Updates

Nuraina Humaira, Kehilangan Yang Berakhir Penuh Tragis

Nuraina Humaira, Kehilangan Yang Berakhir Penuh Tragis

Seorang ibu sentiasa berdoa agar anaknya dilindungi, namun kadangkala, takdir berbicara sebaliknya.

Adik Nuraina, sama seperti anak-anak kita yang lain—ceria, berlari riang, dan meneroka dunia dengan penuh kegembiraan. Namun, kehidupan adik ini berakhir dengan penuh tragis. Kehilangannya yang bermula pada petang Jumaat telah menamatkan sebuah kisah hidup apabila beliau ditemukan mati keesokan harinya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di  kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu. Allahyarham disyaki mati akibat dibunuh selain turut disyaki dirogol.

Kehilangan ini pastinya satu tamparan hebat buat keluarga Adik Nuraina dan amat memilukan.

Kanak-Kanak Lembam Yang Istimewa

Adik Nuraina merupakan salah seorang kanak-kanak lembam. Menurut Kamus Dewan, lembam merujuk kepada kekurangan dalam kekuatan dan kemampuan menerima pelajaran. Adik Nuraina termasuk dalam kategori Orang Kelainan Upaya (OKU).

Walaupun Adik Nuraina mungkin agak lambat dalam pembelajaran berbanding kanak-kanak lain, tiada siapa yang dapat menafikan menafikan kesungguhannya ketika mengikuti Kelas Mengaji Al- Husna  di surau Kampung Bersah, Pos Kuala Mu yang diusahakan hasil sumbangan  Yayasan Ikhlas.  Setiap kali kelas diadakan, adik ini hadir dengan penuh keazaman. Walaupun perlahan-lahan dalam membaca setiap patah kata dalam buku Iqra’, kesungguhannya nyata mencerminkan kejujuran dan keikhlasan hatinya.

Ayah Allahyarham, Rosli Mahadi, yang masih terkesan dengan tragedi yang berlaku, berkata, “Dia anak sulung kami, sangat rajin menjaga adiknya. Tak sangka dia pergi dulu dari saya,” lirih matanya penuh sayu.

Tenang dan damailah, Adik Nuraina Humairah, di alam sana. Sungguh, Allah telah memberimu kemuliaan di sebalik semua yang berlaku.

“Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya dan memberikan kekuatan kepada ayahanda dan bondanya dalam menerima takdir Ilahi.”

Al-Fatihah buat arwah Adik Nuraina Humairah. Namanya yang indah seindah budi pekertinya di dunia ini. Moga syurga buatmu.

You may interested in other post:

Pernah dengar tentang infak subuh? Ramai yang mula amalkan, tetapi masih ramai juga yang belum tahu kelebihan sebenar amalan ini. Hakikatnya, infak subuh bukan sekadar sedekah biasa, ia adalah amalan… [more]

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas… [more]

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi… [more]

“Kenapa mulut cepat berbau bila berpuasa?” Soalan ini sering timbul setiap kali tibanya Ramadan. Ramai yang beranggapan bau mulut ketika berpuasa berpunca daripada cara memberus gigi yang tidak betul. Namun… [more]

Lailatul Qadr adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Namun, bagaimana cara sebenar untuk memburu Lailatul Qadr? Artikel ini mengupas amalan penting melalui pendekatan uzlah, tazkiyah dan tafakkur. Malam… [more]

Apabila Ramadan menghampiri penghujungnya, umat Islam memasuki fasa yang paling istimewa dalam bulan yang penuh keberkatan ini iaitu 10 malam terakhir Ramadan. Inilah waktu di mana Rasulullah SAW meningkatkan ibadah… [more]