Article

Amalan Sunat Hari Arafah: Gandakan Pahala di Hari Mulia

Amalan Sunat Hari Arafah: Gandakan Pahala di Hari Mulia
Infografik amalan sunat Hari Arafah termasuk puasa, doa, zikir, muhasabah, membaca Al-Quran dan bersedekah
Senarai amalan sunat terbaik pada Hari Arafah untuk gandakan pahala dan mohon keampunan Allah SWT

Hari Arafah merupakan hari pelepasan daripada api neraka dengan Allah melepaskan daripada azab api neraka bagi mereka yang wukuf di Arafah dan kaum muslimin di negara lain yang tidak berwukuf.

Bagi yang tidak mengerjakan haji, kita masih boleh rebut pahala melalui amalan sunat Hari Arafah. Kerana kesemuanya layak mendapat keampunan dosa dan terlepas daripada azab api neraka pada hari Arafah.

1. Puasa Sunat Hari Arafah

Berpuasa pada 9 Zulhijjah adalah antara amalan paling besar ganjarannya bagi yang tidak mengerjakan ibadah haji.

Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang. Riwayat Muslim (1977)

2. Berdoa Sepenuh Hati

Berdoa pada hari wukuf adalah amalan yang terbaik kerana Ia merupakan waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan. Doa untuk diri, ibu bapa, keluarga, rezeki, kesihatan & keampunan.

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.
Riwayat al-Tirmizi (3509)

Baca artikel penuh: Doa Hari Arafah: Waktu Mustajab Untuk Memohon Segala Hajat

3. Berzikir

Zikir adalah senjata hati. Sepanjang Hari Arafah, digalakkan ulang:

  • Subhanallah
  • Alhamdulillah
  • La ilaha illallah
  • Allahu Akbar

Zikir bukan sekadar sebutan, ia juga menghidupkan jiwa & melembutkan hati. Amalkan sambil berjalan, bekerja, atau menunggu waktu berbuka.

4. Muhasabah Diri & Taubat

Hari Arafah adalah hari keampunan. Luangkan masa bersendirian untuk muhasabah diri, perbaharui niat dan perbanyakkan taubat serta mohon petunjuk dari Allah SWT.

5. Membaca Al-Quran

Hari Arafah adalah masa paling sesuai untuk dekatkan diri dengan Allah melalui kalam-Nya.

📌 Bacaan Al-Quran bukan sekadar ibadah, tapi juga sumber ketenangan, hidayah dan keberkatan.
📌 Tetapkan target walaupun hanya beberapa halaman. Lagi baik jika disertakan tadabbur (faham makna) & amalkan isi kandungannya.

6. Bersedekah

Hari Arafah juga masa terbaik untuk bersedekah, walaupun dengan jumlah kecil. Ganjaran dilipatgandakan dan ia dapat menyucikan harta serta membuka pintu rezeki.


خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا

Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk);
At-Taubah:103

Jangan Terlepas Hari Arafah

Hari Arafah datang setahun sekali. Hari yang Allah buka pintu langit-Nya untuk hamba-hambanya. Gandakan pahala, bersihkan jiwa dan semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita. Amin.

You may interested in other post:

Di pedalaman Kg Kilugus, sebuah Sekolah Agama Rakyat telah berjaya dibina menjadi realiti. Bukan sekadar bangunan, tetapi lambang hasrat, perpaduan dan pemberdayaan komuniti. Projek ini menjadi bukti bahawa bila sesuatu… [more]

Ada sesuatu yang luar biasa bila sesuatu projek dibina ‘dengan tangan sendiri‘. Bukan sekadar hasilnya lebih kukuh, tetapi rasa tanggungjawab dan kasih terhadap apa yang dibina jadi lebih mendalam. Itulah… [more]

Tanpa sedar, bulan Rejab kembali menyapa. Bulan ini merupakan pembuka tirai kepada bulan-bulan mulia: Rejab, Syaaban dan Ramadan. Ia adalah masa terbaik untuk muhasabah, bertaubat dan memperbanyak amalan, agar kita… [more]

Bila hujan turun, kita diajar untuk bersyukur kerana ia adalah rahmat dari Allah SWT. Namun apabila hujan terlalu lebat hingga bawa mudarat seperti banjir, tanah runtuh atau kesukaran untuk keluar,… [more]

Ramai yang keliru, siapa sebenarnya yang wajib bayar fidyah bila tidak dapat berpuasa? Fidyah bukan sekadar ganti biasa. Terdapat hukum khusus yang ditetapkan syarak, terutama untuk orang yang tidak mampu… [more]

Musim tengkujuh dah bermula. Ramai yang mula risau apabila hujan lebat tak henti-henti, sungai mula melimpah, dan berita banjir semakin banyak. Dalam keadaan cemas, barang asas inilah yang akan menjadi… [more]