You are currently viewing Bencana Banjir: APM Sebagai First Responder Bantu Menyelamat

Bencana Banjir: APM Sebagai First Responder Bantu Menyelamat

  • Post author:
  • Post category:Article

Situasi realiti bencana banjir yang selalu di alami oleh mangsa banjir.

Pagi itu, tiada siapa menyangka air banjir tiba-tiba melimpah sehingga menenggelamkan kawasan rumah, membuatkan sekeluarga terperangkap. Jalan ke Pusat Pemindahan Sementara sudah tidak dapat dilalui.

Rasa cemas, panik dan risau mula menyelubungi. Apa yang perlu di buat?

Minta bantuan! Selain menghubungi 999, anda boleh segera  menghubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) di lokasi yang berdekatan dengan anda.

Layari laman sesawang ini untuk mendapat nombor talian kecemasan: (https://www.civildefence.gov.my/index.php/hubungi-apm/talian-kecemasan-bencana-banjir/)

Apa itu First Responder?

“First Responder” merujuk kepada individu atau pasukan yang tiba paling awal di tempat kejadian kecemasan seperti kemalangan, bencana, atau situasi kecemasan lain. Biasanya, mereka adalah anggota penyelamat seperti bomba, polis, paramedik, atau agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Tugas utama mereka ialah memberikan bantuan awal dan menyelamatkan nyawa sebelum bantuan lanjut tiba.

Kenapa ‘First Responder’ Penting?

  1. Tindakan Awal Selamatkan Nyawa
    First Responder’ bertindak cepat untuk stabilkan mangsa dan mencegah keadaan jadi lebih buruk. Contohnya, memberikan rawatan perubatan kecemasan, padamkan api, atau bantu membawa mangsa ke tempat lebih selamat.
  2. Kawal Situasi
    Mereka juga penting dalam mengawal keadaan supaya tak jadi lebih teruk, seperti mengarahkan orang ramai keluar dari kawasan bahaya atau mengurus lalu lintas di tempat kemalangan.
  3. Kurangkan Risiko Kecederaan Lanjutan
    Bantuan awal oleh ‘First Responder’ dapat mengelakkan kecederaan atau kerosakan yang lebih teruk, contohnya jika ada kebakaran, mereka padamkan api sebelum ia merebak.

Kenapa APM Penting?
Pendek kata, APM ni macam ‘first responder’ bila ada kecemasan. Anggota APM terlatih, cekap dan pantas, oleh sebab itu mangsa bencana boleh mendapatkan bantuan awal. Dengan latihan dan aset yang cukup, APM antara agensi yang memainkan peranan besar dalam menjaga keselamatan rakyat Malaysia ketika bencana.

Apa Peranan APM dalam memberi bantuan awal ketika bencana?
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ni antara ‘hero’ yang selalu datang dulu apabila adanya bencana. Mereka siap sedia membantu terutama apabila keadaan menjadi darurat, seperti bencana  banjir, gempa bumi, menangkap haiwan berbisa, mencari orang hilang di hutan dan sebagainya. Jom tengok apa sebenarnya peranan APM ni:

  1. Beri Latihan Pertahanan Awam
    APM memberi latihan asas kepada orang awam bagaimana untuk siap siaga bersedia hadapi bencana. Latihan ini diberikan supaya kita tahu apa yang ingin di buat jika berlaku kecemasan atau ancaman. Bila semua orang tahu tindakan yang betul, senang sikit untuk selamatkan diri.
  2. Operasi Menyelamat & Bantuan Kemanusiaan
    Apabila bencana berlaku, APM akan datang dengan kadar segera untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat. Kehadiran mereka bukan sahaja membantu menyelamatkan mangsa, bahkan keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal sementara, dan rawatan asas turut disediakan.
  1. Susun Modul Latihan Terbaik
    Pasukan APM tidak boleh dipandang enteng, kerana modul latihan yang diberikan sentiasa dikemas kini supaya anggota APM sentiasa cekap dan bersedia pada bila-bila masa untuk  bertindak apabila berlakunya kecemasan.
  2. Urus Logistik & Aset
    APM juga akan memastikan kelengkapan dan kenderaan yang cukup untuk memberi bantuan ketika di fasa-fasa genting dan cemas. Pengurusan logistik ni penting supaya bantuan dapat disalurkan dengan cepat.
  3. Kaji Risiko & Ancaman
    APM mempunyai unit khas untuk mengkaji potensi ancaman yang boleh membahayakan keselamatan negara. Langkah pencegahan awal akan dilaksanakan supaya ancaman itu tidak menjadi lebih buruk.
  4. Sebar Info & Amaran Awal
    Kalau ada ancaman atau bencana akan berlaku, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan bersedia memberi amaran awal supaya orang awam boleh bersedia dan mengambil langkah keselamatan dengan cepat dan selamat.

Kesimpulannya, ‘First Responder’ penting sebab mereka adalah barisan pertama yang membantu mangsa untuk  selamatkan nyawa dan mengawal situasi dalam keadaan cemas dan darurat.

Walaubagaimanapun, sebelum mendapatkan bantuan atau menunggu bantuan tiba, apa kata kita sediakan beg kecemasan. Beg ini perlu mengandungi barangan asas seperti pakaian, makanan, air, ubat-ubatan, dokumen penting, dan peralatan keselamatan. Dengan adanya beg kecemasan, kita boleh bertindak pantas dan menghadapi sebarang situasi kecemasan dengan lebih tenang.

Yayasan Ikhlas 

Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda


Sediakan beg kecemasan sebagai alat bantuan melindungi anda ketika menghadapi banjir!