Article

“Cahaya Surau Menarik Saya” Kisah Pemuda Orang Asli Memeluk Islam

“Cahaya Surau Menarik Saya” Kisah Pemuda Orang Asli Memeluk Islam

“Pada tahun 2000-an, kampung kami masih tiada elektrik. Hanya surau yang ada lampu kerana adanya generator,” kenang Ustaz Syukri Yahya. “Cahaya dari surau itu sentiasa menarik saya ke sana, dan saya seronok melihat orang belajar mengaji di dalamnya.”

“Alhamdulillah Allah izin saya masuk Islam. Walaupun ibu bapa saya belum memeluk Islam, saya yakin mereka akan mengucapkan Kalimah Syahadah suatu hari nanti,” ujar Ustaz Syukri penuh harapan.

Inilah perjalanan Ustaz Syukri Yahya, seorang mualaf dari Kuala Mu, yang kini dianugerahkan sebagai Ikon Pelajar Mualaf sempena Majlis Istiadat Konvokesyen ke-3 Program Pensijilan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Sejak memeluk Islam pada 2016, semangat dan kecekalan beliau untuk belajar dan berdakwah di kalangan komuniti Orang Asli sangat menginspirasi.

Semoga anugerah ini menjadi pembakar semangat buat Ustaz Syukri dan anak muda lain untuk terus memberi manfaat dan membawa perubahan positif kepada ummah.

Rakan Kemanusiaan Anda,

Yayasan Ikhlas


Bersama bantu kami menyantuni 300 komuniti Orang Asli dengan melayari

You may interested in other post:

Sedekah tidak hanya dilakukan oleh mereka yang memiliki banyak harta. Kadangkala, nilai sedekah bukan terletak pada jumlah yang diberikan, tetapi pada keikhlasan hati dan manfaat yang sampai kepada orang lain…. [more]

RHB Islamic memperuntukkan RM300,000 bagi melaksanakan Projek Pembangunan Sistem Air Bersih dan Tenaga Solar bersama Yayasan Ikhlas di Kampung Telinting, Papar, Sabah. Projek ini memberi manfaat kepada kira-kira 130 penduduk… [more]

Alhamdulillah, pada 20 Julai 2026, Yayasan Ikhlas telah mengadakan satu sesi perbincangan strategik bersama Borenos Fried Chicken yang berlangsung di Amazing Borneo Tours. Borenos Fried Chicken merupakan jenama makanan segera… [more]

SEMPORNA, 17 Julai 2026 – Para pelajar Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda (PPIAH) Pekan 2 telah mengadakan lawatan pendidikan ke Perpustakaan Semporna bersempena dengan pelaksanaan Program Bulan Membaca PPIAH. Lawatan ini… [more]

Bencana alam, terutamanya banjir besar, tidak pernah memberikan amaran awal sebelum ia melanda. Ketika air mula naik secara mendadak dan arus deras mula mengancam keselamatan, kebanyakan daripada kita akan segera… [more]

Sebagai manusia, kita tidak pernah lari daripada menghadapi pelbagai ujian hidup. Ada tikanya kita berasa sesak dengan bebanan kerja, pening memikirkan urusan kewangan keluarga, atau sedang diuji dengan masalah kesihatan… [more]