Updates

CSR bersama Maybank Islamic: 710 Keluarga Sabah Terima Bantuan Ramadan 2025

CSR bersama Maybank Islamic: 710 Keluarga Sabah Terima Bantuan Ramadan 2025

SEMPORNA, SABAH – Walaupun Ramadan telah melabuhkan tirainya, impaknya masih terasa buat lebih 700 keluarga di Sabah. Program Ramadan Relief Serantau 2025, hasil kerjasama antara Yayasan Ikhlas dan Maybank Islamic, telah berjaya menyantuni komuniti luar bandar dengan bantuan keperluan asas yang sangat diperlukan.

Yayasan Ikhlas telah dipilih sebagai lokasi utama acara satelit (Satellite Event) bagi program ini menandakan pengiktirafan terhadap usaha berterusan organisasi ini dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat pedalaman.

Kg Sri Kuala Bibang, Semporna: Lokasi Utama Perasmian Bantuan Ramadan

Majlis simbolik penyerahan bantuan telah berlangsung di Kg Sri Kuala Bibang, Semporna, dan dihadiri oleh Lembaga Pengarah serta Pengurusan Tertinggi Maybank Islamic, termasuk wakil dari cawangan Semporna dan Tawau.

Seramai 80 keluarga penerima diraikan dalam majlis tersebut, selain penyampaian sumbangan dana khas Maybank Islamic untuk pembangunan komuniti kampung tersebut.

Baca artikel berkaitan : Kempen Kasih Ramadan santuni asnaf, menyemai kebahagiaan

710 Keluarga Disantuni di 5 Daerah Utama Sabah

Projek Ramadan Relief ini berjaya mengagihkan bantuan kepada:

  • Semporna
  • Tawau
  • Sandakan
  • Kuala Penyu
  • Beaufort

Secara keseluruhan, seramai 710 keluarga telah menerima manfaat daripada bantuan Ramadan ini, dengan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM177,500.00.

Komitmen Berterusan Selepas Ramadan

Walaupun Ramadan telah berlalu, Yayasan Ikhlas komited meneruskan misi menyantuni komuniti yang memerlukan. Program seperti ini bukan hanya hadir sebagai reaksi bermusim, tetapi sebahagian daripada usaha jangka panjang membina jaringan sokongan sosial di kawasan kurang mendapat akses.

Penghargaan Buat Maybank Islamic

Yayasan Ikhlas menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan dan sokongan berterusan daripada Maybank Islamic. Kerjasama ini membuktikan bahawa apabila institusi kewangan dan NGO berganding bahu, lebih ramai masyarakat yang akan menerima manfaat — walaupun selepas berlalunya bulan yang mulia.

You may interested in other post:

“Jangan makan banyak daging korban tu, nanti darah tinggi naik!“ Ayat ini pasti biasa kita dengar daripada ahli keluarga setiap kali Aidiladha tiba. Tetapi, sejauh manakah kebenarannya? Adakah daging merah… [more]

Ibadah korban merupakan sebuah manifestasi ketaatan yang agung daripada seorang hamba kepada Penciptanya. Walau bagaimanapun, dalam kesungguhan kita untuk meraih pahala, pelaksanaannya memerlukan ketelitian yang tinggi agar tidak menimbulkan fitnah… [more]

Pernah dengar tentang infak subuh? Ramai yang mula amalkan, tetapi masih ramai juga yang belum tahu kelebihan sebenar amalan ini. Hakikatnya, infak subuh bukan sekadar sedekah biasa, ia adalah amalan… [more]

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas… [more]

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi… [more]

“Kenapa mulut cepat berbau bila berpuasa?” Soalan ini sering timbul setiap kali tibanya Ramadan. Ramai yang beranggapan bau mulut ketika berpuasa berpunca daripada cara memberus gigi yang tidak betul. Namun… [more]