal First Aid (PFA) yang menggunakan Modul Kit Emosi – pendekatan yang memberi ruang kepada anak-anak ini untuk mengenal, memahami, dan meluahkan emosi dengan cara yang positif dan membina.

Pelbagai aktiviti interaktif telah dijalankan oleh sukarelawan seperti sesi ekspresi emosi, lukisan dan permainan berkonsepkan terapi seni. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan memulihkan kestabilan emosi mereka selepas melalui situasi cemas dan kehilangan tempat tinggal.

Walaupun masih berada dalam suasana tidak menentu, senyuman dan gelak tawa anak-anak ini telah menjadi bukti bahawa sokongan emosi yang berterusan sangat penting dalam proses pemulihan pasca bencana. Keceriaan yang terpancar juga menunjukkan keberkesanan pendekatan yang menyentuh aspek kesihatan mental kanak-kanak mangsa banjir.

Yayasan Ikhlas merakamkan penghargaan kepada para sukarelawan dan rakan kolaborasi seperti Astro yang telah memberikan masa, tenaga dan kasih sayang kepada anak-anak ini. Moga usaha kecil ini menjadi pemangkin kekuatan untuk mereka dan keluarga kembali bangkit serta memulakan hidup baharu dengan semangat yang lebih kuat.

Sertai Telegram Yayasan Ikhlas untuk ikuti perkembangan terkini misi kemanusiaan kami

You may interested in other post:

Di pedalaman Kg Kilugus, sebuah Sekolah Agama Rakyat telah berjaya dibina menjadi realiti. Bukan sekadar bangunan, tetapi lambang hasrat, perpaduan dan pemberdayaan komuniti. Projek ini menjadi bukti bahawa bila sesuatu… [more]

Ada sesuatu yang luar biasa bila sesuatu projek dibina ‘dengan tangan sendiri‘. Bukan sekadar hasilnya lebih kukuh, tetapi rasa tanggungjawab dan kasih terhadap apa yang dibina jadi lebih mendalam. Itulah… [more]

Tanpa sedar, bulan Rejab kembali menyapa. Bulan ini merupakan pembuka tirai kepada bulan-bulan mulia: Rejab, Syaaban dan Ramadan. Ia adalah masa terbaik untuk muhasabah, bertaubat dan memperbanyak amalan, agar kita… [more]

Bila hujan turun, kita diajar untuk bersyukur kerana ia adalah rahmat dari Allah SWT. Namun apabila hujan terlalu lebat hingga bawa mudarat seperti banjir, tanah runtuh atau kesukaran untuk keluar,… [more]

Ramai yang keliru, siapa sebenarnya yang wajib bayar fidyah bila tidak dapat berpuasa? Fidyah bukan sekadar ganti biasa. Terdapat hukum khusus yang ditetapkan syarak, terutama untuk orang yang tidak mampu… [more]

Musim tengkujuh dah bermula. Ramai yang mula risau apabila hujan lebat tak henti-henti, sungai mula melimpah, dan berita banjir semakin banyak. Dalam keadaan cemas, barang asas inilah yang akan menjadi… [more]