Article

Maksud Hari Tasyrik, Amalan Sunat & Larangannya

Maksud Hari Tasyrik, Amalan Sunat & Larangannya
Sukarelawan Islam sedang melapah daging korban dalam suasana Hari Raya Aidiladha
Sukarelawan bergotong-royong melaksanakan ibadah korban sebagai simbolik pengorbanan dan kebersamaan ummah

Maksud Hari Tasyrik

Hari Tasyrik dalam istilah Islam adalah merujuk kepada Hari Raya Aidiladha (raya kedua, ketiga dan keempat) iaitu pada 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah mengikut kalendar Islam Hijrah.

Dalam satu hadis Nabi SAW menyifatkan bahawa hari Tasyrik adalah hari makan dan juga minum serta berzikir kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda:

أيام التشريق أيام أكل وشرب وذكر لله

Hari-hari tasyrik ialah hari makan dan juga minum serta berzikir kepada Allah SWT.
(Hadis riwayat Muslim, no. 1141)

Amalan Sunat Hari Tasyrik

1. Ibadah Korban

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Ibadah korban Aidiladha boleh dilakukan selama empat hari bermula 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan pada hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
[Riwayat al-Tirmizi (1493)]

2. Takbir

Daripada Ali dan Ammar R.A bahawa Rasulullah SAW:

كَانَ يُكَبِّرُ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ صَلَاةَ الْغَدَاةِ وَيَقْطَعُهَا صَلَاةَ الْعَصْرِ آخِرَ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ

Baginda SAW sentiasa bertakbir pada Hari Arafah selepas solat al-Ghadah (Subuh) dan menghentikan selepas solat Asar hari terakhir bagi Hari-Hari Tasyrik.
Riwayat al-Hakim (no. 1111)

3. Makan & Minum

Nabi SAW melarang umat Islam berpuasa pada hari-hari ini dan menyebut ia sebagai hari makan dan minum, bukannya menahan diri.

4. Bersedekah & Agih Daging Korban

Sukarelawan menyerahkan daging korban kepada penerima wanita sempena program Korban Ikhlas
Program Korban Ikhlas menyantuni penerima dengan agihan daging korban sempena Aidiladha

Daging korban yang belum selesai diagihkan masih boleh disedekahkan pada hari-hari ini. Ia juga masa terbaik untuk membantu golongan asnaf, fakir miskin dan warga emas.

Baca artikel berkaitan: Amalan Sunat Hari Raya Aidiladha: Raih Pahala Berganda

Larangan Semasa Hari Tasyrik

1. Berpuasa

Rasulullah SAW bersabda:

لا تَصُومُوا هَذِهِ الأَيَّامَ فَإِنَّهَا أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ

Jangan kalian melaksanakan ibadah puasa pada hari-hari ini (iaitu hari-hari Tasyrik) kerana ia hari makan dan minum.
(Hadis riwayat Ahmad)

Oleh yang demikian, para ulama daripada semua mazhab termasuklah mazhab al-Syafie menerangkan bahawa hukum berpuasa pada hari Tasyrik adalah haram.

2. Meninggalkan Takbir

Tujuannya adalah mengagungkan Allah SWT pada hari-hari yang kita digalakkan oleh syarak untuk merayakannya. Inilah syiar dan simbol agama kita yang hendaklah kita sungguh-sungguh meraikannya sebagai tanda komitmen dan kepatuhan kita kepada Tuhan yang Maha Esa.

📌 Gunakan Hari Tasyrik untuk:
✅ Dekatkan diri kepada Allah SWT
✅ Kukuhkan silaturrahim sesama saudara-mara dan masyarakat setempat

Hari Tasyrik adalah masa untuk menghidupkan semula hati agar kekal bersih dan kuat menghadapi hari-hari mendatang.

You may interested in other post:

Pada 17-18 Mei 2025, telah berlangsungnya Family Day STI 2025 anjuran Wira Ikhlas, barisan sukarelawan aktif Yayasan Ikhlas, telah berlangsung dengan penuh semangat, kerjasama dan nilai kebersamaan. Selama 2 hari… [more]

CDA Yayasan Ikhlas yang diwakili En Muhammad Mustafa bin Kamarudin, Pengurus Jabatan Pembangunan Komuniti bersama Lt.M(PA) Mohd Hanizam bin Azman, Eksekutif Unit Pengurusan Bencana, dan En Muhammad Azizul al-Hakim bin… [more]

JOHOR BAHRU, 18 Mei 2025 – Sempena National Training Week 2025 anjuran HRD Corp, Yayasan Ikhlas Johor Bahru dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Johor Bahru dan IMARET telah menganjurkan program… [more]

Maksud Hari Tasyrik Hari Tasyrik dalam istilah Islam adalah merujuk kepada Hari Raya Aidiladha (raya kedua, ketiga dan keempat) iaitu pada 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah mengikut kalendar Islam… [more]

Hari Raya Aidiladha bukan hanya tentang ibadah korban, tetapi juga peluang menghidupkan sunnah dan memperkuat hubungan sesama manusia. Mari kita hayati 9 amalan sunat Hari Raya Aidiladha berikut: 1. Mandi… [more]

Solat sunat Aidiladha adalah sunat muakkad, sangat dituntut bagi umat Islam lelaki dan perempuan. Ia disyariatkan pada pagi 10 Zulhijjah sebagai pembuka kepada ibadah korban dan simbolik penghormatan kepada hari… [more]

Bantu Bina Tahfiz TVET Pertama di Semporna