Alor Setar, 5 Ogos – Yayasan Ikhlas membentangkan pelbagai projek bantuan di Kedah, dengan sumbangan sebanyak RM2.5 juta sejak empat tahun lalu.
Pengerusi, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin, menyatakan komitmen yayasan untuk terus membantu melalui projek air bersih, kesihatan, pendidikan, dan pembangunan komuniti.
Sistem air bersih di Kampung Jelutong, Sik, Kedah,berjaya menyalurkan 390 liter ke setiap 122 buah rumah setiap hari.
Sejak empat tahun yang lalu, Yayasan Ikhlas telah berjaya menyumbang sebanyak RM2.5 juta kepada rakyat negeri Kedah. Sumbangan ini merangkumi pelbagai projek, termasuk projek air bersih, kesihatan, pendidikan, dan pembangunan komuniti.
Selain Kedah, Sabah dan Sarawak juga menerima sumbangan besar dari yayasan ini. Kejayaan ini dicapai dengan sokongan masyarakat, hartawan, dan pihak korporat.
PNB sumbangkan sebuah bot lengkap dengan enjin 15HP serta 200 beg kecemasan (Bug of Bag).
“Terima kasih kepada semua penyumbang,” kata Prof Dr Zainur Rashid. Dengan semangat dan dedikasi yang ditunjukkan oleh Yayasan Ikhlas, diharapkan lebih banyak lagi projek kemanusiaan dapat dijalankan untuk membantu golongan yang memerlukan di seluruh negara.
Yayasan Ikhlas – Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda