Updates

Program Regional Ramadhan Relief 2026: 4,030 Keluarga Terima Bantuan Di 8 Negeri

Program Regional Ramadhan Relief 2026: 4,030 Keluarga Terima Bantuan Di 8 Negeri

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas terus komited untuk membantu golongan asnaf dan keluarga yang memerlukan di seluruh Malaysia.

Datuk Zainal Izlan bin Zainal Abidin, Lembaga Pengarah Maybank Islamic Berhad (MIB) sedang menyantuni salah seorang penerima bantuan Ramadhan Regional Relief Maybank Islamic di Alor Setar, Kedah. Turut bersama beliau, Ir Hj Kamaruddin Kassin, Pengarah Bahagian Korporat Yayasan Ikhlas

Lebih 4,000 Keluarga Menerima Manfaat

Untuk tahun 2026, sebanyak 4,030 keluarga telah menerima bantuan di 8 buah negeri, melibatkan agihan berikut:

  • Perlis – 200 keluarga
  • Sabah – 1,000 keluarga
  • Negeri Sembilan – 300 keluarga
  • Kedah – 780 keluarga
  • Johor – 355 keluarga
  • Kuala Lumpur – 175 keluarga
  • Selangor – 600 keluarga
  • Perak – 420 keluarga

Program ini memberi fokus kepada bantuan keperluan asas bagi membantu keluarga menjalani Ramadan dengan lebih tenang dan bermakna.

Kerjasama Berterusan Sejak 2021

Kerjasama antara Yayasan Ikhlas dan Maybank Islamic bukanlah sesuatu yang baharu. Sejak tahun 2021, program Ramadhan Relief ini telah dilaksanakan secara konsisten dan menerima kepercayaan berterusan daripada pihak penaja.

Bagi tahun 2026, Maybank Islamic telah memperuntukkan sebanyak:
RM1,007,500.00untuk diagihkan kepada 4,030 penerima di seluruh negara.

Dari kiri: Shukor bin Mohd Nor, Pegawai OIC bagi Pengarah Wilayah Penang, Kedah dan Perlis, Ustaz Badrul Hafiz Bin Mustafa Kamil, Imam/Pengerusi Masjid Sultanah Bahiyah, Mohamad Yasin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif MIB, Dato’ Zulkiflee Abbas bin Abdul Hamid, Pengerusi MIB, Datuk Zainal Izlan bin Zainal Abidin, Lembaga Pengarah MIB, Prof Dr Azmi bin Mad Nor, Pengerusi Yayasan Ikhlas, dan Dr. Mohd Faisal Bin Mustaffa, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) Lembaga Zakat Negeri Kedah bergambar bersama penerima sumbangan dalam majlis Regional Ramadhan Relief 2026 di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah

Satellite Event Kedah: Simbolik Kebersamaan

Sebagai sebahagian daripada program ini, Satellite Event Regional Ramadhan Relief 2026 telah diadakan di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 15 Februari 2026 (Ahad) yang lalu.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran tokoh-tokoh penting daripada pelbagai organisasi. Kehadiran para VIP ini mencerminkan kerjasama erat antara NGO, institusi kewangan dan agensi agama dalam memastikan bantuan sampai kepada golongan yang memerlukan.

🔹 Yayasan Ikhlas

  • Prof. Dr. Azmi bin Mad Nor – Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah
  • Ir. Tuan Haji Kamaruddin bin Kassim – Pengarah Bahagian Korporat
  • Syafiq Syahmi bin Sazali – Ketua Jabatan Perhubungan Korporat
  • Fuzai Syahir bin Mohamad Fuad – Ketua Jabatan Pengurusan Projek Korporat
  • Dr. Murizah bt Mohd Zain – Duta Yayasan Ikhlas

🔹 Maybank Islamic Berhad

  • Dato’ Zulkiflee Abbas bin Abdul Hamid – Pengerusi MIB
  • Datuk Zainal Izlan bin Zainal Abidin – Lembaga Pengarah MIB
  • Mohamad Yasin Abdullah – Ketua Pegawai Eksekutif MIB
  • Shukor bin Mohd Nor – Pegawai Bertanggungjawab (OIC) bagi Pengarah Wilayah Penang, Kedah dan Perlis (PKP)

🔹 Institusi & Komuniti

  • Dr. Mohd Faisal Bin Mustaffa – Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) Lembaga Zakat Negeri Kedah
  • Ustaz Badrul Hafiz bin Mustafa Kamil – Imam / Pengerusi Masjid Sultanah Bahiyah

“Dari Komuniti Untuk Komuniti”

Program ini bukan sekadar penyaluran bantuan, tetapi juga simbol kebersamaan masyarakat. Setiap sumbangan yang diberikan membawa harapan baharu kepada penerima, terutama dalam menghadapi bulan Ramadan yang penuh cabaran.

Program Ramadhan Relief 2026 membuktikan bahawa dengan kerjasama strategik antara Yayasan Ikhlas dan Maybank Islamic, lebih ramai keluarga dapat dibantu setiap tahun.

Semoga usaha ini terus berkembang dan memberi manfaat kepada lebih ramai penerima pada masa akan datang.

You may interested in other post:

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas… [more]

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi… [more]

“Kenapa mulut cepat berbau bila berpuasa?” Soalan ini sering timbul setiap kali tibanya Ramadan. Ramai yang beranggapan bau mulut ketika berpuasa berpunca daripada cara memberus gigi yang tidak betul. Namun… [more]

Lailatul Qadr adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Namun, bagaimana cara sebenar untuk memburu Lailatul Qadr? Artikel ini mengupas amalan penting melalui pendekatan uzlah, tazkiyah dan tafakkur. Malam… [more]

Apabila Ramadan menghampiri penghujungnya, umat Islam memasuki fasa yang paling istimewa dalam bulan yang penuh keberkatan ini iaitu 10 malam terakhir Ramadan. Inilah waktu di mana Rasulullah SAW meningkatkan ibadah… [more]

Tanggal 17 Ramaḍan menandakan sebuah peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam, iaitu peristiwa penurunan al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW. Ini dijelaskan oleh Ibn Kathir dalam kitabnya al-Bidayah wa al-Nihayah:… [more]