Article

Banjir Terburuk Dalam 10 Tahun Melanda Kampung Orang Asli, Perak

Banjir Terburuk Dalam 10 Tahun Melanda Kampung Orang Asli, Perak

Lebih daripada 35 keluarga Orang Asli di Kampung Chenein dan Kampung Jong, Lasah, Perak, telah terperangkap akibat banjir besar yang berlaku 14 Oktober yang lalu. Paras air yang naik dengan cepat sejak jam 3 pagi memaksa 170 penduduk daripada sembilan keluarga untuk mencari perlindungan di kawasan lebih selamat.

Banjir Luar Biasa dan Impaknya

Menurut penduduk tempatan, banjir kali ini adalah yang terburuk selepas kejadian pada tahun 2014. Zalinah Zabidi, 35, salah seorang mangsa, berkongsi pengalaman beliau ketika rumahnya yang diperbuat daripada buluh dihanyutkan air. “Ketika paras air naik dengan cepat, suami saya terpaksa memikul anak bongsu berusia tiga tahun di bahu untuk keluar menyelamatkan diri. Air sangat deras dan suasana gelap, kami juga risau tentang haiwan berbisa,” katanya.

Artikel berkaitan: Banjir APM sebagai first responder

Bantuan Kecemasan dan Tindakan Pantas

Sehingga jam 3 petang semalam, paras air di kampung-kampung tersebut telah mulai surut, namun penduduk masih berjaga-jaga kerana gelombang kedua mungkin melanda. Pelbagai agensi seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan NGO telah bertindak pantas menghulurkan bantuan kecemasan.Yayasan Ikhlas Ipoh juga tidak ketinggalan dalam menyumbangkan hampir 1,000 helai pakaian kepada mangsa banjir di kawasan tersebut.

Keperluan Bantuan Segera

Bantuan yang diperlukan segera oleh penduduk adalah bekalan makanan asas, pakaian, dan alatan kebersihan. Selain itu, projek jangka panjang seperti pembaikan rumah dan bekalan air bersih juga penting untuk membantu penduduk selepas banjir surut.

Peringatan Keselamatan Diri Semasa Banjir

Banjir boleh berlaku dengan pantas dan membawa risiko yang tinggi kepada keselamatan diri dan harta benda. Oleh itu, sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga semasa air banjir yang deras naik.

Ketahui bagaimana diri anda dan keluarga lebih selamat ketika banjir, Klik Sini

Jom bersama membantu kami dalam misibantuan.com bagi menghulurukan bantuan kepada mereka yang sedang dilanda bencana.

Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda.

 

You may interested in other post:

Pernah dengar tentang infak subuh? Ramai yang mula amalkan, tetapi masih ramai juga yang belum tahu kelebihan sebenar amalan ini. Hakikatnya, infak subuh bukan sekadar sedekah biasa, ia adalah amalan… [more]

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas… [more]

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi… [more]

“Kenapa mulut cepat berbau bila berpuasa?” Soalan ini sering timbul setiap kali tibanya Ramadan. Ramai yang beranggapan bau mulut ketika berpuasa berpunca daripada cara memberus gigi yang tidak betul. Namun… [more]

Lailatul Qadr adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Namun, bagaimana cara sebenar untuk memburu Lailatul Qadr? Artikel ini mengupas amalan penting melalui pendekatan uzlah, tazkiyah dan tafakkur. Malam… [more]

Apabila Ramadan menghampiri penghujungnya, umat Islam memasuki fasa yang paling istimewa dalam bulan yang penuh keberkatan ini iaitu 10 malam terakhir Ramadan. Inilah waktu di mana Rasulullah SAW meningkatkan ibadah… [more]