Article

Amalan Sunat Hari Raya Aidiladha: Raih Pahala Berganda

Amalan Sunat Hari Raya Aidiladha: Raih Pahala Berganda
Infografik 9 amalan sunat Hari Raya Aidiladha termasuk mandi sunat, takbir, solat sunat dan bersedekah
9 amalan sunat yang dianjurkan pada pagi Hari Raya Aidiladha yang boleh diamalkan

Hari Raya Aidiladha bukan hanya tentang ibadah korban, tetapi juga peluang menghidupkan sunnah dan memperkuat hubungan sesama manusia. Mari kita hayati 9 amalan sunat Hari Raya Aidiladha berikut:

1. Mandi Sunat Hari Raya

Disunatkan untuk mandi sebelum ke masjid bagi menyambut Hari Raya dalam keadaan bersih dan segar.

2. Memakai Pakaian Terbaik & Berwangi-Wangian

Digalakkan pakai pakaian yang bersih, kemas dan sopan sebagai tanda memuliakan hari yang mulia ini.

Daripada Jabir RA katanya:

كَانَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بُرْدٌ يَلْبَسُهَا فِي الْعِيدَيْنِ وَالْجُمُعَةِ

Nabi SAW mempunyai satu jubah yang Baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.
Riwayat al-Baihaqi (5985) dan Ibn Khuzaimah (3/246)

3. Bertakbir Dari Malam Raya Hingga Hari Tasyrik

Takbir Hari Raya Aidiladha bermula Maghrib 9 Zulhijjah sehingga 13 Zulhijjah.

4. Tidak Makan Sebelum Solat Aidiladha

Berbeza dengan Aidilfitri, disunatkan menahan diri dari makan sebelum solat sunat Aidiladha. Disunatkan untuk tidak mengambil sarapan sebelum menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Buraidah, daripada ayahnya, katanya:

كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم لَا يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَطْعَمَ وَلَا يَطْعَمُ يَوْمَ الْأَضْحَى حَتَّى يُصَلِّي

Nabi Muhammad SAW tidak keluar ke tempat solat pada Aidilfitri sehinggalah baginda makan terlebih dahulu. Dan baginda tidak makan pada Aidiladha sehinggalah baginda solat terlebih dahulu.
HR at-Tirmidzi, hadis sahih

5. Menunaikan Solat Sunat Aidiladha

Solat sunat dua rakaat yang sangat dituntut sama ada dilakukan di masjid atau padang terbuka (secara berjemaah).

Baca artikel penuh: Panduan Solat Sunat Aidiladha: Lengkap Dengan Niat dan Tatacara

6. Mengambil Jalan Berbeza Pergi dan Balik

Rasulullah SAW amalkan pergi dan balik ikut laluan berbeza, tanda syiar dan peluang untuk menyebarkan salam.

Daripada Jabir bin Abdullah R.A, beliau berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ

Nabi SAW (apabila pulang daripada solat) pada hari raya Baginda melalui jalan lain (bukan jalan yang sama ketika pergi untuk solat).
Riwayat al-Bukhari (986)

7. Ziarah Menziarahi

Aidiladha juga masa terbaik untuk eratkan silaturrahim. Menziarahi  keluarga, saudara mara, jiran tetangga walaupun sebentar.

8. Bermaaf-maafan

Jadikan Aidiladha platform memaafkan & membuang ego.

9. Bersedekah

Aidiladha adalah masa terbaik untuk bersedekah kepada yang memerlukan terutama fakir, miskin dan asnaf.

Penyerahan sumbangan kepada warga emas di Pulau Sibangkat, Sabah
Sedekah bukan hanya memberi harta, tetapi menyemai kasih sayang dan kepedulian sesama manusia

Aidiladha bukan sekadar korban. Ia hari yang penuh ibadah baik kepada Allah, mahupun kepada sesama manusia.

✅ Ibadah ✅ Sunnah ✅ Ukhuwah ✅ Kasih sayang

🌙 Hidupkan Aidiladha dengan amalan sunat Hari Raya Aidiladha. Semoga ibadah ini diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

You may interested in other post:

“Jangan makan banyak daging korban tu, nanti darah tinggi naik!“ Ayat ini pasti biasa kita dengar daripada ahli keluarga setiap kali Aidiladha tiba. Tetapi, sejauh manakah kebenarannya? Adakah daging merah… [more]

Ibadah korban merupakan sebuah manifestasi ketaatan yang agung daripada seorang hamba kepada Penciptanya. Walau bagaimanapun, dalam kesungguhan kita untuk meraih pahala, pelaksanaannya memerlukan ketelitian yang tinggi agar tidak menimbulkan fitnah… [more]

Pernah dengar tentang infak subuh? Ramai yang mula amalkan, tetapi masih ramai juga yang belum tahu kelebihan sebenar amalan ini. Hakikatnya, infak subuh bukan sekadar sedekah biasa, ia adalah amalan… [more]

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas… [more]

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi… [more]

“Kenapa mulut cepat berbau bila berpuasa?” Soalan ini sering timbul setiap kali tibanya Ramadan. Ramai yang beranggapan bau mulut ketika berpuasa berpunca daripada cara memberus gigi yang tidak betul. Namun… [more]