Article

Hari Malaysia 2024, Kebersamaan Asas Kekuatan

Hari Malaysia 2024, Kebersamaan Asas Kekuatan

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Buat rakan-rakan seperjuangan, dan seluruh rakyat Malaysia yang dikasihi.

Hari Malaysia adalah peristiwa yang sangat bermakna, hari yang melambangkan keindahan hidup bernegara dan diwarnai dengan kepelbagaian kaum, agama, dan budaya yang telah membina negara Malaysia yang tercinta.

Hari ini, kita tidak hanya mengimbau sejarah penyatuan negara, tetapi juga mengukuhkan nilai kebersamaan yang menjadi asas kekuatan kita sebagai rakyat Malaysia.

Dalam semangat perpaduan inilah, Yayasan Ikhlas berdiri sebagai sebuah organisasi yang prihatin dan komited dalam meringankan bebanan yang dipikul oleh masyarakat yang memerlukan.

Melalui sumbangan dari pelbagai pihak , Yayasan Ikhlas telah berjaya menyampaikan bantuan kepada lebih 30,000 orang penerima manfaat di seluruh negara — di antaranya pelajar yang memerlukan dana pendidikan, komuniti yang mendapat akses kepada air bersih, serta pesakit dan mangsa bencana yang mendapat bantuan perubatan dan pemulihan.

Setiap sumbangan ini bukan sekadar bantuan material, tetapi juga harapan untuk kehidupan yang lebih baik.

Yayasan Ikhlas percaya bahawa semangat Malaysia yang kita raikan hari ini adalah semangat kepedulian terhadap sesama insan, tanpa mengira kaum, agama, atau latar belakang.

Kami amat menghargai kepercayaan masyarakat kepada Yayasan Ikhlas selama ini. Kepercayaan ini adalah satu amanah besar yang kami pikul dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.

Setiap bantuan yang disalurkan akan terus digunakan dengan penuh integriti, ketelusan, dan keikhlasan, kerana kami yakin bahawa hanya dengan keyakinan dan sokongan padu daripada semua lapisan masyarakat, kita mampu memperluaskan lagi capaian bantuan kepada lebih ramai yang memerlukan.

Bersempena Hari Malaysia ini, marilah bersama kita semarakkan semangat perpaduan ini, memperkuatkan sokongan dan kepercayaan bersama dalam usaha meluaskan capaian kepada mereka yang memerlukan.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama dengan kami dalam perjalanan ini. Marilah kita berbakti kepada tanah air tercinta demi kesejahteraan bersama.

Selamat Hari Malaysia.

Terima kasih.

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
Pengerusi Yayasan Ikhlas.

You may interested in other post:

Pernah dengar tentang infak subuh? Ramai yang mula amalkan, tetapi masih ramai juga yang belum tahu kelebihan sebenar amalan ini. Hakikatnya, infak subuh bukan sekadar sedekah biasa, ia adalah amalan… [more]

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas… [more]

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi… [more]

“Kenapa mulut cepat berbau bila berpuasa?” Soalan ini sering timbul setiap kali tibanya Ramadan. Ramai yang beranggapan bau mulut ketika berpuasa berpunca daripada cara memberus gigi yang tidak betul. Namun… [more]

Lailatul Qadr adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Namun, bagaimana cara sebenar untuk memburu Lailatul Qadr? Artikel ini mengupas amalan penting melalui pendekatan uzlah, tazkiyah dan tafakkur. Malam… [more]

Apabila Ramadan menghampiri penghujungnya, umat Islam memasuki fasa yang paling istimewa dalam bulan yang penuh keberkatan ini iaitu 10 malam terakhir Ramadan. Inilah waktu di mana Rasulullah SAW meningkatkan ibadah… [more]