Eksekutif Pemasaran (Video Editor)

Eksekutif Pemasaran (Video Editor)
RM2500-RM2800
Bandar Baru Bangi, Selangor
Maklumat Jawatan
  1. TUJUAN JAWATAN
    1.1. Menghasilkan bahan kreatif pemasaran untuk Unit Pemasaran dan Digital serta membuat perancangan bagi kandungan sesebuah kempen yang perlu diuruskan.


  2. SKOP TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
    2.1. Mengurus dan membuat perancangan bagi kandungan serta konten sesebuah kempen yang perlu diuruskan.
    2.2. Menghasilkan suntingan video yang dioptimumkan khusus untuk platform Meta Ads.
    2.3. Merangka skrip dan kandungan yang berkualiti untuk tujuan pemasaran
    2.4. Menghasilkan poster statik, karusel, dan bahan visual sokongan untuk pelbagai kempen digital ads Yayasan Ikhlas.
    2.5. Menguruskan sesi rakaman di lapangan, sama ada untuk kandungan pemasaran atau misi kemanusiaan.
    2.6. Sentiasa mendahului trend media sosial semasa dan meneroka angle kreatif yang segar untuk mendekati penderma serta penyumbang (donors).


  3. KELAYAKAN DAN KEMAHIRAN TEKNIKAL
    3.1. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Multimedia, Media Digital, Komunikasi Visual atau bidang berkaitan.
    3.2. Atau Diploma bidang Multimedia, Media Digital, Komunikasi Visual atau bidang berkaitan dengan pengalaman 3 tahun dalam bidang berkaitan.
    3.3. Mahir menggunakan perisian suntingan profesional seperti Adobe Photoshop, Premiere Pro, Illustrator, After Effect/ (Minimum Capcut PC dan Canva.).
    3.4. Mempunyai pengetahuan asas dalam teknik penulisan kandungan/skrip.
    3.5. Mempunyai pengetahuan menggunakan alatan AI sebagai bahan bantu brainstorming, penghasilan storyline, dan sokongan pembangunan kandungan.
    3.6. Memahami format dan trend kandungan media sosial.
    3.7. Berpengetahuan dalam bidang pemasaran seperti ujian A/B, winning creative adalah bonus.


  4. KEMAHIRAN INSANIAH DAN CIRI PERIBADI
    4.1. Kreatif, inovatif dan mempunyai minat dalam bidang media dan pemasaran.
    4.2. Proaktif, berinisiatif dan mampu melaksanakan tugasan dengan pemantauan yang bersesuaian.
    4.3. Bersedia untuk belajar serta meningkatkan kemahiran teknikal dan pengetahuan berkaitan teknologi baharu.
    4.4. Mampu bekerja secara berpasukan dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
    4.5. Berdisiplin, bertanggungjawab dan mampu menyiapkan tugasan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
    4.6. Bersedia menjalankan tugasan penggambaran di luar pejabat mengikut keperluan organisasi.