Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas terus komited untuk membantu golongan asnaf dan keluarga yang memerlukan di seluruh Malaysia.

Lebih 4,000 Keluarga Menerima Manfaat
Untuk tahun 2026, sebanyak 4,030 keluarga telah menerima bantuan di 8 buah negeri, melibatkan agihan berikut:
- Perlis – 200 keluarga
- Sabah – 1,000 keluarga
- Negeri Sembilan – 300 keluarga
- Kedah – 780 keluarga
- Johor – 355 keluarga
- Kuala Lumpur – 175 keluarga
- Selangor – 600 keluarga
- Perak – 420 keluarga
Program ini memberi fokus kepada bantuan keperluan asas bagi membantu keluarga menjalani Ramadan dengan lebih tenang dan bermakna.
Kerjasama Berterusan Sejak 2021
Kerjasama antara Yayasan Ikhlas dan Maybank Islamic bukanlah sesuatu yang baharu. Sejak tahun 2021, program Ramadhan Relief ini telah dilaksanakan secara konsisten dan menerima kepercayaan berterusan daripada pihak penaja.
Bagi tahun 2026, Maybank Islamic telah memperuntukkan sebanyak:
RM1,007,500.00untuk diagihkan kepada 4,030 penerima di seluruh negara.

Satellite Event Kedah: Simbolik Kebersamaan
Sebagai sebahagian daripada program ini, Satellite Event Regional Ramadhan Relief 2026 telah diadakan di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 15 Februari 2026 (Ahad) yang lalu.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran tokoh-tokoh penting daripada pelbagai organisasi. Kehadiran para VIP ini mencerminkan kerjasama erat antara NGO, institusi kewangan dan agensi agama dalam memastikan bantuan sampai kepada golongan yang memerlukan.
🔹 Yayasan Ikhlas
- Prof. Dr. Azmi bin Mad Nor – Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah
- Ir. Tuan Haji Kamaruddin bin Kassim – Pengarah Bahagian Korporat
- Syafiq Syahmi bin Sazali – Ketua Jabatan Perhubungan Korporat
- Fuzai Syahir bin Mohamad Fuad – Ketua Jabatan Pengurusan Projek Korporat
- Dr. Murizah bt Mohd Zain – Duta Yayasan Ikhlas
🔹 Maybank Islamic Berhad
- Dato’ Zulkiflee Abbas bin Abdul Hamid – Pengerusi MIB
- Datuk Zainal Izlan bin Zainal Abidin – Lembaga Pengarah MIB
- Mohamad Yasin Abdullah – Ketua Pegawai Eksekutif MIB
- Shukor bin Mohd Nor – Pegawai Bertanggungjawab (OIC) bagi Pengarah Wilayah Penang, Kedah dan Perlis (PKP)
🔹 Institusi & Komuniti
- Dr. Mohd Faisal Bin Mustaffa – Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) Lembaga Zakat Negeri Kedah
- Ustaz Badrul Hafiz bin Mustafa Kamil – Imam / Pengerusi Masjid Sultanah Bahiyah

“Dari Komuniti Untuk Komuniti”
Program ini bukan sekadar penyaluran bantuan, tetapi juga simbol kebersamaan masyarakat. Setiap sumbangan yang diberikan membawa harapan baharu kepada penerima, terutama dalam menghadapi bulan Ramadan yang penuh cabaran.
Program Ramadhan Relief 2026 membuktikan bahawa dengan kerjasama strategik antara Yayasan Ikhlas dan Maybank Islamic, lebih ramai keluarga dapat dibantu setiap tahun.
Semoga usaha ini terus berkembang dan memberi manfaat kepada lebih ramai penerima pada masa akan datang.

