- TUJUAN JAWATAN
1.1 Membantu Unit Kandungan Kreatif dalam menghasilkan bahan kreatif pemasaran, menyunting kandungan digital serta melaksanakan penggambaran foto dan video bagi menyokong kempen pemasaran, aktiviti komunikasi dan penjenamaan Yayasan Ikhlas.
- SKOP TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
2.1 Menghasilkan dan menyunting bahan grafik pemasaran seperti poster, infografik, banner digital dan visual iklan.
2.2 Menyunting video promosi, kempen pemasaran, program dan kandungan media sosial.
2.3 Menghasilkan serta menyesuaikan kandungan kreatif mengikut keperluan platform Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube.
2.4 Membantu melaksanakan penggambaran foto dan video bagi program, aktiviti serta kempen organisasi.
2.5 Mengendalikan peralatan asas penggambaran seperti kamera, mikrofon, tripod dan pencahayaan.
2.6 Menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI) sebagai alat sokongan dalam penghasilan bahan kreatif dan penyuntingan kandungan digital.
2.7 Memastikan bahan kreatif yang dihasilkan mematuhi garis panduan penjenamaan dan standard kualiti organisasi.
2.8 Mengurus dan menyusun fail reka bentuk, gambar, video serta aset media secara sistematik.
- KELAYAKAN DAN KEMAHIRAN TEKNIKAL
3.1 Minimum Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang Reka Bentuk Grafik, Multimedia, Media Digital, Komunikasi Visual atau bidang berkaitan.
3.2 Mempunyai kemahiran asas menggunakan perisian reka bentuk grafik seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator atau Canva.
3.3 Berkebolehan menggunakan perisian penyuntingan video seperti CapCut, Adobe Premiere Pro atau aplikasi berkaitan.
3.4 Mempunyai pengetahuan asas dalam fotografi, videografi dan pengendalian peralatan penggambaran.
3.5 Mempunyai pengetahuan asas penggunaan teknologi AI seperti ChatGPT, Canva AI atau aplikasi berkaitan.
3.6 Memahami format dan trend kandungan media sosial.
- KEMAHIRAN INSANIAH DAN CIRI PERIBADI
4.1 Kreatif, inovatif dan mempunyai minat dalam bidang media serta kandungan digital.
4.2 Proaktif, berinisiatif dan mampu melaksanakan tugasan dengan pemantauan yang bersesuaian.
4.3 Bersedia untuk belajar serta meningkatkan kemahiran teknikal dan pengetahuan berkaitan teknologi baharu.
4.4 Mampu bekerja secara berpasukan dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
4.5 Berdisiplin, bertanggungjawab dan mampu menyiapkan tugasan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
4.6 Bersedia menjalankan tugasan penggambaran di luar pejabat mengikut keperluan organisasi.

