Article

10 Barang Wajib Ada Hadapi Musim Banjir

10 Barang Wajib Ada Hadapi Musim Banjir

Musim tengkujuh dah bermula. Ramai yang mula risau apabila hujan lebat tak henti-henti, sungai mula melimpah, dan berita banjir semakin banyak. Dalam keadaan cemas, barang asas inilah yang akan menjadi penyelamat. Jangan tunggu saat akhir, sediakan kit banjir anda sekarang!

Infografik 10 barang wajib dalam kit kecemasan musim banjir termasuk beg kalis air, lampu suluh, power bank, air minuman dan makanan tahan lama
Kit kecemasan banjir ini boleh selamatkan nyawa. Pastikan anda dan keluarga bersedia dengan 10 barang asas ini!

Apa Itu Kit Banjir?

Kit banjir ialah satu beg keperluan kecemasan yang boleh disimpan di rumah atau dibawa semasa pindah ke pusat pemindahan sementara (PPS). Atau boleh dikenali sebagai Bug Out Bag (BOB). Ianya mudah, cepat dicapai, dan sangat berguna ketika waktu kecemasan. Ia juga dapat membantu anda dan keluarga untuk kekal selamat dan bertahan sementara menunggu bantuan.

Baca artikel berkaitan: Persediaan Awal, Beg Kecemasan Mampu Survival Selamatkan Mangsa Banjir

✅ 10 Barang Penting Yang Wajib Ada

  1. Beg kalis air
  2. Lampu suluh
  3. Power bank
  4. Air minuman
  5. Wisel
  6. Pelitup muka
  7. Baju hujan / ponco
  8. Dokumen penting
  9. Wang tunai
  10. Makanan tahan lama

Tip Tambahan

  • Letak beg kecemasan di tempat mudah capai
  • Label setiap barang untuk rujukan cepat
  • Semak kandungan kit setiap 3-6 bulan

Tiada siapa mahu ditimpa musibah, tetapi langkah bijak bermula dengan persediaan. Kit kecemasan ini nampak biasa, tetapi dalam waktu genting, ia boleh membantu anda kekal tenang dan selamat.

Mulakan sekarang. Bukan esok, bukan lusa. Banjir tidak tunggu kita bersedia.

You may interested in other post:

Pernah dengar tentang infak subuh? Ramai yang mula amalkan, tetapi masih ramai juga yang belum tahu kelebihan sebenar amalan ini. Hakikatnya, infak subuh bukan sekadar sedekah biasa, ia adalah amalan… [more]

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas… [more]

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi… [more]

“Kenapa mulut cepat berbau bila berpuasa?” Soalan ini sering timbul setiap kali tibanya Ramadan. Ramai yang beranggapan bau mulut ketika berpuasa berpunca daripada cara memberus gigi yang tidak betul. Namun… [more]

Lailatul Qadr adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Namun, bagaimana cara sebenar untuk memburu Lailatul Qadr? Artikel ini mengupas amalan penting melalui pendekatan uzlah, tazkiyah dan tafakkur. Malam… [more]

Apabila Ramadan menghampiri penghujungnya, umat Islam memasuki fasa yang paling istimewa dalam bulan yang penuh keberkatan ini iaitu 10 malam terakhir Ramadan. Inilah waktu di mana Rasulullah SAW meningkatkan ibadah… [more]